THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, June 28, 2011

kenapa sampai jadi macam ni?

assalammualaikum..

      hari ni aku menangis lagi sebab praktikal..ya ALLAH, kuatkanlah aku untuk hadapi semua ni..entah la, kadang-kadang, aku perasan yang encik penyelia dah mula bertegas dengan aku..yup, dengan aku seorang je..hari ni kena marah lagi..aku pun tak tahu kenapa..dia selalu cakap yang aku ni buat kerja BODOH..dia cakap yang kerja yang aku buat tu simple je sebenarnya tapi kenapa aku ambil masa yang lama untuk buat semua tu..tadi aku memang diam je..jawapan aku, " takpelah, saya repeat semua ni balik.."


       then, dia marah-marah aku sebab buat eksperimen tak tanya dia dulu..sebenarnya, bukan aku taknak tanya, tapi setiap kali aku bertanya, dia mesti cakap yang soalan aku tu soalan BODOH..so, aku macam dh give up nak tanya dia..aku nak berdikari..tadi maybe agak teruk aku kena marah kot..sebab lepas penyelia marah aku, terus ada sorang RA ni datang kat aku..tanya kenapa..then, dia lah yang ajar aku camne nak buat bacaan pasal enzim ni..time tu, aku fikir satu je, please, jangan bagi aku menangis depan penyelia..

      aku pun perasan yang penyelia macam sangat tak suka kat aku..apa yang aku buat, ada je yang tak kena kat mata dia..padahal, aku rasa macam dah banyak kerja lab yang aku dah buat..tapi, dari cara dia bercakap tu, macam aku ni tak bagi sebarang hasil kat dia..penyelia duk puji seorang member aku ni..ye la, member yang sorang tu, dah siapkan jurnal yang encik penyelia mintak..jurnal aku plak, masih lagi tertangguh..bagi aku, macam tak adil je semua ni..penyelia bagi masa dua bulan kat member tu untuk buat jurnal TANPA sebarang kerja lab..aku? kena buat jurnal sambil buat lab..dah la agak banyak kerja lab aku ni..dengan bancuh media untuk pertumbuhan cendawan lagi..kena test larutan media untuk pemendakan nutrient dan yang terbaru, kena test aktiviti enzim..

      aku bukan apa, student lain, just buat satu jenis test je..yang aku ni, semua jenis test larutan kena buat..hari-hari aku buat kerja lab..tapi, dari gaya dia bercakap tu, seolah-olah aku buat kerja lab, tapi kerja yang BODOH bagi dia..hari-hari aku DOWN bila dengar dia cakap camtu..seolah-olah, segala kerja lab aku selama ini LANGSUNG tidak dihargai..

     sekarang ni, hari-hari aku berharap yang cepatlah habis praktikal ni..aku dah tak sanggup nak hadapi semua ni lagi.. :(

semoga dipermudahkan segala urusan..amin~

Sunday, June 26, 2011

betul kata penyelia..

assalammualaikum..

    first of all, thanks aku ucapkan buat encik azam sebab sudi jadi pendengar yang setia..hilang stress, ok! dan..dan..dan idea yang kau bagi tu, memang berkesan kat aku kot..lebih tenang dari tadi..hehehe :)

     aku kini sedang giat.gigih.bersemangat untuk menyiapkan laporan latihan industri..sementara ada masa lapang ni, baik aku mulakan penulisan,..ye la, kalau ikut jadual, minggu ni maybe aku akan busy buat kerja lab sampai weekend..lagipun, encik penyelia dah warning aku awal-awal last week untuk cuba siapkan laporan tu weekend ni sebab dia takut nanti aku dah takde masa untuk buat..

   so, masa buat laporan tadi, aku baca la balik buku log harian aku..perghhh, rupa-rupanya banyak benda yang aku dah belajar selama ni cuma mungkin selama ni aku tak sedar je kot..kalau compare dengan student praktikal under penyelia, mungkin aku antara student yang kena handle paling banyak projek..dari projek bioproses ke proteomik dan sekarang, aku tengah handle eksperimen pasal enzim pulak..pening tu takyah cakaplah sebab kadang-kadang aku macam lost gila..terlompat-lompat dari satu projek ke projek yang lain..

     itu belum masuk part aku kena gantikan penyelia untuk buat presentation kat monash university..depan para saintis proteomik pulak tu..dah la pecah rekod sebab jadi presenter yang paling muda..dan..dan..dan..pengalaman paling best bila aku kena handle workshop proteomik selama 3 hari..penat tu takyah cakap la tapi pengalaman tu sangat berharga, ok! sekejap je aku dah jadi terkenal dalam kalangan pakar proteomik...ramai yang ingat aku ni pegawai penyelidik ke apa..tapi, padahal aku ni student praktikal je pun..

     bila aku buat laporan ni, rasa macam banyak point je nak tulis..rasa macam banyak je projek yang aku dah buat..pendek kata, rasa macam 'smooth' je penulisan ni..betul cakap penyelia, praktikal adalah masa untuk belajar, bukan main-main..so, takpe la susah-susah sekarang ni..nanti, lama-lama mungkin akan jadi lebih senang..

    dan, penyelia pernah cakap kat aku, yang bila tiba satu masa nanti, bila aku ingat balik kenangan praktikal ni, mesti aku akan tersenyum sorang-sorang..sebab dia kata banyak benda yang aku dah belajar..cuma mungkin aku tak nampak je lagi..

   so, esok aku akan mulakan lagi satu eksperimen iaitu berkaitan dengan enzim bagi pertumbuhan cendawan..bagi aku, benda ni agak susah sebab aku just ada basic je..itu pun dah lupa semua kot..aku ni budak genetik, major plak dalam haiwan..mana la ada belajar pasal tumbuhan sangat tapi boleh pulak jalani praktikal pasal cendawan..mula-mula masuk lab, siyes, aku memang blur habis..satu istilah pun aku takpaham..tapi, sekarang ni, alhamdulillah..maybe, next time kalau susah nak dapatkan kerja, aku boleh jadi penanam cendawan yang berjaya,,mahal kot jenis cendawan yang aku tengah handle ni..harga sekilo dah mencecah rm270 lebih.. $$$$$

     mulai sekarang, aku nak berfikiran positif je..nak ubah perangai ni..encik penyelia selalu cakap yang aku ni banyak songgeh...so, hopefully aku dapat kurangkan 'songgeh' tu..kena belajar berdikari..biarlah susah-susah sekarang..jangan susah di kemudian hari..matlamat sekarang, FOKUS pada praktikal ni..tinggal lagi sebulan je lagi..berikan sepenuh komitmen pada eksperimen kali ni...

insya'allah, moga dipermudahkan segalanya..amin  :)

please, jangan buat saya macam ni.. :(

assalammualaikum..

     hari ni hari ahad..kalau member-member aku yang lain sibuk duk keluar release tension kat shopping complex tapi aku? kena bangun awal pagi semata-mata demi praktikal..and yes, waktu aku buat workflow projek aku ni, tetiba air mata aku menitis keluar..weh, aku rasa macam aku dah sangat-sangat taktahan dengan semua ni..bila keadaan jadi macam ni, aku macam menyalahkan takdir..kenapa mesti aku ditakdirkan untuk praktikal kat tempat ni? bagi aku, susah nak survive kat dalam bidang yang bukan bidang kita..get my point?

    yeah, cendawan bukan bidang aku dan sekarang, aku kena handle satu projek pasal aktiviti enzim..weh, itu bidang budak biokimia, ok? aku ada ilmu basic je..bila aku baca jurnal-jurnal pasal enzim, aku macam langsung takpaham pape pun..siyes, menangis aku hari ni..esok, encik penyelia nak tengok workflow untuk eksperimen ni..entah la, kadang-kadang, aku rasa macam aku ni BODOH sangat..semua benda taktau..bila tanya penyelia, lagi kena marah..encik penyelia siap cakap yang aku ni BANYAK SONGGEH..tapi, aku jujur apa..bila aku taktau, aku memang akan tanya..aku takboleh handle eksperimen ni sorang-sorang...aku rasa aku sangat STRESS sekarang ni..

     bagi aku, cukuplah setakat ni..tinggal lagi sebulan je aku akan praktikal kat sini..please, cepatlah masa berlalu..aku dah taktahan dengan keadaan macam ni..bila dah jadi camni, aku pun taktau apa yang aku dah belajar sepanjang praktikal ni..banyak sangat benda yang aku kena buat..tapi, satu pun takde yang berkaitan dengan bidang genetik..salah aku ke sebab buat pilihan ni? ada orang cakap, setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmahNYA..ya, mungkin aku belum nampak lagi..dan aku harap, aku masih lagi diberi kesabaran untuk hadapi dugaan praktikal ni..apa yang pasti, nanti bila hari konvo bulan 9 ni, aku nak menangis puas-puas..susah weh nak sampai ke tahap tu..bagi aku, makin kita nak sampai ke penghujung, makin banyak dugaanNYA..harap aku masih mampu berTAHAN.. :(

Friday, June 24, 2011

jangan 'over' gembira, ok!!

assalammualaikum..

    betul la cakap orang, kalau gembira, jangan 'over' sangat nanti takut akan jadi sebaliknya.. entahlah, tadi maybe aku dan student praktikal yang lain terlebih happy pepagi tu sebab kat dalam lab LANGSUNG takde staff..so, kitorang pun bukak lah forum aka gosip session kat FB..memang happy gila la..

    then, petang tu..dah jadi sebaliknya..sentap ok, bila kena marah dengan penyelia..lebih tragis lagi bila encik penyelia merajuk kaw-kaw la dengan kitorang..langsung tak pandang muka kitorang hari ni..ni semua gara-gara aku dan member ni boleh terborak-borak sambil usha-usha kain untuk buat baju raya dalam lab time waktu REHAT..ok, fine..dan sebenarnya, encik penyelia marah betul kat aku sebab camne aku boleh join buat benda yang buang masa tu..

    biasanya, aku akan menjawab tapi hari ni, aku banyak DIAM..siyes weh, takut aku nak tegur penyelia hari ni dan, aku rasa sepanjang aku praktikal kat sini, baru hari ni aku merasa rehat untuk hari jumaat..biasanya, aku ni jenis budak yang paling susah nak rehat ikut ofis hour..aku jenis yang buat eksperimen dan kadang-kadang akan skip lunch..sebab tu, most of the time, encik penyelia yang akan belikan lunch untuk aku..dan..dan..dan..sepatutnya hari ni, aku n member laki yang sorang ni akan keluar makan dengan dia kat kenny rogers..tapi, disebabkan kejadian hari ni, semua plan cancel.. :(

    dan yang paling sentap, bila aku kena 'brainwash' dengan penyelia selama SEJAM tadi..tak pasal-pasal, semua isu berbangkit..dia marah kat aku kaw-kaw tapi, aku diam je tadi..sebab aku rasa macam aku dah buat semua kerja lab aku hari ni..tetiba, dia ungkit pasal kes minggu lepas..kes aku rendam gel eksperimen aku almost seminggu..aku rasa dia lupa kot yang aku ni MC awal minggu ni, so, camne aku nak handle benda tu? then, dia ungkit plak pasal cendawan aku yang dia tolong harvest time aku MC ari tu..aku bukan taknak tanya pasal sampel cendawan tu, tapi aku assume yang dia tahu apa yang dia perlu buat dengan sampel tu sebab ni kan eksperimen dia..aku hanya mengikut arahan kerja dari dia je selama ni..lepas tu, dia marah-marah aku sebab aku macam tak bertanggungjawab dengan eksperimen sendiri..siyes, tadi memang aku DIAM..biarlah, semua ni biar jadi salah aku..lepas tu, dia duk sindir-sindir aku cakap yang eksperimen aku ni senang je tapi itu pun aku takleh nak buat..perghhhhh, SENTAP kot!!

    kau bayangkan, sejam aku duk dalam meeting room tu, dengar dia bagi ceramah..aku memang taknak cari gaduh sebab aku tahu, aku ni just student..apa-apa hal, markah praktikal aku depends pada dia..dia cakap aku tak respect dia sebagai penyelia..then, bila tiba satu tahap tadi, aku menjawab sikit untuk back up diri, dia cakap aku ni teruk..menyampuk kata-kata penyelia..tak hormat dia la..bla...bla..bla..semuanya berpunca dari kes aku duk LEPAK-LEPAK dengan staff-staff perempuan sambil usha-usha kain untuk raya WAKTU REHAT..kes nya kecik je, tapi, penyelia mengungkit macam aku dah buat satu kesalahan yang sangat BESAR..

     balik bilik tadi, aku ternangis..aku pun taktau kenapa tapi aku terasa dengan kata-kata penyelia tu..terngiang-ngiang lagi perkataan tadi..dia cakap aku ni banyak songgeh..mengada-ngada..suka berfikiran negatif..sombong..tak pandai respect orang lain dan bla..bla..bla..aku macam give up dengan praktikal ni..tadi, penyelia suruh pilih, jalan mana yang aku nak..ikut dia atau join lepak-lepak dengan staff-staff tu..

    entah la..aku bukan apa..tapi, kalau kau tanya orang-orang dalam lab tu, semua mesti tau macam mana keadaan aku..setiap hari, aku busy buat kerja lab sampai aku LANGSUNG takde masa nak tegur orang lain..aku faham, penyelia taksuka aku rapat dengan staff-staff tu..dia cakap staff-staff tu jenis kaki gosip, suka sindir orang, jenis makan gaji buta tapi, tak salahkan kalau aku cuba berbuat baik dengan orang yang nak berbaik dengan kita? takkan la bila staff-staff tegur, aku nak buat muka sombong plak? tak elok la kan?

    so, akibatnya, next week aku akan jadi super duper busy..penyelia tambah kerja lab untuk aku..weekend ni pun aku dah start kena stay up..isnin ni, penyelia nak tengok workflow ekperimen aku..weekend ni, aku kena baca LIMA jurnal dan buat summary dan hantar isnin ni jugak...selasa sampai khamis, aku maybe kena run eksperimen TANPA henti..aku ada lebih kurang 100 sampel untuk test 5 jenis enzim..then, aku ada 86 flask untuk diharvest next week..aku tak tau la camne minggu depan ni..dengan report, presentation dan jurnal lagi..aku harap aku tak stress dengan semua ni..dan setiap hari, aku berdoa agar cepatlah habis praktikal ni..

moga diperMUDAHkan segalanya..amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...