assalammualaikum..
arghhh, hidup masih lagi dalam keadaan kelam-kabut..walaupun tesis dah habis tulis, tapi kena edit balik..dari mula kot..sedih tu takyah cakap la..i'm stress, ok!
ok, aku budak genetik dan tesis aku kadang-kadang ada termasuk sekali dengan bidang forensik..sipi-sipi je pun..sebab aku buat tesis pasal cap jari..tapi, takdelah aku kaji cap jari ni satu-satu ke hapa..just buat penyelidikan basis pasal cap jari..just nak tau fenomena pewarisan cap jari dari sudut genetik..tapi, entah la..bila dah spend banyak masa pasal cap jari ni, kadang-kadang aku terbukak artikel pasal analisis cap jari dalam bidang forensik..
oh, aku takkesah pun terbaca ke apa sebab aku memang minat forensik..tapi menyesal tu tetap ada sebab takpilih forensik dulu...nak buat camne, sape suruh pilih bidang genetik ni sebagai first choice..second choice aku baru forensik..taktau kenapa aku boleh buat susunan camtu..tapi, syukur jugaklah, sebab bidang genetik ni takde jauh beza sangat dengan forensik..still major dalam DNA..dan, bila aku terbaca pasal kes melibatkan DNA ni, aku macam tertarik sangat nak join penyiasatan macam tu..pengambilan sampel DNA..omg, aku sukakannya..even dalam lab sekarang ni pun, student genetik dah didedahkan dengan sampel-sampel yang ada kromosom..bila ada kromosom, adalah DNA..
bila ada orang cakap isu pasal DNA boleh dipalsukan, yes aku setuju sangat dengan point tu..memang boleh tapi memerlukan kepakaran yang tinggi..apa ingat senang ke nak observe benda kecil camtu? time aku kena kira kromosom dulu pun dah juling biji mata ni..inikan pula nak keluarkan DNA dari sel, then masukkan DNA orang lain plak..tapi, dunia sekarang ni macam-macam boleh jadi..kan?
apa-apa pun, sekarang ni aku masih lagi terfikir..boleh ke bidang genetik ke bidang forensik? maksudnya, aku nak sambung master dalam bidang forensik pulak..tetiba rasa macam sayang nak tinggalkan dunia DNA ni.. :)
p/s:
-tinggal lagi sebulan lebih je study kat sini..lepas ni, taktau la hala tuju hidup camne..itu belum masuk part JPA dah start suruh student tajaan dorang mendaftarkan diri lepas tamat pengajian..nampak sangat takpercayakan kitorang eh?
Sunday, March 27, 2011
genetik -----------> forensik?
dikarut oleh : ms hanashi at 2:45 AM 0 comments
Monday, March 21, 2011
kata hati, 'entah'..
assalammualaikum...
masih ingat lagi dengan isu tempat praktikal aku? bagaimana aku begitu pasrah dengan menerima tawaran dari [ini] dan bagaimana hancurnya hati aku dengan IMR tu?? satu saat di mana aku sudah tidak mampu lagi berharap pada IMR dan berusaha untuk melupakan impianku di situ..dan pada saat impian aku telah dicantas olehnya, saat itu jugak ia kembali..sakit hati, tahu?
ya, saat bila mana prof memberitahu aku mengenai tawaran dari IMR itu, aku sudah tidak mampu lagi tersenyum kerana luka kecewa tentang ia masih lagi berbekas..saat di mana aku redha dan tekad memilih HUSM, aku sudah tidak mahu meletakkan sebarang harapan dan kini, tawaran itu telah menjadi hak mutlak aku dan aku sebenarnya dalam dilema..
yeah, IMR ialah tempat impian aku..tempat yang menjadi impian hampir semua orang dalam bidang ni dan kini, aku semakin menghampirinya, tapi aku sayangkan HUSM tu..sebab segala-galanya telah tersedia untuk aku di sana..dan aku jugak sudah terlalu excited untuk ke sana namun, aku harus memilih demi masa depan...
aku call ayah, cuba tanya pendapat dia dan dia suruh aku terima offer IMR tu sebab itu adalah yang terbaik..kalau aku tolak tawaran ini, maknanya aku sedang melepaskan peluang yang telah tersedia..bak kata prof, IMR adalah tempat yang TERBAIK dan tak semua orang berpeluang untuk berada di sana..
tapi, bila sesuatu tempat itu TERBAIK, belum tentu lagi aku mampu jadi yang TERBAIK..dan aku jadi sangat takut untuk berada di sana..aku hanya pelajar biasa, yang sekadar tahu membaca dan menulis dan aku langsung tiada pemikiran luar biasa..malah, aku ini hanya pelajar yang malas dan suka tangguh kerja..then, bagaimana aku mahu menjalani praktikal dalam kawasan yang hampir semuanya gila kerja?
arghh, aku memang lemah dalam membuat pilihan..aku masih lagi konfius..apa pun, aku harap keputusan yang bakal aku buat ini adalah pilihan yang terbaik untukku..
mungkin 'itu' pilihan yang TERBAIK..siapa tahu, kan?
dikarut oleh : ms hanashi at 7:47 PM 0 comments
Saturday, March 19, 2011
biarkan kebahagiaan 'itu' berlalu?
assalammualaikum..
hujan dan aku sukakannya..saat ini, aku teringin sekali mahu berada di bawah limpahan air hujan dan bersendirian..ya, aku perlukan ruang untuk bahagiakan diri ini kerana aku sudah semakin membenci diri sendiri..tapi kenapa? kerana aku selalu membiarkan diri ini terluka..pedih bukan? dan aku ini manusia kejam..kejam kerana tidak pernah memberi peluang kepada kebahagiaan sendiri..i'm a loser?
naaaa, aku ingin berlari sejauh mungkin..kerana aku tahu kebahagiaan aku bukan di sini..entah bila kebahagiaan ini akan datang kepadaku? gerak hati berkata, 'dia' bukan kebahagiaan aku..malah, aku sedang membiarkan diri ini terluka buat sejuta kalinya..tapi kenapa? mungkin aku perlu biarkan kebahagiaan 'itu' berlalu pergi dan aku harus mencari kebahagiaan yang sememangnya hak mutlak aku? arrrghh, pening jika difikirkannya..
ya, aku perlu tarik diri dari semua ini..hentikan segala-galanya kerana 'dia' bukan kebahagiaan yang aku cari..aku sudah semakin menyampah dengan perangainya..segala keburukannya terserlah dan aku sahaja yang dihentam..jangan salahkan aku atas segala-galanya..sebenarnya, aku bukan sesiapa bagi kamu..mengerti? jadi, aku pilih untuk berhenti dari semua ini..lepaskan aku agar aku mampu mencari kebahagiaan aku sendiri..tolong jangan lukakan hati ini lagi..kerana, aku takut pada satu tahap nanti, aku sudah tidak mampu lagi untuk memaafkan kamu..maafkan aku...
dikarut oleh : ms hanashi at 5:38 PM 0 comments
Thursday, March 17, 2011
am i stressed or what??
assalammualaikum..
oh, kepala sangat serabut saat ni..rasa macam nak buat tesis tu tapi takboleh fokus..banyaknya benda mengarut yang duduk berlari-lari dalam kepala ni..last-last, satu kerja pun takjalan..asyik tidur je hari ni..am i stressed or what? tak..tak..tak..aku takboleh stress dalam keadaan sekarang ni..just cool, babe!
aku rasa hormon aku dah takstabil..selalu rasa macam nak marah kat orang..oh, please, jangan meletup di saat ni..mood sekarang, aku memang sangat-sangat serabut.. :(
dikarut oleh : ms hanashi at 1:10 AM 2 comments
