THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, May 17, 2011

why 44? oh, my... T_T

assalammualaikum..

            asal cuti je, aku mesti LOST..siyes, blur taktau nak buat apa padahal kerja yang penyelia bagi semalam pun belum siap lagi..ok, fine, aku memang benci dengan statistik ni, then penyelia tu lagi mahu suruh aku analisis data tu..siyes, nak taknak memang kena buat..semalam pun chat dengan penyelia sekejap sebelum tido..tapi, penyelia lagi kesian sebab time dia chat dengan aku pun, dia still kat ofis..doing his lab, maybe? naa, cukuplah semalam penyelia bagi kitorang balik pukul 7.30 malam..i'm just practical student, not a worker..

           last week lagi tragis, 3 hari berturut-turut aku balik pukul 6.30 petang, ok! itupun dah puas buat muka dengan penyelia..dia panggil pun aku boleh buat muka takdengar..malas nak toleh..last-last, aku balik camtu je..then, malam tu dia call, tanya pasal progress kerja. itu belum masuk part yang kena datang kerja hari sabtu hari tu..perghhh, jadual kerja aku lebih teruk dari staff..

            dengan jadual yang macam tu, takheran la kan kalau aku boleh lost dalam 2 kg dalam tempoh 2 minggu ni..sentap, ok! oh, my..berat aku dah jadi 44kg..oh, no..dengan berat yang macam ni, dah cukup buat aku lembik..taklarat nak bukak peti lab yang bapak susah nak mampus untuk dibuka tu tapi bila penyelia bukak nampak macam senang je..huhuu T_T

            ni belum masuk part pak cik aku membebel pasal susah nak suruh makan nasi..ayat dia camni je, " orang nak suruh makan nasi je, bukannya nak suruh berperang pun..itu pun susah.." sentap, ok! padahal sebelum ni aku dah warning dia awal-awal, aku bukan spesies yang makan nasi malam..tapi, dia still suruh aku makan jugak.. kalau makan kat luar, aku mesti kena share dengan anak dia je..taklarat weh nak habiskan semua..

           tapi, bila aku dah stay kat kolej UPM ni, lagi la susah nak makan..kalau siang, boleh la aku makan kat ofis je, tapi bila malam, aku lebih rela minum milo dari turun kat cafe..kalau order makanan pun, bukannya aku larat untuk habiskan..so, daripada membazir, baik takyah makan terus..bila cuti camni, aku akan turun beli makanan bila aku tengok tangan aku dah start terketar-ketar..aku rasa macam kejam pulak pada diri sendiri.. :(

           and now, aku rasa aku patut naik kan berat kepada 45kg..taktau la berjaya ke tak..tapi, apa yang pasti, aku nak gemukkan lengan ni dulu..takkan la aku nak pakai jam tangan dengan lubang yang ditebuk sendiri? kalau lengan ni dah keping macam tulang, mesti nampak ngeri kan? adoii~

            apa-apa pun, sekarang ni, aku memang sangat rindukan rumah..teringin gila nak makan ikan bakar yang ayah bakar..kalau dapat ambil bau pun jadilah..huhuu :(

hidangan makanan laut orang sabah..
rindukan ikan bakar itu.. :(

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...