THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, May 23, 2011

penat!

assalammualaikum..

      alhamdulillah, hari ni mood baik punya..akhirnya berjaya jugak bangun pukul 6 pagi..kalau tak, mesti 6.45 baru bangun..<----ni kes kalau ayah tahu, memang kering aku kena bebel ni.. T_T

      tiba-tiba, dalam pukul 6.45, ada satu SMS masuk..dalam hati duk tanya, " ni sape yang excited hantar msg pepagi ni? " tengok nama, ceh! encik penyelia rupanya..dalam SMS tu, dia bagitau yang dia demam = MC = cuti..aku dah tersenyum lebar pepagi tu..laju je reply msg penyelia..<----gila keji aku ni..suka sangat kalau penyelia cuti!! yang paling best, access card dia ada dengan aku, so sepanjang hari ni aku boleh keluar/masuk tempat praktikal sesuka hati tanpa perlu mintak izin dari sesiapa..yeehaaa!!!!  

     aku ingat bila penyelia cuti ni, kitorang ni pun macam cuti sama la kan? sebab dia takbagi arahan kerja pun last week..sekali dia msg aku suruh call dia pukul 8.30pagi pulak..alahai~ sekali ambik kau, dia bagi arahan kerja kat aku hari ni banyak gila nak mampus!! sampai aku dah terbayang nak mintak MC je sok..

     siyes, hari ni agak penat sebab aku kena berada kat dua lab pada waktu yang sama..aku rasa macam nak klon je diri ni banyak-banyak..sekejap masuk lab sana, budak lab sini cari pulak..bila aku pi lab sini, budak lab sana pulak cari aku..dua-dua lab tengah buat kerja yang memerlukan aku..mampus!! itu belum masuk part penyelia duk call aku, tanya apa aku tengah buat..kelam-kabut jugak la..last, aku pun cakap takleh nak handle dalam keadaan camni..then, penyelia bagi arahan suruh orang lain ambil alih kerja untuk lab lagi satu..

aku : saya rasa saya takboleh nak buat dua benda dalam satu masa..
penyelia : apa-apa pun, i nak u handle yang pasal protein tu..i nak u and nik handle pasal tu..
aku : ok, yang padi ni?
penyelia : u mintak tolong aisya dan student baru tu..
aku : ok..

     so, bajet hari ni boleh balik awal la kan..tup..tup..tup..time pukul 6 jugaklah mesin untuk aku letakkan sampel tu rosak..argghhhh!! bikin hati ni panas je..kenapa la mesti di saat ni?? benci..benci..benci..aku tak kira, tekad aku nak balik jugak..takmau dah bertapa kat lab sampai malam..aku call penyelia, bagitau pasal mesin ni...then, berani pulak aku cakap direct je kat dia camni "...mr.L tengok esok la mesin ni camne, ok.." pergh, berani je aku bagi arahan kat encik penyelia camtu..muahaha~

aku : mr.L, u tengok mesin ni esok..staff sini cakap mesin ni takcukup CO2, so sebab tu takleh berfungsi..
penyelia : ok, esok saya tengok..
aku : ok..so, kira setel la semua ni kan?
penyelia : yup..u tau, hari ni i sepatutnya MC tapi bila u asyik call, i tak rasa macam tengah bercuti pun..
aku : ok, then, esok mr.L cuti lagi ke?
penyelia : nope, esok i dah masuk kerja..
aku : * mood kecewa giler..cuti la lama lagi..*

     overall, masuk kerja hari ni BEST walaupun penat!! semua benda aku boleh belajar buat..buat solution untuk test aktiviti enzim, masak padi dan belajar buat gel untuk next experiment..then, dapat kawan baru pulak..lepas tu, boleh plak bergurau-gurau dengan student master yang ajar kitorang buat gel tadi..nampak macam skema tapi rupanya, suka bergurau jugak!


 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...