assalammualaikum...
hari ni seharian tidur..waakaka~best woo bila cuti ni walaupun banyak kerja yang nak kena buat sebenarnya..semalam penyelia dah start tinggikan suara sebab aku terlupa nak setelkan kerja yang dia bagi..huhuu T_T
actually, sepanjang hari ni aku tunggu penyelia call..ye la, access card dia ada dengan aku..tanpa access card ni, dia takboleh masuk lab..tapi, hari ni langsung dia tak msg atau call, so aku assume yang hari ni dia takmasuk lab la kot..busy lepak kat KLCC sorang-sorang, maybe? sebab semalam dia ada offer kat kitorang ajak join sekali, tapi malangnya kitorang tolak mentah-mentah je pelawaan tu..muahaha~
bila masuk part pasal penyelia ni, nampak macam dia sangat rapat kan dengan aku? errr..entahlah tapi banyak jugaklah benda yang dia suruh aku buat..kena tolong punch card dia la, kadang-kadang kena pegang access card, kena tolong belikan makanan untuk dia, ada hari tu siap kena tolong pegangkan wallet dia lagi..gila ah!!
tapi yang aku takberapa nak suka sekarang ni, bila dia suruh aku buat eksperimen yang penting untuk dia..oh my...!! aku sendiri pun takpercayakan tentang kemampuan diri, tetiba dia suruh aku ambil alih eksperimen tu..
penyelia : i nak u buat eksperimen ni..tolong i..
aku : errr, saya ni bukan pandai pun bab-bab lab ni..
penyelia : bila lagi mahu belajar? u ingat kalau u praktikal kat IMR, dorang bagi ke u main-main dengan sampel dorang tu?
aku : errrr...
penyelia : sekarang ni, i bagi u peluang untuk buat eksperimen ni...
aku : habis tu, kalau saya buat contame (rosakkan) sampel, camne?
penyelia : macam mana boleh contame? if your basic sterilization is good, so takkan contame la sampel tu..
aku : the probs is, skill lab saya tak okay..kalau contame jugak?
penyelia : i ketuk kepala u berdasarkan bilangan sampel yang contame..
aku : mana boleh camtu.. T_T
takut gila bila aku kena handle eksperimen ni sorang-sorang..dah la eksperimen tu ambil masa dua bulan kot..ni kes, kalau contame, memang takleh konvo la aku ni..itu belum masuk part yang dia bagi aku sentuh cecair yang berharga 2K = 1 mL untuk eksperimen seterusnya..cuak ok sebab satu sampel tu berharga dalam rm300..maksudnya, kalau aku TERrosakkannya, memang bergadai la nak bayar balik..
overall, projek pertama aku hampir siap..sekarang tengah sibuk siapkan paper untuk dipublish sebelum proceed dengan next project, which is kena handle eksperimen yang libatkan bidang penyelidikan yang aku suka, iaitu DNA..hoooyeay! :) moga dipermudahkan segala urusan ini..amin~
Saturday, May 21, 2011
penyelia saya yang.....
dikarut oleh : ms hanashi at 9:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment