THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 28, 2010

..kisah pelacur dan anjing..

salam..

..setiap makhluk adalah MULIA di sisiNYA...
Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
" diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu " ( Riwayat al-Bukhari )

berdasarkan hadis tersebut..
kita dapat menilai..
betapa luasnya rahmat ALLAH swt terhadap hamba-hambaNYA...
betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapatkan keampunan dariNYA..
betapa ALLAH itu Maha Pengasih,..
kadangkala, dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk setiap insan mendapat keampunan yang besar..

dan firman ALLAH s.w.t yang bermaksud:
"..khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya.." (Surah al-Hijr 49-50)

oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk mendapat keampunan dariNYA..
amin~

kata-kata hari ini :
-melalaikan berzikir itu lebih buruk daripada zikir dalam kelalaian..

*fikir-fikirkan dan selamat beramal!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...