salam..
entri sambungan dari sini..
alhamdulillah, cuti raya kali ini saya berkesempatan untuk bermalam di kampung..
saya rindukan ibu saudara saya..
dan saya berpeluang untuk menghabiskan masa berdua dengan dia..
namun, hati saya tetap sedih melihat keadaan fizikalnya..
dia sudah semakin kurus..
setelah hampir setahun dia disahkan menghidap barah hati..
siapa sangka, dahulu dia adalah seorang insan yang sihat tubuh badan..
kini, terlantar di rumah menahan kesakitan..
banyak cerita yang dikongsi bersama..
bermula dari kisah kanak-kanaknya bersama arwah...
sehinggalah kepada kisah tentang penyakit itu..
bercerita tentang peritnya hidup ini apabila bergantung kepada ubat..
bercerita tentang kesakitan yang dialami ketika menerima rawatan..
dan segala-galanya dihadapi dengan tabah..
saya tahu, dia terlalu rindukan arwah..
bila dia bercerita tentang arwah..
matanya berkaca, hatinya sebak...
dan jiwanya terlalu merindui arwah..
dan saya tahu..
bagaimana akrabnya hubungan mereka sebagai adik-beradik..
kehilangan arwah memberi kesan yang cukup mendalam terhadap ibu saudara..
dan hati saya kuat mengatakan bahawa dia juga bakal mengikut jejak langkah arwah..
dan saya percaya bahawa ajal dan maut itu di tangan tuhan..
dan kematian itu pasti..
semoga saya masih lagi diberi kesempatan untuk bersamanya..
semoga dia tabah mengharungi segala dugaan ini..
dan semoga dipermudahkan segala urusan..
amin~
doakan semoga atuk saudara (strok) dan ibu saudara(barah hati) cepat sembuh..
amin~
Sunday, September 19, 2010
..doakan untuk mereka..
dikarut oleh : ms hanashi at 1:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment