THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 27, 2011

tesis oh tesis..

salam..
    yes, next week dah masuk bulan 3 which is bulan yang paling aku SUKA!! sebab apa, sebab bulan itu bulan yang paling SIBUK!! maybe sangat sibuk dan aku kini kena prepare untuk kuat dari segi mental dan emosi untuk harungi bulan tu..oh, no, bersediakah aku?

      tesis oh tesis..yes, bulan tu juga aku kena, wajib, harus siapkan penulisan tesis aku..tapi, aku baru siapkan data..pastu nanti kena masukkan data ni semua dalam perisian pula..itu yang leceh sebab aku taksukakan perisian tu..ok, fine, aku kena buat-buat suka lepas ni..so, sekarang ni, aku kena PAKSA diri aku supaya rajin siapkan semua ni..mood takde ni, camne?

..develop a sense of urgency in all things that you do, speed is everything...

     yes, caranya aku akan sentiasa buat yang semua benda ni macam 'urgent'..benda yang kalau tak settle, boleh buat aku menyesal..how? aku set kan kepala aku untuk sentiasa berfikir pasal ni dan bulan ni, akan jadi bulan yang kalau boleh aku taknak keluar weekend..boleh ke? tunggu dan lihat... :)

     dan bulan ni juga, aku ada lagi dua mid sem exam..dua-dua paper major kot..so, lepas ni, dah takde main-main dah..nak jadi serius, hal-hal lain, malas nak fikir..siapa buat perangai dengan aku, kau jangan menyesal kalau aku tak ambil port! ok?

    tulis panjang-panjang pun, bukan ada orang baca..saja je nak buang masa 10-20 minit menulis kat blog..lepaskan apa yang takpuas hati..heh!

  

Friday, February 25, 2011

berjaya..

salam..
       yeah, baru balik dari tengok pementasan teater..persembahan yang agak memberangsangkan, tahniah buat adik-adik junior..dan part yang paling best hari ni ialah aku boleh merempit..kalau mak tahu aku bawa moto, mesti kena bebel sebakul..

       jap, aku bukan merempit tanpa lesen..aku ada lesen ok tapi mak takpernah nak bagi aku bawa motor atas jalan raya..dia cakap bahaya..aku ni bukan apa, bukan taknak dengar tapi aku nak juga cuba bawa moto guna jalan yang betul-betul jalan..bukan duduk main bawa moto kat depan jalan raya rumah yang konfirm-konfirmlah takde kereta yang lalu-lalang..

        sebab tu la, time buat latihan moto kat sekolah memandu, cikgu tu tegur aku..dia tanya apsal aku suka sangat bawa moto tengah line..salah satu jawapan aku ialah aku ingat jalan tu jalan macam kat rumah aku which is boleh main redah sesuka hati..cikgu tu macam nak ketuk dahi aku jugaklah time aku bagi jawapan camtu..dia cakap, walaupun jalan tu takde orang guna, aku still takboleh main redah camtu je..ambil masa jugaklah untuk aku biasakan diri bawa moto guna sebelah jalan ni..tapi, nasib baik lepas time test jpj tu.. :)

     dan sekarang, mak aku memang takpernah nak bagi aku bawa moto even aku dah cuba yakinkan dia yang aku memang boleh bawa moto..entahlah, maybe dia takut aku kemalangan macam adik lelaki aku tu..tapi, time tu, aku jugaklah yang berada dalam ambulans untuk teman adik..mak dah terkedu kat rumah..mak memang cepat risau tapi aku dah besar..sampai bila mak nak risaukan aku?

      pernah juga sekali ni, aku nekad nak bawa moto keluar dari kawasan universiti..dia punya risau sampai setiap masa duk call aku dan cuba halang aku..aku punya rimas sampai satu saat, aku dah takboleh nak cakap apa-apa dah..aku just jawab 'ok' untuk setiap pertanyaan mak..kejam kan? tapi, last-last aku memang tak bawa pun moto tu..takut jugak kalau takde keberkatan ni..

       tengah malam tu, bapak call aku..bapak aku ni jenis yang memang tahu bab-bab timing yang sesuai untuk pujuk anak-anak..dia slow talk dengan aku..kalau cakap dengan bapak, memang aku akan terdiam habis..sebab bapak bukan jenis yang cepat melenting, tapi dia akan dalami dulu masalah sebenar kau..bila kau tengah slow talk dengan dia, baru lah kau akan perasan rupa-rupanya kau juga ada buat silap..time tu, bapak akan explain satu-satu kenapa mak jadi macam tu..

      bila baca yang kat atas tu, mesti kau ingat aku ni jenis anak yang keras kepala, degil, suka merajuk dan bla..bla..bla..yes, itu memang sifat buruk aku..tapi, apa-apa hal pun, bila mak aku cakap jangan, memang aku takkan buat benda tu..kalau aku TERbuat, aku akan cakap kat dia dan minta maaf..emm, kira macam aku ni anak yang baik juga kan? *sila lempang aku laju-laju agar aku sedar diri*

     so, sekarang ni, aku dah TERBUAT benda yang mak takbagi..tapi, alhamdulillah, semuanya selamat tadi cuma roomate pesan suruh JANGAN buat macam jalan itu jalan bapak aku punya..kena pandai share dengan orang lain juga..errk?? dan esok, aku kena minta maaf dengan mak.. :)

Thursday, February 24, 2011

kisah hari ni..

salam..
       oh, hari ni separuh hari duk terlantar sakit atas katil..siapa sangka, semalam sihat walafiat, tup..tup..pagi tadi sakit kepala..mandi dulu sebelum breakfast..tapi, tadi pagi-pagi dah rasa macam nak muntah..sempat makan 2 keping biskut dan terus telan panadol.. lepas tu, terus lelap tak sedar diri..terpaksa ponteng 3 kelas hari ni..

       nak turun beli makan pun dah tak larat..nasib ada saima, dia lah yang tolong belikan bubur nasi untuk aku alas perut..terima kasih sangat-sangat, terharu pun ada..huhuu T_T..aku memang sedar-sedar ayam je sepanjang hari ni..dalam pukul 4 petang tadi baru aku boleh bangun dan makan bubur tu..sementara aku dah ada tenaga sikit tadi, terus aku mandi...
  
       tapi, lepas tu, sakit kepala serang lagi..kali ni, berdenyut-denyut sampai satu saat aku rasa macam nak cabut je kepala belah kanan ni..sakit oh! last choice, aku terpaksa jugak telan ubat tahan sakit..ingatkan taknak la makan ubat tu, bahaya kot sebab aku dah banyak kali dah ambil ubat ni..sampai bila nak berharap pada ubat tahan sakit? nampaknya, kalau sakit lagi, memang aku kena gagahkan diri pergi pusat kesihatan..nak mintak stok ubat lagi..haish~

ubat-ubat aku..

      dan, sekarang ni, aku dah telan ubat tahan sakit tu tapi dari tadi mata taknak lelap..dah puas aku pujuk suruh tutup tapi degil..dalam kepala ni, duk terfikir nak makan ubat tido plak lepas ni..baru la aku pengsan terus..minta-minta esok dah okey.. :)

Wednesday, February 23, 2011

bila perut buat hal malam-malam macam ni..

salam..
      oh, saat entri ni ditulis jam dah tunjukkan pukul 1.35 pagi..aku? masih lagi tak boleh nak lelapkan mata..baring-baring atas katil pun masih tak boleh tido..perut pula buat hal..dari tadi berbunyi minta di isi..haish~ takkan la aku nak makan malam-malam ni? selongkar kotak makanan aku dalam 2-3 minit, cari apa yang patut untuk dimakan..aisey, stok bulan ni dah licin la..yang tinggal hanya corn flakes dan maggi je..apa barang makan corn flakes memalam ni? baik ambik megi lagi..sedap, siap ada kuah lagi..heh!

     ok, sekarang tengah tunggu megi aku kembang..aku layan megi perisa ayam je..sila gelak dengan rakus sekali sebab aku taktahan makan pedas..ada orang cakap makan megi ni boleh gemuk..errk, betul ke? tapi, megi lah makan yang paling mudah dapat penyakit..so, kalau sakit mesti kurus kan? formula aku :

   makan megi = sakit
   sakit = tak selera nak makan
   tak selera nak makan = kurus

   ok, tang mana plak yang cakap makan megi ni boleh gemuk? tapi, boleh caya ke dengan formula pendek akal aku ni? kalau zaman sekolah dulu, aku paling benci benda yang libatkan formula..aku susah nak faham..kalau hafal, macam takbest pula..subjek yang banyak guna formula dulu of course la fizik dan matematik..yup, subjek ini jugak la yang telah mencemarkan slip spm aku..heh!

  oh, megi aku dah kembang..bau pun boleh tahan sedap..ni kalau letak telur dan ayam cincang ni, mahu aku jilat pinggan kot..tak pe, tinggal lagi 2 bulan je aku kat sini..nanti bulan 5 ni, aku nak duduk kat rumah puas-puas..masak semua benda yang aku nak makan selama satu sem ni..oh, ikan bakar..miss you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...