Assalammualaikum...
serabut betul kalau dapat ex yang payah nak paham situasi ni..seriously, bila saya taknak angkat call, pandai pula hantar msg suruh reply, cakap ada benda penting nak bincang, whatsoever la..bila saya cakap, kita just a friend, dia cakap OK..tapi..kadang-kadang, dia control life saya mengalahkan parents pulak..semua benda yang saya buat, dia nak ambil tahu, apa entah..move on, pleaseeeeeeeeee...............
bila saya cakap saya dah ada orang lain, mula la dia gelabah taktentu hala..rilex la, bukan nya serius mana pun..bukannya saya nak kahwin dalam masa terdekat ni..cuma sekarang ni dalam proses perkenalan baru..acah-acah nak bawa pergi jumpa family, keluar sama-sama, cuba berkongsi minat yang sama, belum tentu lagi saya akan end up dengan budak yang ini..tu je..
cuma sekarang ni, saya selesa berkawan dengan si dia tu..ada masalah, share dengan dia pun no hal..lagipun, ayah dan mak saya pun dah jumpa si dia tu, ok je..ayah siap hadiahkan buku untuk si dia tu lagi sebab ayah tahu budak tu suka membaca buku politik, kira macam ayah dah jumpa geng yang sama-sama minat politik..apa entah, saje je nak buat saya jeles..ayah lebih caring pada si dia compare dengan anak sendiri..sob..sob..sob...si dia tu pula, saja je nak sakitkan hati ni, duk ungkit cerita tu sampai sebulan kot..sikit-sikit tanya pasal ayah la..ceit!!
kes siang tadi, lagi haru-biru..time pergi keluar untuk bank-in, si dia ni duduk dalam kereta sambil sebut "lapar-lapar-lapar"..bingit je telinga ni..bila tanya nak makan apa, sedap je jawab " nak pi makan kat rumah awak, dekat dah ni kan.." amboiiiiiii...pandai dah mengada sekarang ni, belum pape dah demand.. :P
dia suka buat saya sakit hati..nampak perempuan cantik, bukan pandai nak cover ke apa..tak berkelip matanya..bila saya buat benda yang sama, dia boleh tersenyum, buat taktahu je...lelaki kan..time drive tadi, saya nampak lelaki hensem tepi jalan, sampai takperasan ada lubang besar kat depan tu...kereta masuk lubang besar, saya dah mula merengek..
Friday, April 12, 2013
move on please.................
dikarut oleh : ms hanashi at 12:32 AM 0 comments
Wednesday, April 10, 2013
stress ??
Assalammualaikum...
lama tak update blog..life takde la busy mana pun, cuma time management saya agak kurang teratur buat masa sekarang ni..maybe banyak benda yang saya fikir kot?? yang jadi mangsa saya, haruslah si MT tu..kadang-kadang tu seharian msg dia padahal dah jumpa pun kat tempat kerja..balik kerja, msg pulak...haila~ bila saya stress ke apa, yes, kami akan luangkan masa bersama dan discuss problem tu together..cuma 2-3 hari ni, dia macam penat sikit sebab baru balik dari outstation di Dungun for a week..but still, kitorang curi jugak masa untuk contact each other.. :)
seriously, kadang-kadang saya pun boleh jadi GILA sebab msg dengan orang GILA tu..tak kesah la yang tu, tapi kitorang sekarang ni, memang taksuka dengan kerja ni..walaupun bos besar (AIC) tu dah mula 'baik' dengan saya, tapi saya still seram dengan setiap tingkahlaku AIC tu..last month cakap nak transfer saya, bulan ni cakap takjadi transfer plak..kena jadi bos kt sini..stress tau tak?? AIC nak hantar MT tu pergi tempat lain..kesian tahu tak??sedih pun ya jugak..
kadang-kadang saya ni konfius..kenapa dua-dua bos cuba berbaik-baik dengan saya ni??apakah?? padahal dua-dua bos tu perang besar kot..and now, saya yang jadi mangsa..dorang gaduh-gaduh, pesan-memesan, saya yang kena sampaikan untuk pihak yang lagi satu...pelik??
macam kes haritu, bos besar moody gila dengan semua staff termasuklah dengan bos outlet..then, bila saya masuk kerja, boleh pulak bos besar cakap biasa-biasa je dengan saya..siap boleh gurau-gurau lagi kan, boleh share-share komputer plak..semua staff pelik, termasuk la saya sendiri..kalau la saya boleh elakkan diri dari terlibat dengan perang dingin ni, alangkah bagusnya.. :(
24h saya berdebar..taktahu sebab apa..yang pasti, saya taksuka suasana kerja sekarang ni..gaji naik, tanggungjawab bertambah dan stress pun bertambah jugak..arghhhh!!!
dikarut oleh : ms hanashi at 11:21 PM 0 comments
Tuesday, March 26, 2013
customer service, please....................
Assalammualaikum...
yeah, sekarang kan saya bekerja dalam bidang dimana saya sentiasa berdepan dengan kerenah customer.."customer always right"..entah la, ada member tegur saya cakap saya ni terlalu demand untuk dapatkan the best customer service from other company, tapi seriously, i know SOP in customer service and memang mereka yang bekerja dalam bidang ni, sepatutnya kena faham la..jangan sesekali tinggikan suara dengan customer anda atau dengan sesiapa saja ketika berinteraksi...please, teruk macam mana pun, kena telan masuk dalam perut rasa marah tu..
macam kes last week, seorang staff cashier saya ter'kasar' bahasa dengan customer, saya tak bela staff cashier tu mahupun customer tu ..apa yang saya buat ialah leraikan pergaduhan tu dengan menyuruh staff cashier tu masuk ke dalam stor dan lepaskan semua kemarahan dia di sana..please, jangan tunjuk imej buruk kita depan customer..tak baik untuk imej company, ok?
macam kes tadi, saya dapat panggilan telefon dari satu company ni..berkaitan dengan job application saya awal bulan lepas..seriously, saya memang tak ingat langsung pasal permohonan tu, then saya tanya la dia dari company mana, bla..bla..bla..lepas tu, tetiba dia tinggikan suara pulak dengan saya, cakap saya ni macam-macam, semua benda taktahu..memang la saya taktahu, kalau time dia perkenalkan diri tu, dah GAGAL..dah la bagitahu nama dan nama company tu takjelas, lepas tu, bila saya tanya detail pasal kerja tu, dia melenting..dah memang saya nak tahu detail pasal kerja ni, kerja kat area mana, HQ di mana..itu pun nak marah ke?? please la...
then, dia just offer kerja kontrak untuk saya..tapi saya boleh sabar lagi, saya minta dia bagi detail interview tu by email je..apa-apa hal, saya akan respon nanti..tupp....tupp....tupp..., sampai sekarang detail information tu takdapat-dapat lagi...apa ntah?? tapi, saya rasa customer service dia sangat-sangat teruk..takpe-takpe, nanti time saya takbusy, complaint je kt company tu..tweet-tweet kat twitter pun ok jugak..sebagai pengajaran.. gila keji saya ni kan?? :)
dikarut oleh : ms hanashi at 10:34 PM 0 comments
Monday, March 25, 2013
kena buli?
Assalammualaikum...
hari ni sehari suntuk bekerja dengan staff lelaki..taktahu la macam mana jadual kerja boleh jadi tunggang-langgang sampai macam ni..last-last saya sorang tergedik-gedik sesat masuk shift petang..padahal bilangan staff lelaki dan perempuan sama ramai je..apakah?? masuk-masuk kerja dah kena buli..kena kemas stor..ok, fine..cabaran itu haruslah disahut..alah, setakat kemas stor, apalah sangat, ye dak??
seriously, dorang memang kejam bila buli gegurl ni..arghhh!! mujur la saya ni jenis taktahu malu, lawan jugak mulut/cakap selagi saya mampu..1 vs 4 orang? nasib tak nangis tadi..waawaa T,T..best jugak lepak-lepak dengan staff lelaki ni..takbuang masa..makan-tengok dorang hisap rokok-gosip pasal perempuan..apa ntah?? layan je la..
then, hari ni saya balik lambat..sebab bos saya hantar report lambat..so, kena tunggu dia..apakah? bila selalu sangat bergaul dengan lelaki ni, kadang-kadang saya rasa dorang semua terlupa yang saya ni perempuan kot?? hahaha :D
tapi, honestly, berkawan dengan lelaki ni lagi bebas kot..takyah duk serabut sangat fikir masalah kedai..dorang fikir simple jek..takdenya nak terasa hati ke apa..tak puas hati ke apa, directly cakap kat tuan badan..
macam kes tadi, dah la saya lambat, tetiba si MT ni duk kacau-kacau saya..heboh-heboh pasal semalam, cakap saya pakai seksi - skirt pergi pameran kerjaya dengan dia..hahaha, sengal jek!! saya pakai kemeja je pun, at least saya takde la pakai kemeja PINK macam dia tu..heh! dia tu lagi teruk rasanya, dah la lambat datang, sebab overslept then duk salahkan kakak dia sebab lambat bersiap...saya punya geram, lagi sikit je dia nak kena penumbuk kot..sabar je la..
tapi lepas tu, saya fikir balik..camne dia boleh cakap saya seksi pulak kan?? bagi dia, perempuan yang pakai kemeja ni seksi..eeeuuuw! seram jugak dengar, sebab sehari sebelum tu, dia dah pesan suruh pakai baju kurung tapi saya taknak..leceh nak bergerak..errk?? takpe-takpe, next time saya akan beringat la..
balik kerja, serabut pulak dengan call dari my-ex..entah la, saya dah taktahu macamane nak bagi dia faham yang saya benar-benar taknak terikat dengan sesiapa pun..payah kan?? orang kata saya memilih, entah la..saya tak rasa saya memilih sangat cuma kadang-kadang tu, saya seperti mencari someone yang pernah hadir dalam hidup saya...someone yang perfect di mata saya tapi malangnya, dulu saya takpernah hargai kehadiran dia,.entah la, dah takde jodoh kot??
sekarang ni, saya sedang rindukan dia..ya,kamu..pendengar setia masalah saya..rindunya saat itu.. :(
dikarut oleh : ms hanashi at 1:17 AM 0 comments
