THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, April 12, 2013

move on please.................

Assalammualaikum...

      serabut betul kalau dapat ex yang payah nak paham situasi ni..seriously, bila saya taknak angkat call, pandai pula hantar msg suruh reply, cakap ada benda penting nak bincang, whatsoever la..bila saya cakap, kita just a friend, dia cakap OK..tapi..kadang-kadang, dia control life saya mengalahkan parents pulak..semua benda yang saya buat, dia nak ambil tahu, apa entah..move on, pleaseeeeeeeeee...............

     bila saya cakap saya dah ada orang lain, mula la dia gelabah taktentu hala..rilex la, bukan nya serius mana pun..bukannya saya nak kahwin dalam masa terdekat ni..cuma sekarang ni dalam proses perkenalan baru..acah-acah nak bawa pergi jumpa family, keluar sama-sama, cuba berkongsi minat yang sama, belum tentu lagi saya akan end up dengan budak yang ini..tu je..

     cuma sekarang ni, saya selesa berkawan dengan si dia tu..ada masalah, share dengan dia pun no hal..lagipun, ayah dan mak saya pun dah jumpa si dia tu, ok je..ayah siap hadiahkan buku untuk si dia tu lagi sebab ayah tahu budak tu suka membaca buku politik, kira macam ayah dah jumpa geng yang sama-sama minat politik..apa entah, saje je nak buat saya jeles..ayah lebih caring pada si dia compare dengan anak sendiri..sob..sob..sob...si dia tu pula, saja je nak sakitkan hati ni, duk ungkit cerita tu sampai sebulan kot..sikit-sikit tanya pasal ayah la..ceit!!

    kes siang tadi, lagi haru-biru..time pergi keluar untuk bank-in, si dia ni duduk dalam kereta sambil sebut "lapar-lapar-lapar"..bingit je telinga ni..bila tanya nak makan apa, sedap je jawab " nak pi makan kat rumah awak, dekat dah ni kan.." amboiiiiiii...pandai dah mengada sekarang ni, belum pape dah demand.. :P

    dia suka buat saya sakit hati..nampak perempuan cantik, bukan pandai nak cover ke apa..tak berkelip matanya..bila saya buat benda yang sama, dia boleh tersenyum, buat taktahu je...lelaki kan..time drive tadi, saya nampak lelaki hensem tepi jalan, sampai takperasan ada lubang besar kat depan tu...kereta masuk lubang besar, saya dah mula merengek..

saya : habis la kereta saya..rosak la,..waawaa :(
dia : ala rilex la, kereta awak kan, bukan kereta saya..
saya : sampai hati, saya campak awak tepi jalan, mahu?
dia : ok-ok, kita berhenti tepi jalan, check yang mana rosak, nak?
saya : taknak la..
dia : tu la, buat dosa sangat depan saya tadi..kan dah kena bayar cash...
saya : benci betul..awak buat dosa takpe pulak kan?
dia : saya kan lelaki.....
saya : whatsoever!
dia : awak ni garang jugak kan?
saya : baru tahu ke?
dia : ya, 
saya : camne boleh tahu?
dia : awak marah saya tadi..
saya : so, awak merajuk ke?
dia : *diam..*
saya : saya takpandai nak pujuk..hahhahaha :D
dia : ok...*senyum balik*

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...