THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, May 28, 2011

minggu praktikal yang PALING MANTAP!!!

assalammualaikum...

       minggu ni catat rekod paling best..balik kerja paling AWAL pukul 6.30ptg..paling LAMBAT pukul 11..siyes, rasa macam nak pengsan..entahlah, maybe sebab aku ni perempuan, kadang-kadang aku rasa macam kurang selesa bila balik malam-malam dan stay kat lab dengan penyelia, student master dan member satu kos yang semuanya adalah LELAKI..siyes, life kerja aku sekarang dikelilingi oleh lelaki..oh my...

       dan bila dah rasa sendiri suasana kerja lab ni, siyes aku rasa macam masa untuk aku ni takcukup..bayangkanlah, pukul 7 malam baru sampai bilik, then nak mandi semua bagai lagi..biasanya, dalam pukul 9 malam baru aku start buat analisis data dan cari jurnal tambahan untuk penulisan aku ni..then, pukul 11, aku dah lelap..see..??aku hanya ada masa 2 jam je untuk buat semua ni..lepas tu, bila kat lab, aku dah takde masa untuk semua ni sebab aku buat eksperimen yang akan ambil masa sampai petang..penat, siyes memang penat buat kerja lab ni..

      malam tadi, selamba badak air je cakap kat penyelia PENAT..then, dia bebel-bebel cakap aku ni manja..tapi dia cakap normal la kalau rasa penat sebab bila kita buat kerja lab, kita guna otak dan tenaga untuk buat eksperimen..sebab tu, kita akan cepat letih..then, tadi aku suruh dia belikan aku 100plus..tup..tup..tup...student master tu belikan aku sebotol besar kot..ni dah melampau dan penyelia tau yang aku bukan jenis makan nasi malam..then, tadi dia suruh decide nak makan apa..laju je mulut aku sebut KFC, padahal aku main sebut je..tengok-tengok, dia belikan KFC betul-betul untuk kitorang..pergghhh, kalau tau gitu, aku order pizza hut..he~

      nak makan tadi satu hal..boleh lagi gaduh, demand macam-macam..bukan salah aku, mulut ni hah, laju betul komen pasal makanan..then, dia suruh makan je apa yang ada..itu belum masuk part berebut nak makan kentang putar tadi..last, dia mengalah dan suruh aku habiskan sebekas besar tu..bersila aku dibuatnya..ye la, kalau tak habis, kena bebel dengan dia plak.. :(

      so, esok kena kerja lagi..sepatutnya aku seorang je yang patut datang, tapi entah camne, penyelia boleh suruh kosmate lelaki tu datang jugak untuk tolong aku..entah la, aku bukan apa, tapi aku rasa macam bersalah je kat member tu..takpasal-pasal dia pun kena datang jugak padahal aku rasa dia ada plan lain untuk esok..tengok muka pun dah tau..so, kepada member tu, aku mintak maaf sangat-sangat sebab selalu menyusahkan kau..siyes, aku segan jugak kalau kau asyik kena drag sekali dengan exp.ni..takpe, next time aku tolong kau pulak ye?? tapi bila ada tiga orang dalam lab tu, barulah aku rasa selesa sikit..kalau just berdua je dengan penyelia, rasa macam kurang manis pada pandangan orang lain, ye tak?


     Overall, weekend ni aku busy dengan hal lab..mana taknya, aku kena handle 3 projek, yang mana projek 1 tu aku jadi ketua..untuk projek 2 dan 3, aku jadi ketua buat sementara waktu..lepas tu, akan ada satu tahap, aku kena bagi kat orang lain untuk handle ni..minggu ni busy buat elektroforesis tapi aku takkesah pun, sebab aku minat buat benda ni..aku takberapa suka handle bioproses cendawan..sebab aku memang takpaham apa-apa pun tapi bila buat elektroforesis, aku enjoy! :)

     insya'allah, ahad ni dah setel hal lab untuk projek 1.so, boleh FOKUS untuk menulis jurnal..moga dipermudahkan segala urusan...amin~
 

Monday, May 23, 2011

penat!

assalammualaikum..

      alhamdulillah, hari ni mood baik punya..akhirnya berjaya jugak bangun pukul 6 pagi..kalau tak, mesti 6.45 baru bangun..<----ni kes kalau ayah tahu, memang kering aku kena bebel ni.. T_T

      tiba-tiba, dalam pukul 6.45, ada satu SMS masuk..dalam hati duk tanya, " ni sape yang excited hantar msg pepagi ni? " tengok nama, ceh! encik penyelia rupanya..dalam SMS tu, dia bagitau yang dia demam = MC = cuti..aku dah tersenyum lebar pepagi tu..laju je reply msg penyelia..<----gila keji aku ni..suka sangat kalau penyelia cuti!! yang paling best, access card dia ada dengan aku, so sepanjang hari ni aku boleh keluar/masuk tempat praktikal sesuka hati tanpa perlu mintak izin dari sesiapa..yeehaaa!!!!  

     aku ingat bila penyelia cuti ni, kitorang ni pun macam cuti sama la kan? sebab dia takbagi arahan kerja pun last week..sekali dia msg aku suruh call dia pukul 8.30pagi pulak..alahai~ sekali ambik kau, dia bagi arahan kerja kat aku hari ni banyak gila nak mampus!! sampai aku dah terbayang nak mintak MC je sok..

     siyes, hari ni agak penat sebab aku kena berada kat dua lab pada waktu yang sama..aku rasa macam nak klon je diri ni banyak-banyak..sekejap masuk lab sana, budak lab sini cari pulak..bila aku pi lab sini, budak lab sana pulak cari aku..dua-dua lab tengah buat kerja yang memerlukan aku..mampus!! itu belum masuk part penyelia duk call aku, tanya apa aku tengah buat..kelam-kabut jugak la..last, aku pun cakap takleh nak handle dalam keadaan camni..then, penyelia bagi arahan suruh orang lain ambil alih kerja untuk lab lagi satu..

aku : saya rasa saya takboleh nak buat dua benda dalam satu masa..
penyelia : apa-apa pun, i nak u handle yang pasal protein tu..i nak u and nik handle pasal tu..
aku : ok, yang padi ni?
penyelia : u mintak tolong aisya dan student baru tu..
aku : ok..

     so, bajet hari ni boleh balik awal la kan..tup..tup..tup..time pukul 6 jugaklah mesin untuk aku letakkan sampel tu rosak..argghhhh!! bikin hati ni panas je..kenapa la mesti di saat ni?? benci..benci..benci..aku tak kira, tekad aku nak balik jugak..takmau dah bertapa kat lab sampai malam..aku call penyelia, bagitau pasal mesin ni...then, berani pulak aku cakap direct je kat dia camni "...mr.L tengok esok la mesin ni camne, ok.." pergh, berani je aku bagi arahan kat encik penyelia camtu..muahaha~

aku : mr.L, u tengok mesin ni esok..staff sini cakap mesin ni takcukup CO2, so sebab tu takleh berfungsi..
penyelia : ok, esok saya tengok..
aku : ok..so, kira setel la semua ni kan?
penyelia : yup..u tau, hari ni i sepatutnya MC tapi bila u asyik call, i tak rasa macam tengah bercuti pun..
aku : ok, then, esok mr.L cuti lagi ke?
penyelia : nope, esok i dah masuk kerja..
aku : * mood kecewa giler..cuti la lama lagi..*

     overall, masuk kerja hari ni BEST walaupun penat!! semua benda aku boleh belajar buat..buat solution untuk test aktiviti enzim, masak padi dan belajar buat gel untuk next experiment..then, dapat kawan baru pulak..lepas tu, boleh plak bergurau-gurau dengan student master yang ajar kitorang buat gel tadi..nampak macam skema tapi rupanya, suka bergurau jugak!


 

Saturday, May 21, 2011

penyelia saya yang.....

assalammualaikum...

       hari ni seharian tidur..waakaka~best woo bila cuti ni walaupun banyak kerja yang nak kena buat sebenarnya..semalam penyelia dah start tinggikan suara sebab aku terlupa nak setelkan kerja yang dia bagi..huhuu T_T

       actually, sepanjang hari ni aku tunggu penyelia call..ye la, access card dia ada dengan aku..tanpa access card ni, dia takboleh masuk lab..tapi, hari ni langsung dia tak msg atau call, so aku assume yang hari ni dia takmasuk lab la kot..busy lepak kat KLCC sorang-sorang, maybe? sebab semalam dia ada offer kat kitorang ajak join sekali, tapi malangnya kitorang tolak mentah-mentah je pelawaan tu..muahaha~

      bila masuk part pasal penyelia ni, nampak macam dia sangat rapat kan dengan aku? errr..entahlah tapi banyak jugaklah benda yang dia suruh aku buat..kena tolong punch card dia la, kadang-kadang kena pegang access card, kena tolong belikan makanan untuk dia, ada hari tu siap kena tolong pegangkan wallet dia lagi..gila ah!!

      tapi yang aku takberapa nak suka sekarang ni, bila dia suruh aku buat eksperimen yang penting untuk dia..oh my...!! aku sendiri pun takpercayakan tentang kemampuan diri, tetiba dia suruh aku ambil alih eksperimen tu..

penyelia : i nak u buat eksperimen ni..tolong i..
aku : errr, saya ni bukan pandai pun bab-bab lab ni..
penyelia : bila lagi mahu belajar? u ingat kalau u praktikal kat IMR, dorang bagi ke u main-main dengan sampel dorang tu?
aku : errrr...
penyelia : sekarang ni, i bagi u peluang untuk buat eksperimen ni...
aku : habis tu, kalau saya buat contame (rosakkan) sampel, camne?
penyelia : macam mana boleh contame? if your basic sterilization is good, so takkan contame la sampel tu..
aku : the probs is, skill lab saya tak okay..kalau contame jugak?
penyelia : i ketuk kepala u berdasarkan bilangan sampel yang contame..
aku : mana boleh camtu.. T_T

      takut gila bila aku kena handle eksperimen ni sorang-sorang..dah la eksperimen tu ambil masa dua bulan kot..ni kes, kalau contame, memang takleh konvo la aku ni..itu belum masuk part yang dia bagi aku sentuh cecair yang berharga 2K = 1 mL untuk eksperimen seterusnya..cuak ok sebab satu sampel tu berharga dalam rm300..maksudnya, kalau aku TERrosakkannya, memang bergadai la nak bayar balik..

       overall, projek pertama aku hampir siap..sekarang tengah sibuk siapkan paper untuk dipublish sebelum proceed dengan next project, which is kena handle eksperimen yang libatkan bidang penyelidikan yang aku suka, iaitu DNA..hoooyeay! :) moga dipermudahkan segala urusan ini..amin~

macam ni ke praktikal?

assalammualaikum..

       semalam balik pukul 7.30 malam..cuak ok, bila aku sorang-sorang je yang tinggal dalam lab tu..dah la time buat eksperimen sorang-sorang tu, tiba-tiba penunu bunsen plak terpadam..naa, ni ada 'benda' nak gurau-gurau manja dengan aku ke? dalam kepala dah buat plan baik punya..kalau 'benda' tu duk main gurau-gurau macam ni, aku cabut...biarlah sampel aku tu terbiar macam tu je..aku taksanggup!! tapi nasib baik, takde apa yang terjadi..lain kali, aku dah taknak duk bertapa kat lab ni sorang-sorang sampai malam..tu la, .."penyelia, sila salahkan kawan penyelia, mr.H sebab duk cite pasal hantu lab kat saya sangat..hahaha~"

       ok, siyes penat buat kerja lab 2jam setengah tanpa henti..tangan dah macam nak tercabut, mata dah berpinar-pinar, kepala berdenyut-denyut..maybe sebab terlebih terdedah pada UV light kot..<-----alasan! time on the way nak balik, lagi sikit nak kemalangan..oh my..!! balik tu, terus call mak..apa lagi, mengadu la..cakap kat mak, taktahan la kalau asyik kena balik lambat je..ye la, aku ni budak pratikal je, bukan staff..tapi, kenapa mesti aku kena balik lambat? kalah staff tau..ni dah macam kerja overtime..kerja hampir 12 jam sehari..huhuu T_T

      nak kata penat tak penat aku ni..pukul 9.30 dah takleh bukak mata..malam tu, pak cik call..tanya khabar aku...aku pun taktau time tu apa la yang aku mengarut kat dia..tapi, siyes, aku memang dah penat gila..yang aku ingat, pak cik bagi salam sebelum aku terus lena dibuai mimpi..muahaha~

       tapi ada satu ayat dari pak cik yang aku suka..

" time praktikal ni, orang boleh perbetulkan lagi kesalahan kita..bila dah kerja nanti, dah takde siapa lagi yang akan tegur..terimalah setiap teguran tu.."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...