THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, March 12, 2011

manusia itu sifatnya boleh berubah kan?

assalammualaikum..
         manusia boleh berubah kan? cuma apa yang membezakannya adalah berubah ke arah kebaikan atau sebaliknya..kalau berubah ke arah kebaikan, alhamdulillah..namun, jika yang sebaliknya berlaku, apa yang akan kamu lakukan? pernah melihat perubahan manusia seperti ini?

         jawapan aku, ya dan situasi ini sedang berlaku pada orang yang aku sayang..apa perasaan kamu jika berada di tempat aku? aku perlu buat sesuatu agar dapat menghalangnya tapi aku tak mampu..aku tak mampu untuk menegurnya kerana dia itu lebih banyak ilmu agamanya jika dibandingkan dengan aku..ya, dia dulu manusia yang berpegang teguh kepada agamanya tapi, kenapa kini dia berubah,.mungkin kerana sifat manusia itu boleh berubah?? tapi, kenapa mesti perubahan ke arah itu? kenapa?

        adakah kerana status sekolah agamanya atau desakan keluarga agar dia perlu menutup auratnya? ayatnya seperti, " kalau bukan kerana sekolah tu, mungkin dah lama aku lakukannya..cuma lambat atau cepat je.." aku sayangkan dia..sangat sayangkan dia..aku kenal keluarga dia..aku tahu apa yang akan terjadi kalau keluarganya dapat tahu perkara ni..aku dalam dilema..perlukah aku berbuat sesuatu atau membiarkannya terus hanyut dengan perubahan itu?

 anyone?

Friday, March 11, 2011

eh?

assalammualaikum..
       wah, hari yang agak indah hari ini..sebab apa? sebab aku dapat berborak dengan mamat yang aku minat dalam kuliah kot..pergh, rasa macam nak senyum memanjang je..*sila lempang laju-laju budak ni*

       rasa macam heaven gila ah..taksangka boleh terserempak dengan dia sorang-sorang dalam lif dan yes, aku jugak sorang-sorang tadi..dan hanya kitorang BERDUA je dalam lif tu..tapi, time dalam lif tu, semua senyap je..buat-buat macam takkenal satu sama lain..heh!

        tapi, bila sampai je aras 4, sebaik keluar pintu lif  terus dia tegur aku..macam takpercaya je dia kenal aku sebagai budak kuliah dia..ye la, dalam kuliah kan ramai student, so kebarangkalian untuk dia kenal budak-budak kuliah mestilah rendah..nak-nak sebab dia lelaki, mana la nak ingat orang sangat kan? dan..dan...dan..dia yang mulakan dulu perbualan pagi tadi..gentleman kan mamat ni?  *pitam*

(sebaik keluar dari lif..)

dia : dah hantar assignment?
aku : eh? *dalam hati duk fikir, mamat ni kenal aku? *
dia : dah hantar assignment? *sambil buat muka dia yang aku suka tu *
aku: oh, dah tapi just tampal kat depan pintu bilik prof je..
dia : bilik prof kat sini je kan?
aku : yup..

dan, lepas tu kitorang pun jalan bersama-sama..aku berjalan seiringan dengan dia..oh, tingginya dia dan kulit dia sangat licin ok! lepas tu, kitorang adalah borak-borak sikit..aku rasa time tu aku sangat nervous sampai banyak benda yang aku cakap macam mengarut je dengan dia..

(bila kat depan bilik prof..)

dia : memang prof takde eh?
aku : tadi takde..tapi taktau la sekarang..
dia : (ketuk bilik prof..) -no respon-
aku : kalau tampal assignment kat board ni, selamat tak?
dia : mmm, baik selitkan bawah pintu lagi..
aku : nanti prof takpijak ke?
dia : eh, taklah..

kami berdua pun berusaha untuk selitkan assigment tu kat bawah pintu bilik prof..

aku : macam dah penuh je ni..kertas ni tolak keluar balik..
dia : eh, takkan lah..try lagi sekali..
aku : ok, done..dah boleh selit..

dan dia pun sama selitkan kertas tu bawah pintu..then, lepas tu, kami pun balik..tapi, kitorang dah taknaik lif sekali..nampak macam dia kejar masa je tadi...apa-apa pun, peristiwa hari ni dah mampu buat aku tersenyum sendirian..macam takpercaya je dapat berborak-borak dengan dia..heh! lena la aku tido malam ni.. :)

pergh, memang kental ah!

salam..
      wah, dalam sehari ni aku bermati-matian berusaha dengan gigih untuk menyiapkan soalan assignment yang sangat complicated tu..siyes, habis exam semalam dalam pukul 11 malam lepas tu cari mood sekejap sebelum mula buat assignment dalam pukul 2 pagi..

      alhamdulillah, semalam mood mudah pula datang..stay up sampai subuh kot..itupun, belum jugak siap assignment tu walaupun hanya ada 4 soalan je pun..siyes, semalam aku dah hampir give up..yes, aku memang taksuka kan STATISTIK..aku ni manusia yang cuai..dah la kalau salah kira akan bagi kesan pada saat terakhir jawapan tu..taksuka tau! tak pasal-pasal semalam kena kira balik semua tu..stress ok!

     saat aku menaip entri ni, baru betul-betul siap assignment tu..sepatutnya, aku dah boleh tido dengan lena saat ni, tapi sebab tadi dah terlena after isyak, nak tak nak memang mata ni dah takboleh tutup..esok kena hantar assignment then rasa macam nak keluar jalan-jalan je esok..ye la, hari ni sehari suntuk duk dalam bilik je..makan pun ala kadar..punyalah lama aku duk atas kerusi sampai lenguh satu badan..

     tapi, apa-apa pun, aku memang puas hati dengan apa yang aku dah buat sekarang..at least, aku cuba untuk TAK tangguhkan kerja lagi..walaupun susah macam manapun, aku mesti berusaha untuk siapkan juga..alhamdulillah, moga usaha ini berterusan..

     nak kata kental tak kental aku ni, sampai kakak ajak aku keluar release tension kat port dickson pun aku tolak mentah-mentah..siap dia offer nak belanja aku semua la tapi aku tetap dengan keputusan aku..bulan 3 adalah bulan untuk aku FOKUS!! taknak dah main-main..hujung minggu ni kena bertapa kat bilik lagi, siapkan tesis..ok, buat masa sekarang, semuanya seperti dirancang.. :)


mungkin aku dah takde masa untuk semua ni.. :(

p/s:
-aku rasa aku dah semakin gemuk..main masuk je semua jenis makanan dalam mulut..perut la ni, cepat sangat rasa lapar.. :(

Thursday, March 10, 2011

ko orang KELANTAN ke?

salam...
       pagi tadi, macam biasa la, perempuan asal jumpa je, ada je la benda yang jadi topik..disebabkan prof masuk lambat hari ni, sempatlah budak-budak perempuan genetik bergosip pasal isu tempat praktikal..

       bila aku cakap je aku dapat praktikal kat HUSM, ada sorang member ni tanya aku, apasal aku mintak jauh sangat..aku dah pelik..dalam kepala aku ni duk fikir, " bukan ke HUSM tu antara tempat praktikal paling dekat dengan rumah kot.." aku syak ni mesti member sorang ni ingat aku orang luar..aku pun mengaku la yang aku ni orang kelantan..dia punya terkejut sebab dia cakap aku LANGSUNG takde loghat orang kelantan..dia mati-mati ingat aku orang area sini je..haila~

      oh, ini bukan situasi pertama bagi aku..dah banyak kali orang tak percaya yang aku ni orang kelantan..ada jugak sorang prof ni sampai ingat aku orang KL atau area2 sini je sebab aku langsung tak keluar loghat kelantan ni hah! siap ada sorang pak cik lab ni, terpaksa bercakap bahasa luar dengan aku sehinggalah aku berterus-terang dan suruh dia cakap kelantan je dengan aku..aku faham je bahasa kelantan tapi untuk berkomunikasi, aku agak lemah..ada orang tegur,bunyi loghat aku lain sikit dari yang asal punya..tersentap jugaklah masa mula-mula orang tegur camtu..tu yang aku malas nak bercakap loghat negeri ni..huhuu T_T

      so, aku harap, nanti bila dah praktikal kat HUSM ni, aku mampu memperbaiki keupayaan aku untuk berkomunikasi dalam bahasa kelantan dengan baik..mana la tau, kot-kot jumpa jodoh dengan orang kelantan, malu la kalau takpandai cakap bahasa negeri sendiri ni..nanti bakal mak mertua marah pulak..opppss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...