THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, January 9, 2011

..aku bengang, so??

salam..
         Tadi baru je habis baca blog sorang member ni..walaa~ bestnye bebudak kosmate yang lain pergi chocolate fair kat mid..siyes, aku sangat jeles tak terhingga..dah la memang spesies yang suka telan makan coklat..ni sume gara-gara encik JPA yang still liat tak mahu masukkan duit elaun..huhuu T_T.. tapi, kempunan nak pergi jejalan tu terubat bila my lovely cousin bagi coklat dari sana kat aku..thanks, k.long!

         sekarang tengah bengang dengan budak bilik sebelah ni..dari tengahari tadi duk memekak sambil nyanyi kuat-kuat sampai langit pon dah makin gelap gamaknya ni..[gile keji]..sori, tadi memang kitorang dah tak boleh nak tahan sabar. so, roomate tulis nota kecil dan tampal kat pintu budak tu..ingatkan dah setel, rupa-rupanya lagi TERUK..tapi, kali ni dorang dah tak nyanyi just membebel-bebel dengan suara yang agak kuat..maybe dorang bengang kot dengan nota tu sebab terdengar dorang duk membebel camni.. ".. ye la, nanti aku dah tak memekak la..sibuk je..ni bilik aku, bukan bilik ko!!.." kalau ikut hati ni, geram nak sound camni je "..eh, hello!! kalau ko melalak kat bilik ko xpe la jugak.. tapi sekarang ni, suara ko tu dah boleh dengar satu blok!! rugi je jadi budak pandai tapi bodoh, tak reti nak hormat hak orang lain..haila~ oh, budak tu memang jenis tak boleh orang tegur ke hapa?? bikin kitorang lagi panas ada lah..nasib roomate aku tak sound direct je, kalau tak lagi teruk la jadinya nanti..

          lagi satu yang buat aku bengang ialah malam ni tak boleh tengok AJL sebab tv blok ni tak best..dah la tv buruk, tak ada colour plak tu..hilang mood nak tengok jap..nak dengar radio, mp4 aku dah rosak..last choice, dengar HOT FM online je la..mintak-mintak malam ni tenet laju..kalau tak, memang tido awal la..

          oh ya, tadi ada baca something kat fb..betul ke fb nak tutup 15hb mac ni?? bagi aku, bagus jugak fb tu tutup sebab tak adalah aku duk bertapa kat fb 24/7..lagipun, sekarang ni dah bosan dengan fb..mungkin dah tiba masanya untuk aku belajar..last sem baru nak belajar betul-betul?? ok apa, dari terus tak belajar..at least aku dah pasang niat untuk dapatkan DEKAN..amin~

[tetiba rindukan budak ni]

p/s:
- tengah layan lagu " zivilia_aishiteru"..best jugak :)

Saturday, January 8, 2011

oh, aku memang kejam..

salam..
      hari yang agak pelik hari ini..sebenarnya, dari semalam..ingatkan isu aku TIDAK akan balik ke rumah time CNY ini dah selesai..rupa-rupanya, tidak..sejak dari semalam adik di USM sibuk bertanyakan perihal itu dan hari ini giliran kakakku pula..hairan, kenapa mereka beria-ria sangat mahu aku pulang kali ini?? padahal kalau aku tak silap, sejak belajar ni, aku memang bukan spesies homo sapien yang akan balik ke rumah time CNY..pelik bukan?? aku syak ni mesti ada udang di sebalik mee goreng..

       aku tengok kalendar...apa yang istimewa dengan cuti kali ni?? cuti seminggu je bukannya lama sangat pun..tapi, memang benar ada sesuatu yang 'lain' dengan cuti kali ini..aku syak mereka nak buat sambutan birthday untuk aku..ya, aku memang pelik dari adik-beradik yang lain sebab birthday aku bulan feb sedangkan yang lain semua bulan mei..dan family tak pernah ada kesempatan untuk sambut besday aku sebab aku memang tidak pernah ada di rumah pada bulan itu..sedangkan yang lain disambut setiap tahun..apa yang mereka mampu buat hanyalah sekadar memberi ucapan di pagi hari dan itu sudah cukup menggembirakan aku..

       dan mungkin tahun ini aku ada peluang untuk sambutnya di rumah tapi aku tidak mahu meraikannya..entahlah, mungkin hati aku terlalu keras untuk menarik balik keputusan yang telah dibuat..maaf kerana mungkin keputusan itu terlalu kejam buat kamu semua..biarlah aku meraikan 'hari tua' ini bersendirian..

[aku memang kejam bila telah menghancurkan hati kamu semua..maaf ]

..maaf, sebab buat kamu bersedih lagi..

salam..
         maafkan diri ini kerana buat kamu bersedih lagi..maaf, kerana aku harus kuat untuk menyatakan pendirian ini..walaupun keputusan ini bakal mengguris hati kamu tapi bersabarlah, aku masih tetap di sini untuk meneruskan perjuangan..doakan yang terbaik untuk diri ini..

         oh, aku sangat lemah bila mendengar suara sebak ibu di hujung talian tadi..semuanya gara-gara aku membuat keputusan TIDAK mahu pulang ke rumah sewaktu cuti CNY ni..alasan yang diberi, aku tak nak berebut beli tiket bas dan perjalanan yang jauh dan memakan masa itu akan menyebabkan aku keletihan..tapi, sebenarnya itu bukan sebab utama kenapa aku tidak mahu pulang ke rumah..

          mungkin aku ini anak yang aneh sebab aku memilih untuk berjauhan dengan ibubapa..mungkin aku agak kejam bila permintaan ibu aku tolak ke tepi..maaf kerana aku tak sanggup menatap wajah ibu dan ayah lagi..wajah yang memberi seribu satu harapan kepadaku..maaf kerana aku bukan seperti yang kamu berdua harapkan..aku hanyalah anak biasa, yang tidak mampu membuatkan kamu berdua berbangga denganku..maaf kerana aku tak sanggup lagi mengesat air mataku yang sentiasa berjujuran setiap kali aku menaiki bas meninggalkan kamu berdua..ya, aku dihurung rasa bersalah yang teramat sangat kerana aku tidak mampu menjadi seperti yang kamu berdua harapkan..maafkan anakmu ini kerana kadang-kadang aku tidak bisa mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan kalian..kerana aku ni anak yang terlalu ego dan beremosi..cukuplah atas segala pengorbanan itu kerana aku takut aku tak bisa membalasnya nanti kerana aku ini anak yang amat menyusahkan kalian..maaf sebab aku kini memerlukan masa untuk bersendiri..

[biarkan diri ini bersendirian buat seketika]
          buat kamu berdua, walaupun kita terpisah oleh jarak, namun ibu dan ayah tetap di hati ini..doakan aku supaya mampu bertahan dalam perjuangan ini..doakan demi kejayaan anakmu ini kerana aku terlalu menyayangi kalian berdua..tak sanggup lagi membiarkan diri ini mengecewakan kalian dan buat ibu, maafkan anakmu ini kerana selalu membiarkan air matamu mengalir..maaf tapi kadang-kadang kita perlu berkorban demi kebaikan semua..dan aku harap yang ibu akan memahami keputusanku ini..


-arghh, sebak dada saat menaip entri ini..
-masih lagi dihurung rasa bersalah..
-maafkan diri ini kerana terlalu berkeras dengan keputusan pendek akal tu..
:(
-pic : atuk google

Wednesday, January 5, 2011

..apabila diri makin melebar..

salam..
        ya, baru aku perasan yang aku sekarang ni sedang mengalami masalah 'melebar'..apakah?? siyes, rasa macam badan semakin berkembang..[ni mesti kes main telan jer..]..so, semalam dah tekad untuk kurangkan makan dan lebihkan senaman..nak dijadikan ceritanya, semalam pergi la jogging dekat tasik untuk buang lemak-lemak berlebihan kat badan..






             tapi, dah tak ada rezeki kot, tetiba bila dah sampai kat tasik tu, hujan pulak..so, tak leh nak jogging..hanya mampu bertapa di pondok-pondok kecil sambil menunggu hujan berhenti..ingatkan hujan biasa-biasa je rupa-rupanya hujan lebat dan kilat..haila~ kalau nak tunggu hujan ni berhenti, mahu malam kot..last choice, memang kena redah hujan la jawabnya..




       tak pasal-pasal semalam dapat mandi hujan, sejuk bukan main..baju habis basah lencun, badan pun menggigil..roomate tengok pun gelak siap tanya camni, " camne jogging tadi?? best tak?? "..dalam hati cakap, sabar je la, ni kes menyindir ni..huhuu T_T...apa-apa pun, semalam memang best...bila jadi final year ni, makin banyak kerja gila yang aku rasa nak buat..he~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...