THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, August 2, 2012

..something is wrong?? ...

Assalammualaikum...

    saya rasa ada something's wrong dengan bos saya sejak duamenjak ni..seriously, perangai dia memang berbeza betul sekarang ni..dia dah berubah ke?? hurm....??

     well, saya cuba berfikiran positif right now tapi kebaikan yang dia tonjolkan sekarang ni sangat-sangat berbeza dengan diri dia dulu..semua ni berubah selepas dia accident last week. adakah gegaran pada otak dan kehadiran darah beku itu menyebabkan dia lupa akan pergaduhan kitorang tu?? hahahhah :)

     lucu ok bila dia dah start rapat dengan saya balik..cakap elok-elok dengan saya dan benda yang paling takleh percaya bila dia ajak saya berbuka puasa sekali dengan dia hari tu..seriously, lagi sedikit je saya nak pengsan dengar permintaan dia yang satu tu..*COVER LINE*

    now, jadual kerja kitorang memang sama sebijik sejibun balik..entah la, buat masa sekarang, perangai dia masih lagi baik dengan saya, bergurau release tension macam dulu..dan sekarang ni, saya pulak kena jadi tempat dia meluahkan stress..arghhhh~ layan je la..

    harap-harap semuanya jadi baik macam dulu..amin~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...