THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, April 17, 2010

..sabarlah sayang!!...

salam...

entah kenapa malam ni mood aku NEGATIF..
bangun dari tido tadi...
rasa macam nak marah orang..
tak ada m00od nak reply msg..
tak ada m0od nak layan YM..
tak ada moOd nak cakap ngan sesiapa...

siyes, perasaan ni sama seperti perasaan semasa aku menerima berita kematian pak cik aku akhir tahun lepas..
semua benda yang aku buat..
ada jer yang tak kena..
jadi, aku memilih untuk berdiam diri...

bangun tido tadi..
aku cepat-cepat mandi dan solat Isyak..
tapi, hati aku TETAP tak tenang..
lalu, aku amik al-Quran dan aku baca surah 4 Qul..
ntah la, seperti ada sesuatu yang cuba memberitahu..
aku online dan buat sedikit blogwalking..
dan aku terkejut dengan berita kematian ACHIK spin..
aku terDIAM..

tapi, hati aku tetap TIDAK tenang..
lalu, aku gapai telefon dan call mak..
mendengar suara mak..
membuatku sedikit tenang..
itulah keajaiban seorang ibu..

aku bertanya khabar orang di rumah..
ayah dan adik perempuanku yang baru amik SPM tiada di rumah..
mereka bertolak ke shah alam malam ni..
untuk pendaftaran adik aku bagi mengikuti kursus persediaan under JPA..
kat INTEC, tempat belajar kakakku dulu..

di rumah, adik ku yang bongsu..
menangis kerinduan..
kerana dia sudah kehilangan peneman setianya..
aku paham ngan situasi sebegini..
tapi sabarlah sayang..
kami pergi untuk menimba ilmu..
dan lambat-laun kamu akan mengerti...



 ...sabarlah sayang..
....nanti KAMU akan mengerti..
....dan usah ditangisi pemergian kami ini..
....kerana ini adalah pengorbanan..
...dalam menimba ILMU...


perbualan telefon terhenti..
kerana adikku sudah merengek di atas katil..
mahukan belaian manja seorang ibu..
sebagai penenang di kala dirinya dalam kesedihan..
situasi yang sama seperti aku..

tiba-tiba roomate mematikan lamunan ku....
dia cakap dia nak keluar malam ni dan tak tau balik ke tidak..
aku cakap kat dia yang aku rasa tak sedap hati..
dan dia pon alami perkara yang sama..
jiwanya resah, tidak keruan...
dan perkara itu juga yang berlaku pada aku sekarang..

persoalannya..
apakah maksud semua ni??
banyak perkara yang negatif bermain di fikiranku sekarang..

ya ALLAH..
tenangkan lah hati ku ini..
ampunilah dosa-dosa ku andai aku terLEKA menunaikan kewajipanku...
dan selamatkan mereka-mereka yang aku sayangi..
amin..

nota ibujarikaki:
-aku perlukan ruang untuk mencari ketenangan diri..
-al-fatihah buat achik spin...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...