THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 19, 2010

...i LOVE being myself...

salam..






...aku juga mahu hidup..
...sama seperti orang lain..
...jadi, aku perlu KUAT..
...untuk mengharungi hidup..
...yang semakin mencabar ini..


menjadi diri sendiri adalah SUKAR..
seperti aku yang masih kabur dengan masa depan sendiri..
terlalu banyak pilihan yang ada..
dan setiap pilihan akan mempengaruhi hidup kita kelak..

seperti kamu yang memilih untuk menjadi MAT rempit..
kamu GAH di atas jalanraya..
tapi sampai bila??
bila tiba masanya kelak..
kamu akan menyesal dengan pilihan yang dibuat..

aku bencikan pilihan..
kerana pilihan adalah RISIKO..
dan aku takut untuk berhadapan dengan akibatnya kelak..
oleh itu, aku selalu mengambil pilihan yang paling mudah..
jadi, risiko pon rendah..

contohnya,
aku diberi pilihan samada mahu kekal di sekolah lama..
dimana nama ku telah di senaraikan sebagai TARGET sekolah..
atau berpindah ke sekolah baru..
dimana aku menjadi insan yang baru..
dan aku memilih untuk berpindah ke sekolah baru..

sama seperti kes ini..
antara menerima tawaran ASASI atau MATRIKULASI..
sedangkan keluarga ku beria-ria mahukan aku memilih ASASI undang-undang yang lebih terjamin..
dan aku memilih untuk ke MATRIKULASI..
pelik bukan??

aku mahu belajar sesuatu yang baru..
bermula dari bawah..
dan membuat pilihan ku sendiri..
kerana aku lebih kenal siapa diri aku sebenarnya..

ayah ku pernah berkata...
kalau kamu mahu KEKAL di puncak..
tapak bawah kamu perlu kukuh..

contohnya..
seperti membina sebuah menara yang KUKUH..
kita perlukan tapak yang KUAT..
untuk kestabilan menara tersebut..

sama juga seperti hidup ini..
sebelum mencapai kemuncak hidup..
kita perlukan basic pengetahuan dan pengalaman yang KUKUH..
kerana sejarah dan pengalaman yang akan mengajar kita..
untuk menjadi manusia yang berGUNA..

jadi, tak salah kan kalau kita mulakan segala-galanya dari bawah??
dan bersyukurlah kamu jika kamu memilih untuk menjadi diri sendiri..
cuba menerima kekurangan diri seadanya..

nota ibujarikaki:
-now, i love being myself..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...