assalammualaikum...
arrgh, mood hari ni dah spoil habis..semua ni gara-gara kerja.. pagi-pagi lagi dah ter'gaduh' dengan mak..tak tersengaja tapi tetiba hari ter'jawab' dengan bebelan mak..maybe sebab dah taktahan kena bebel kot..huhuuu :(
mak suruh aku terima offer dari encik penyelia untuk jadi RA dan sambung masters bawah dia..aku taknak..berkeras aku bangkang dengan cadangan mak aku tu..dah banyak kali aku cakap kat dia, aku memang takminat langsung dengan research tu dan lagi satu, aku takrasa pun yang aku boleh bekerja dengan encik penyelia..cukuplah 3 bulan tempoh praktikal hari tu..dah berapa liter entah air mata yang mengalir disebabkan dia..bagi aku, cukuplah..aku memang taksanggup..
bagi aku, kerja bawah dia memang agak 'stress' dan takde life...ye la, encik penyelia aku tu agak 'gila kerja'..pagi petang malam duk berkampung kat lab..tu belum masuk weekend lagi..aku rasa badan aku dah lembik sepanjang 3 bulan tu..hampir setiap bulan aku kena amik MC..banyak je dapat penyakit..dengan kena balik tengah malamnya lagi...bayangkanlah, bawak moto pukul 11-12 malam..uuuu, mau takseram dibuatnya..itu baru praktikal..kalau dah kerja nanti, mungkin lagi teruk..mungkin......even tempoh 3 bulan dah taktahan, inikan pulak 2 tahun?? aku tak sanggup!!
then, tetiba, pagi tadi mak duk ungkit benda ni..dia cakap aku terlalu memilih..terima je la offer tu, senang...dah takpayah fikir pasal kerja lagi..aku jawab balik..aku cakap kat mak, buat master dalam research ni, bukan boleh main bedal macam tu je..dalam research ni, tempoh 2 tahun tu, belum tentu lagi aku akan dapat masters..tempoh perjanjian 2 tahun, tapi kalau result taknak keluar, kena lanjutkan lagi tempoh masters tu..lagi satu, research ni pasal kulat, which is bidang yang langsung aku takminat..sejak dari universiti lagi, subjek ni la yang paling aku benci...then, macamane aku nak bertahan selama 2 tahun dengan bidang ni??
bagi aku, dalam isu ni, mak yang macam terlalu memilih kerja untuk aku..kalau boleh, dia nak suruh aku dapat kerja yang setaraf dengan degree ni terus..takpayah duk kerja part time...takpayah duk kerja yang mengarut-mengarut entah pape tu...even kerja RA pun dia taknak bagi..so, apa pilihan yang aku ada sekarang ni?? bagi aku, RA pun dah kira ok..at least, aku dapat kumpul pengalaman dulu walaupun dapat gaji yang takseberapa..aku nak kerja part time, tapi mak taknak bagi, camne??
selama ni, aku terlalu menjaga hati mak aku..ikut je cakap dia..tapi, lama-lama, aku pun nak bebas jugak..nak jugak merasa kerja macam orang lain...tapi, hati mak perlu dijaga..arrghh, taksuka bila aku dah tersekat dalam situasi ni..kenapa mesti jadi sampai macam ni?? aku sayangkan mak..kalau boleh taknak lukakan hati dia..taknak bagi dia terasa hati tapi aku juga manusia, yang ada impian dan aku juga berhak menentukan hala tuju hidup sendiri..maafkan anakmu ini..maaf~
Tuesday, November 29, 2011
bukan memilih tapi ....
dikarut oleh : ms hanashi at 11:09 AM 0 comments
Monday, November 28, 2011
give up?
assalammualaikum...
ayah selalu cakap yang aku ni mudah sangat give up..belum buat sesuatu, dah mengaku kalah..semua benda takut nak buat. tapi memang betul pun..aku ni jenis manusia yang takut sangat dikecewakan..
sekarang, aku dapat satu offer dari company ni..aku pun taksangka yang dorang serius dengan permohonan aku..ye la, aku just main klik-klik je pun hari tu..tup..tup..tup..company tu hantar emel kat aku dan suruh aku sediakan beberapa dokumen penting yang dorang perlukan untuk tindakan lanjut..arr, sudah..bagi aku,kerja tu best kot..tapi, mampu ke aku buat kerja tu?? lagipun, aku rasa akademik aku taklayak untuk memohon jawatan tu..aku tersangat-sangat konfius antara nak respond atau tak kerja tu..kalau ikut hati ni, memang nak kerja tapi aku takut aku takdapat buat kerja tu dengan baik..jadi editor untuk medical journal?? gaji 2 ribu something.. argghhh, konfius!!! dan lagi satu, aku ni jenis manusia yang cepat gelabah dengan interview..sangat gelabah, ok!! tapi, tempat kerja tu dekat je dengan rumah..boleh la balik rumah tiap-tiap hari nanti.. :)
kalau ikut kelulusan akademik, rasa-rasa macam takberapa nak lepas..PNGK aku taksampai pun 3.5..tapi, kalau pihak dorang boleh pertimbangkan pasal PNGK tu, insya'allah, aku rasa konfiden sikit..tapi, time interview nanti, aku takut aku gelabah tak tentu pasal..arghhh, taknak apply, boleh? tapi sampai bila aku nak lari dari interview ni?? ni yang rasa macam nak give up awal-awal lagi ni..kusut je fikir.. :(
dikarut oleh : ms hanashi at 1:27 PM 0 comments
Wednesday, November 23, 2011
cari kerja pun boleh bikin sakit kepala..
dikarut oleh : ms hanashi at 9:00 AM 0 comments
Tuesday, November 22, 2011
semuanya dah OK!
assalammualaikum...
lama gila kot tak update blog ni..dah bersawang nampaknya..huhuu~ rupa-rupanya BOSAn duk kat rumah lama-lama bila takde benda yang hendak difokuskan..siyes, bosan gila nak mampus..hari-hari buat benda yang sama, langsung takde perubahan dalam hidup ni..ahhh, STRESSSSS!!!!
nasib baik encik JPA ni sangat-sangat la baik hati bila sudi membayar kembali elaun sara hidup praktikal kat aku..walaupun tak cukup syarat untuk claim, tapi JPA bayar jugak dengan jumlah bayaran yang sepatutnya aku dapat..alhamdulillah.. :) akhirnya, dapatlah jugak modal untuk aku baiki laptop n pasang tenet kat rumah ni..kalau tak, memang TAKKAN update la blog ni..
so, buat masa sekarang, semuanya dah OK!..sekarang fokus untuk cari kerja je dulu..kalau susah sangat dapat kerja, maybe aku move on dengan next plan which is sambung masters..semoga dipermudahkan segala urusan..amin~
dikarut oleh : ms hanashi at 9:41 PM 0 comments
