THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, November 23, 2011

cari kerja pun boleh bikin sakit kepala..


BIOTEKNOLOGI : GAJI MUNGKIN MASALAH (sumber : sini)
Kerjaya dalam bidang bioteknologi di negara ini mungkin dibantutkan dengan masalah gaji rendah dan tidak setanding dengan gaji yang ditawarkan di luar negara. Ia bakal menimbulkan situasi sukar kerana banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mempromosikan bidang berpotensi tinggi ini.
Beberapa media tempatan dan luar negeri juga mendapati ramai para pengkaji (researcher) dan saintis berkaliber memilih untuk menerima peluang dari negara luar, termasuk jiran, Singapura yang mampu memberikan pendapatan lumayan kepada mereka. Apatah lagi jika keadaan ini dibandingkan dengan negara negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Britain.
Seorang saintis negara yang ditemu bual oleh media antarabangsa International Herard Tribune, mengakui menerima gaji 5 kali ganda di Singapura berbanding dengan gaji yang diterimanya di Malaysia. Selain daripada faktor gaji, beliau juga mendapati Singapura menawarkan suasana kerja yang amat baik dan kompetitif.
Mungkin pernyataan beliau tidak terlalu mengejutkan kerana pada masa ini, Singapura mempunyai fasiliti bioteknologi dan biosains terbaik di dunia kerana kemampuannya menarik minat pelabur asing yang terdiri daripada syarikat gergasi dalam bidang perubatan, sains and farmasi. Antara syarikat terkenal dunia yang telah membina pusat kajian di Singapura ialah Eli Lilly, Novartis, Takeda dan Pfizer. Keempat empat mereka tergolong dalam 50 syarikat farmasi terbesar di dunia.
Negara jiran tersebut telah membelanjakan lebih daripada $2 billion pelaburan untuk menjana industri bioteknologi dan biomedikal.

pendapat aku :
-     Dalam negara kita sendiri, peluang kerja dalam bidang bioteknologi ni takbanyak..sebab tu la sekarang, fakulti aku dah tutup beberapa course untuk degree...peluang lebih terbuka luas untuk mereka yang berminat untuk sambung masters...nak cari kerja?? haila, agak susah sekarang ni..maybe sebab tu la, budak-budak coursemate aku banyak yang fly ke oversea macam singapore and US...ada jugak 2-3 orang yang sambung masters..yang lain-lain, masih lagi tercari-cari hala tuju hidup ni...aku rasa, hampir 50% dari kitorang apply kerja yang langsung takde kaitan dengan bidang biotek..aku? mungkin akan 'lompat' jugak ke bidang lain..oh, my...baru aku tau, susah jugak nak cari kerja ni..huhuuu ~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...