THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, September 19, 2011

hilang selera makan.. :(

assalammualaikum..

       sejak dari semalam, aku macam langsung takde selera nak makan..siyes, dah puas kakak sepupu aku pujuk aku suruh makan nasi, tapi aku terpaksa tolak mentah-mentah..ditambah pulak dengan sakit senggugut ni, menyebabkan aku banyak terlantar duduk diam..dah takleh banyak bergerak macam biasa..huhuu :(

      ni semua gara-gara aku tersalah makan aiskrim bercampur air berkarbonat pada hari pertama datang bulan..pergh, ambik kau sekali senggugut teruk kot..nak menangis menyesal pun takde guna sekarang ni..hanya mampu menahan je la..waawaa T_T

   tapi, nasib baik jugak sakit time sekarang ni....buatnya sakit time aku konvo nanti, mesti haru-biru dibuatnya.. :) wah, macam takpercaya je aku dah habis belajar...tapi..tapi..tapi..rasa macam pelik je bila takde benda nak buat sekarang ni..memang blank terus la.@_@....

Sunday, September 18, 2011

miss BLANK !!

assalammualaikum..

   wah, bahagianya hidup bila boleh online ni.. :) aku rasa penyakit 'malas' aku ni semakin menjadi-jadi..siyes, rasa macam dah takde mood nak update blog ni..dan..dan..dan..aku rasa kelajuan otak aku berfikir dah semakin LEMBAB..huhuu~

  semalam, time nak ambil jubah konvo pun, ada sorang member ni tegur aku..dia kata aku memang tak banyak berubah dan semakin blurrrr...oh, NO!! aku rasa lepas ni, budak-budak ni dah berpakat panggil aku, MISS BLANK.. :(

  overall, hidup aku sekarang ni macam takde hala tuju je..duk kat umah sambil bukak kilang taik mata..tu belum masuk part plan nak bukak cawangan kedua kilang ni kalau ada lebihan modal..lemak-lemak kat badan pun dah semakin berlapis-lapis ni..entah bila la pengilang nak ambil lemak-lemak badan ni untuk diproses buat bahan masakan..eeeuuww!! duit aku pulak semakin menipis..aku rasa adik bongsu aku lebih kaya dari aku kot..sebab dia mampu beli air soya sekotak setiap hari..aku?? nak beli maggi sebungkus pun berkira..gila miskin papa kedana aku ni..

   bila fikir-fikir balik tentang hidup aku sekarang ni, aku rasa aku patut dah mula risaukan masa depan sendiri..oh, aku perlukan kerja part time sekarang ni..please............ANYONE?
  

Wednesday, August 24, 2011

diam.cuak.sawan

assalammualaikum...

     rasa macam malas gila-gila nak update blog..bulan puasa ni, mood menulis pun nak berpuasa jugak..hehehe~ actually, aku ni banyak gila nak mampus kerja yang perlu disetelkan sebelum raya..antaranya, aku kena edit jurnal aku tu..jurnal tu dah dua minggu duk terperam dalam laptop..

    semalam, mak dan kakak dah start membebel suruh aku siapkan jurnal tu cepat-cepat..adik perempuan pulak sentiasa menjadi pasukan sorak semangat untuk kakak yang sorang ni..tapi tu la, walau apa cara sekalipun, aku TETAP tak sentuh pun jurnal tu..huhuu~

     tup..tup..tup..hari ni, encik penyelia call dan yang paling keji, bila aku TAK sempat pun nak angkat call tu..dan sekarang, aku sedang gigih menyiapkan jurnal tu..aku dah cuak gila ni..tak tau nak bagitau apa kat encik penyelia esok..mesti aku kena kaw-kaw punya..aigoooo~

      *cuak.sawan*
p/s:
-tolong doakan semuanya dipermudahkan..amin~

Monday, August 15, 2011

kasih ayah..

assalammualaikum..

alhamdulillah, hari ni aku masih lagi diberi peluang untuk merasai kasih sayang seorang insan yang bergelar 'ayah'..tetiba rasa bersalah sebab terpaksa menyusahkan dia dan terima kasih kerana sudi melayan kerenah anak dara yang PEMALAS ni..T_T

kesian ayah, dari semalam beria-ria ajak aku teman dia pergi bandar tapi aku tolak mentah-mentah sebab aku memang mengantuk gila-gila kot pagi tu...dah la taknak teman dia, pastu boleh plak aku mintak tolong dia poskan surat untuk aku..haish, kejamnya aku..

then, time ayah nak pergi pagi tu, aku boleh selamba badak air je masuk bilik sambung tido TANPA berikan surat untuk di poskan kepada ayah..ayah plak, senyap tak cakap apa...dan yang lebih kejam lagi, tetiba hari ni, aku bangun lambat dan ayah, still lagi tak cakap apa-apa pasal surat tu..even aku bangun lambat sekalipun hari ni, ayah senyap je..langsung tak marah ke apa..ok, aku dengan rasa bersalah, berikan surat untuk dipos kepada ayah..

ayah langsung tak bagitau aku yang pejabat pos ramai orang hari ni sampai ayah terpaksa pergi sebanyak dua kali ke sana..sikit pun dia tak merungut...dan, akhirnya, dia berjaya jugak poskan surat tu..terharu okey!!

tadi selepas berbuka, ayah pergi terawih..balik dari terawih, dia akan makan makanan yang manis macam kuih-muih..hari ni, tetiba dia ajak aku teman dia makan kuih tu..dia suruh aku ambil dulu dan tinggalkan sikit untuk dia..aku time tu, memang dah kenyang gila tapi rasa macam bersalah je kalau tolak permintaan ayah so, aku pun ambil je la untuk ambil hati ayah..

then, lepas makan-makan semua tu, aku pun basuh la pinggan dalam sinki...time basuh tu, aku perasan yang ayah ada simpan something dalam peti tapi aku malas nak tanya dia..aku assume yang dia makan kuih tu tak habis, so dia simpan untuk esok pulak..

entah camne, lepas basuh pinggan tu, terdetik pula nak buka peti..time tu, aku nampak bekas kuih tadi..aku bukak dan ianya KOSONG..ooooh, ayah..tolong jangan buat anak ini rasa bersalah yang teramat sangat..ayah sengaja simpan bekas kosong dalam peti dan taknak menyusahkan aku untuk membasuh bekas tu...

aku terdiam tanpa berkata apa-apa..*speechless*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...