assalammualaikum..
alhamdulillah, hari ni aku masih lagi diberi peluang untuk merasai kasih sayang seorang insan yang bergelar 'ayah'..tetiba rasa bersalah sebab terpaksa menyusahkan dia dan terima kasih kerana sudi melayan kerenah anak dara yang PEMALAS ni..T_T
kesian ayah, dari semalam beria-ria ajak aku teman dia pergi bandar tapi aku tolak mentah-mentah sebab aku memang mengantuk gila-gila kot pagi tu...dah la taknak teman dia, pastu boleh plak aku mintak tolong dia poskan surat untuk aku..haish, kejamnya aku..
then, time ayah nak pergi pagi tu, aku boleh selamba badak air je masuk bilik sambung tido TANPA berikan surat untuk di poskan kepada ayah..ayah plak, senyap tak cakap apa...dan yang lebih kejam lagi, tetiba hari ni, aku bangun lambat dan ayah, still lagi tak cakap apa-apa pasal surat tu..even aku bangun lambat sekalipun hari ni, ayah senyap je..langsung tak marah ke apa..ok, aku dengan rasa bersalah, berikan surat untuk dipos kepada ayah..
ayah langsung tak bagitau aku yang pejabat pos ramai orang hari ni sampai ayah terpaksa pergi sebanyak dua kali ke sana..sikit pun dia tak merungut...dan, akhirnya, dia berjaya jugak poskan surat tu..terharu okey!!
tadi selepas berbuka, ayah pergi terawih..balik dari terawih, dia akan makan makanan yang manis macam kuih-muih..hari ni, tetiba dia ajak aku teman dia makan kuih tu..dia suruh aku ambil dulu dan tinggalkan sikit untuk dia..aku time tu, memang dah kenyang gila tapi rasa macam bersalah je kalau tolak permintaan ayah so, aku pun ambil je la untuk ambil hati ayah..
then, lepas makan-makan semua tu, aku pun basuh la pinggan dalam sinki...time basuh tu, aku perasan yang ayah ada simpan something dalam peti tapi aku malas nak tanya dia..aku assume yang dia makan kuih tu tak habis, so dia simpan untuk esok pulak..
entah camne, lepas basuh pinggan tu, terdetik pula nak buka peti..time tu, aku nampak bekas kuih tadi..aku bukak dan ianya KOSONG..ooooh, ayah..tolong jangan buat anak ini rasa bersalah yang teramat sangat..ayah sengaja simpan bekas kosong dalam peti dan taknak menyusahkan aku untuk membasuh bekas tu...
aku terdiam tanpa berkata apa-apa..*speechless*
Monday, August 15, 2011
kasih ayah..
dikarut oleh : ms hanashi at 2:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment