THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 24, 2011

diam.cuak.sawan

assalammualaikum...

     rasa macam malas gila-gila nak update blog..bulan puasa ni, mood menulis pun nak berpuasa jugak..hehehe~ actually, aku ni banyak gila nak mampus kerja yang perlu disetelkan sebelum raya..antaranya, aku kena edit jurnal aku tu..jurnal tu dah dua minggu duk terperam dalam laptop..

    semalam, mak dan kakak dah start membebel suruh aku siapkan jurnal tu cepat-cepat..adik perempuan pulak sentiasa menjadi pasukan sorak semangat untuk kakak yang sorang ni..tapi tu la, walau apa cara sekalipun, aku TETAP tak sentuh pun jurnal tu..huhuu~

     tup..tup..tup..hari ni, encik penyelia call dan yang paling keji, bila aku TAK sempat pun nak angkat call tu..dan sekarang, aku sedang gigih menyiapkan jurnal tu..aku dah cuak gila ni..tak tau nak bagitau apa kat encik penyelia esok..mesti aku kena kaw-kaw punya..aigoooo~

      *cuak.sawan*
p/s:
-tolong doakan semuanya dipermudahkan..amin~

Monday, August 15, 2011

kasih ayah..

assalammualaikum..

alhamdulillah, hari ni aku masih lagi diberi peluang untuk merasai kasih sayang seorang insan yang bergelar 'ayah'..tetiba rasa bersalah sebab terpaksa menyusahkan dia dan terima kasih kerana sudi melayan kerenah anak dara yang PEMALAS ni..T_T

kesian ayah, dari semalam beria-ria ajak aku teman dia pergi bandar tapi aku tolak mentah-mentah sebab aku memang mengantuk gila-gila kot pagi tu...dah la taknak teman dia, pastu boleh plak aku mintak tolong dia poskan surat untuk aku..haish, kejamnya aku..

then, time ayah nak pergi pagi tu, aku boleh selamba badak air je masuk bilik sambung tido TANPA berikan surat untuk di poskan kepada ayah..ayah plak, senyap tak cakap apa...dan yang lebih kejam lagi, tetiba hari ni, aku bangun lambat dan ayah, still lagi tak cakap apa-apa pasal surat tu..even aku bangun lambat sekalipun hari ni, ayah senyap je..langsung tak marah ke apa..ok, aku dengan rasa bersalah, berikan surat untuk dipos kepada ayah..

ayah langsung tak bagitau aku yang pejabat pos ramai orang hari ni sampai ayah terpaksa pergi sebanyak dua kali ke sana..sikit pun dia tak merungut...dan, akhirnya, dia berjaya jugak poskan surat tu..terharu okey!!

tadi selepas berbuka, ayah pergi terawih..balik dari terawih, dia akan makan makanan yang manis macam kuih-muih..hari ni, tetiba dia ajak aku teman dia makan kuih tu..dia suruh aku ambil dulu dan tinggalkan sikit untuk dia..aku time tu, memang dah kenyang gila tapi rasa macam bersalah je kalau tolak permintaan ayah so, aku pun ambil je la untuk ambil hati ayah..

then, lepas makan-makan semua tu, aku pun basuh la pinggan dalam sinki...time basuh tu, aku perasan yang ayah ada simpan something dalam peti tapi aku malas nak tanya dia..aku assume yang dia makan kuih tu tak habis, so dia simpan untuk esok pulak..

entah camne, lepas basuh pinggan tu, terdetik pula nak buka peti..time tu, aku nampak bekas kuih tadi..aku bukak dan ianya KOSONG..ooooh, ayah..tolong jangan buat anak ini rasa bersalah yang teramat sangat..ayah sengaja simpan bekas kosong dalam peti dan taknak menyusahkan aku untuk membasuh bekas tu...

aku terdiam tanpa berkata apa-apa..*speechless*

Saturday, July 30, 2011

..dilema..

assalammualaikum...

     alhamdulillah, tinggal lagi seminggu je student UKM akan jalani praktikal kat sini..semalam pun pihak institut dah buatkan jamuan perpisahan untuk kami..sedih okay! dan lepas ni, kami semua akan bergolek-golek kat rumah sambil tunggu surat jemputan untuk menghadiri majlis konvokesyen bulan 9 ni.. :)

     dari semalam lagi, ramai duk tanya kami perancangan lepas grad...err, buat masa sekarang ni, aku nak betul-betul enjoy dengan masa yang ada ni..maybe, aku akan start plan hala tuju hidup lepas grad kot..buat masa terdekat ni, aku nak duduk goyang kaki kat rumah je, betul-betul nak rehatkan kepala otak ni dan aku nak buat persediaan dari segi mental + emosi sebelum melangkah masuk ke dunia pekerjaan..stress praktikal pun belum hilang lagi ni..

     dan..dan...dan..sekarang aku dalam dilema..samada nak sambung master atau terus cari kerja..ramai yang suruh aku sambung master sebab dorang cakap sekarang ni, budak degree susah nak cari kerja..err, betul ke??kalau ikut plan encik penyelia, dia suruh sambung master..then, kalau ada rezeki, boleh diserap masuk ke dalam institut ni terus..tapi, the probs sekarang ni, aku macam dah takde 'feel' untuk belajar lagi..huhuu T_T

     dan yang paling penting, aku macam takde minat nak buat penyelidikan pasal cendawan ni..mungkin aku bukan dilahirkan untuk menjadi saintis, maybe? aku minat forensik tapi takpernah ada peluang nak sambung dalam bidang tu..waawaaa T_T

     aku kini dalam dilema..samada nak sambung belajar atau bekerja atau terus kahwin je ?

Thursday, July 28, 2011

assalammualaikum...

    hari ni seharian takbuat kerja lab..malasnya nak start penyelidikan genomik tu..nak setelkan jurnal bioproses dulu...semalam pun tidur 2 jam je..selamat hari ni takbuat kerja yang pakai otak, kalau tak memang pengsan la aku ni..

    hari ni best sebab akhirnya aku boleh belajar buat aiskrim coklat..at least, aku dah tau macam mana aiskrim McD dibuat...duk main masak-masak je sepanjang hari ni..best!! dan esok, belajar masak chicken chop plak..eemmmmm, yummy!!!!!

    perut kembung dengan aiskrim je..muak jugak tapi aku suka aiskrim perisa coklat tu.. :) dan..dan..dan..tadi aku rasa macam terharu gila bila ramai kawan yang tolong back up aku..siyes, dorang sangat baik sampai sanggup selamatkan aku dari kena stay back dengan encik penyelia kat lab...entah, aku pun taktau nak balas jasa dorang camne dan yang paling terharu, bila RO lab sebelah pun join sekali back up aku..dia yang beria-ria cakap kat encik penyelia supaya lepaskan aku pergi..apa-apa hal, boleh bincang esok..then, bila RO tu bagi senyuman, aku dah mula cair..cair..dan mencair.... :P

    so, kepada korang, korang dan korang, thanks sangat-sangat tau..korang memang baik, sangat baik kot..aku beruntung sebab kenal dengan kamu, kamu dan kamu..thanks tau!! sayang la korang :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...