THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, May 31, 2011

bila encik penyelia cuti seminggu..

assalammualaikum...

       well, minggu ni encik penyelia cuti seminggu..aku dari minggu lepas dah tersenyum lebar...tapi,weekend hari tu, encik penyelia paksa jugak suruh aku datang untuk settlekan kerja lab sebelum dia cuti..ok, ingatkan aku boleh rilex la kan? sekali, naa encik penyelia bagi 3 hari je untuk hantar full draft jurnal kat dia rabu ni which is ESOK!! pergh, kau boleh bayangkan tak yang jurnal tu umpama TESIS bagi aku? sedangkan tesis pun ambil masa setahun untuk tulis, jurnal just 3 hari?? memang sawan la aku..

      sebab tu la, dari semalam lagi, aku dah start tak masuk lab..aku stay kat meeting room je untuk cari idea menulis jurnal..naa, esok dah kena hantar benda alah ni, tapi baru siap separuh, camne? aku dah bajet janganlah tido malam ni..takpe, esok lepas hantar jurnal ni, aku tido je dalam meeting room...tempat tido aku dah booked awal-awal..janji jangan kantoi dengan staff yang lain sudah.. :)

      hari tu, encik penyelia dah pesan suruh ON skype sepanjang minggu ni..semalam aku buat invi je, sebab malas nak terima sebarang gangguan..tup..tup..tup..encik penyelia kacau aku melalui hp..maybe ada staff lain yang perasan kot, tetiba tadi ada sorang staff ni mengusik aku..

staff : tadi encik penyelia call..
aku : huh? bila?
staff : *gelak-gelak..* terkejut ke?
aku : eh, takla...
staff : tu buat muka terkejut je tu..
aku : errrrr....
staff : jangan tak tau, encik penyelia awak tu ada pasang CCTV, siap ada spy lagi..
aku : siapa spy dia?
staff : ada la...

dalam hati, aku memang takpercaya pun..sebab sebelum tu, aku dah skype dengan encik penyelia..so, agak mustahil la kalau encik penyelia nak call ofis..kalau dia nak cakap dengan aku sekali pun, mesti dia akan call hp aku je..takdenya nak main pesan-pesan ni..

        so, hari ni aku decide nak ON je la skype..malas nak bercakap lama-lama dengan encik penyelia..so, time skype tadi, aku dah cakap awal-awal yang aku nak cuti seminggu sebab stress...kau tau apa encik penyelia jawab? dia cakap aku ni macam terlalu bagi banyak alasan kat dia..sekarang ni, dia nak latih aku untuk buat dua kerja dalam satu masa..tak lama lagi, aku boleh jadi gila kot! dia cakap yang dia punya expectation kat aku tinggi, so tolong jangan kecewakan dia..dia nak nilai aku melalui penulisan jurnal ni la..walaupun dia cakap yang projek aku tu simple tapi bagi aku bapak susah nak mampus!!

         overall, esok aku tekad nak MC half day...sebab hari khamis ni aku konfirm kena balik lambat..see...? belum siap projek 1, dah kena start kerja lab untuk projek 2..ni macam mana tak stress??? arggghhhhh!!!
  

Monday, May 30, 2011

lelaki memang cepat LUPA eh?

assalammualaikum..

       pagi tadi time masuk ofis, dengan keadaan yang muram, tidak bermaya, malas mau buat kerja dan macam-macam lagi la..tetiba, dikejutkan dengan suara dari sorang member lelaki ni...

member : sad, nanti aku nak pinjam helmet kau, boleh?
aku : eh? apsal plak ni? mana helmet kau?
member : errr..aku terlupa nak pakai daa tadi..time depan hospital serdang baru aku perasan..
aku : *duk tahan gelak*
member : lepas ni aku balik bilik nak ambil helmet..sebab tu nak pinjam kau punya dulu..
aku : oh, ambil je la..

lepas tu, aku dan member-member lab yang lain duk bantai gelak je kat dia..patutlah hari ni rambut dia nampak "lain"..muahaha~ yang peliknya, dia kata kenapa pak guard UKM tak tegur plak..maybe, pagi ni semua orang mamai kot tapi yang paling teruk mamai ialah member tu la..adooi~ helmet pun boleh terlupa ka?

itu baru kes hari ni..sebelum-sebelum ni pun, member tu memang pelupa..last week, dua hari berturut-turut dia tertinggal buku log dalam lab..then, weekend hari tu, pinjam buku log aku..tup..tup..tup...dengan buku log aku pun dia boleh tinggal macam tu je dalam lab..haila~ pak cik tu memang PELUPA betui la..


aku rasa member ni terlebih sedut semut dalam air kot..sebab tu mudah sangat lupa benda simple camtu.. sori la member, aku memang taktahan gelak bila teringatkan peristiwa tadi,..dengan rambut kau yang "unik" tu, memang buat aku tergelak macam setan pepagi tadi.. :)

Saturday, May 28, 2011

minggu praktikal yang PALING MANTAP!!!

assalammualaikum...

       minggu ni catat rekod paling best..balik kerja paling AWAL pukul 6.30ptg..paling LAMBAT pukul 11..siyes, rasa macam nak pengsan..entahlah, maybe sebab aku ni perempuan, kadang-kadang aku rasa macam kurang selesa bila balik malam-malam dan stay kat lab dengan penyelia, student master dan member satu kos yang semuanya adalah LELAKI..siyes, life kerja aku sekarang dikelilingi oleh lelaki..oh my...

       dan bila dah rasa sendiri suasana kerja lab ni, siyes aku rasa macam masa untuk aku ni takcukup..bayangkanlah, pukul 7 malam baru sampai bilik, then nak mandi semua bagai lagi..biasanya, dalam pukul 9 malam baru aku start buat analisis data dan cari jurnal tambahan untuk penulisan aku ni..then, pukul 11, aku dah lelap..see..??aku hanya ada masa 2 jam je untuk buat semua ni..lepas tu, bila kat lab, aku dah takde masa untuk semua ni sebab aku buat eksperimen yang akan ambil masa sampai petang..penat, siyes memang penat buat kerja lab ni..

      malam tadi, selamba badak air je cakap kat penyelia PENAT..then, dia bebel-bebel cakap aku ni manja..tapi dia cakap normal la kalau rasa penat sebab bila kita buat kerja lab, kita guna otak dan tenaga untuk buat eksperimen..sebab tu, kita akan cepat letih..then, tadi aku suruh dia belikan aku 100plus..tup..tup..tup...student master tu belikan aku sebotol besar kot..ni dah melampau dan penyelia tau yang aku bukan jenis makan nasi malam..then, tadi dia suruh decide nak makan apa..laju je mulut aku sebut KFC, padahal aku main sebut je..tengok-tengok, dia belikan KFC betul-betul untuk kitorang..pergghhh, kalau tau gitu, aku order pizza hut..he~

      nak makan tadi satu hal..boleh lagi gaduh, demand macam-macam..bukan salah aku, mulut ni hah, laju betul komen pasal makanan..then, dia suruh makan je apa yang ada..itu belum masuk part berebut nak makan kentang putar tadi..last, dia mengalah dan suruh aku habiskan sebekas besar tu..bersila aku dibuatnya..ye la, kalau tak habis, kena bebel dengan dia plak.. :(

      so, esok kena kerja lagi..sepatutnya aku seorang je yang patut datang, tapi entah camne, penyelia boleh suruh kosmate lelaki tu datang jugak untuk tolong aku..entah la, aku bukan apa, tapi aku rasa macam bersalah je kat member tu..takpasal-pasal dia pun kena datang jugak padahal aku rasa dia ada plan lain untuk esok..tengok muka pun dah tau..so, kepada member tu, aku mintak maaf sangat-sangat sebab selalu menyusahkan kau..siyes, aku segan jugak kalau kau asyik kena drag sekali dengan exp.ni..takpe, next time aku tolong kau pulak ye?? tapi bila ada tiga orang dalam lab tu, barulah aku rasa selesa sikit..kalau just berdua je dengan penyelia, rasa macam kurang manis pada pandangan orang lain, ye tak?


     Overall, weekend ni aku busy dengan hal lab..mana taknya, aku kena handle 3 projek, yang mana projek 1 tu aku jadi ketua..untuk projek 2 dan 3, aku jadi ketua buat sementara waktu..lepas tu, akan ada satu tahap, aku kena bagi kat orang lain untuk handle ni..minggu ni busy buat elektroforesis tapi aku takkesah pun, sebab aku minat buat benda ni..aku takberapa suka handle bioproses cendawan..sebab aku memang takpaham apa-apa pun tapi bila buat elektroforesis, aku enjoy! :)

     insya'allah, ahad ni dah setel hal lab untuk projek 1.so, boleh FOKUS untuk menulis jurnal..moga dipermudahkan segala urusan...amin~
 

Monday, May 23, 2011

penat!

assalammualaikum..

      alhamdulillah, hari ni mood baik punya..akhirnya berjaya jugak bangun pukul 6 pagi..kalau tak, mesti 6.45 baru bangun..<----ni kes kalau ayah tahu, memang kering aku kena bebel ni.. T_T

      tiba-tiba, dalam pukul 6.45, ada satu SMS masuk..dalam hati duk tanya, " ni sape yang excited hantar msg pepagi ni? " tengok nama, ceh! encik penyelia rupanya..dalam SMS tu, dia bagitau yang dia demam = MC = cuti..aku dah tersenyum lebar pepagi tu..laju je reply msg penyelia..<----gila keji aku ni..suka sangat kalau penyelia cuti!! yang paling best, access card dia ada dengan aku, so sepanjang hari ni aku boleh keluar/masuk tempat praktikal sesuka hati tanpa perlu mintak izin dari sesiapa..yeehaaa!!!!  

     aku ingat bila penyelia cuti ni, kitorang ni pun macam cuti sama la kan? sebab dia takbagi arahan kerja pun last week..sekali dia msg aku suruh call dia pukul 8.30pagi pulak..alahai~ sekali ambik kau, dia bagi arahan kerja kat aku hari ni banyak gila nak mampus!! sampai aku dah terbayang nak mintak MC je sok..

     siyes, hari ni agak penat sebab aku kena berada kat dua lab pada waktu yang sama..aku rasa macam nak klon je diri ni banyak-banyak..sekejap masuk lab sana, budak lab sini cari pulak..bila aku pi lab sini, budak lab sana pulak cari aku..dua-dua lab tengah buat kerja yang memerlukan aku..mampus!! itu belum masuk part penyelia duk call aku, tanya apa aku tengah buat..kelam-kabut jugak la..last, aku pun cakap takleh nak handle dalam keadaan camni..then, penyelia bagi arahan suruh orang lain ambil alih kerja untuk lab lagi satu..

aku : saya rasa saya takboleh nak buat dua benda dalam satu masa..
penyelia : apa-apa pun, i nak u handle yang pasal protein tu..i nak u and nik handle pasal tu..
aku : ok, yang padi ni?
penyelia : u mintak tolong aisya dan student baru tu..
aku : ok..

     so, bajet hari ni boleh balik awal la kan..tup..tup..tup..time pukul 6 jugaklah mesin untuk aku letakkan sampel tu rosak..argghhhh!! bikin hati ni panas je..kenapa la mesti di saat ni?? benci..benci..benci..aku tak kira, tekad aku nak balik jugak..takmau dah bertapa kat lab sampai malam..aku call penyelia, bagitau pasal mesin ni...then, berani pulak aku cakap direct je kat dia camni "...mr.L tengok esok la mesin ni camne, ok.." pergh, berani je aku bagi arahan kat encik penyelia camtu..muahaha~

aku : mr.L, u tengok mesin ni esok..staff sini cakap mesin ni takcukup CO2, so sebab tu takleh berfungsi..
penyelia : ok, esok saya tengok..
aku : ok..so, kira setel la semua ni kan?
penyelia : yup..u tau, hari ni i sepatutnya MC tapi bila u asyik call, i tak rasa macam tengah bercuti pun..
aku : ok, then, esok mr.L cuti lagi ke?
penyelia : nope, esok i dah masuk kerja..
aku : * mood kecewa giler..cuti la lama lagi..*

     overall, masuk kerja hari ni BEST walaupun penat!! semua benda aku boleh belajar buat..buat solution untuk test aktiviti enzim, masak padi dan belajar buat gel untuk next experiment..then, dapat kawan baru pulak..lepas tu, boleh plak bergurau-gurau dengan student master yang ajar kitorang buat gel tadi..nampak macam skema tapi rupanya, suka bergurau jugak!


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...