Saturday, January 29, 2011
Koleksi Geli Perut Aku - Johan Raja Lawak kenakan Amani
dikarut oleh : ms hanashi at 1:29 PM 0 comments
Oh Yeah! - Azman and the computer
bila cuti ni, tenet kat bilik laju kot..
tengok u-tube macam tengok tv je......
HAHA~
dikarut oleh : ms hanashi at 1:00 PM 0 comments
Friday, January 28, 2011
tarik nafas...hembus!
salam..
saat sekarang ni, aku tengah pratikkan satu sesi latihan untuk mengurangkan stress..mula-mula kau tarik nafas dalam-dalam dan hembus..ok, good..kalau nak lebih mujarab, kau hembus nafas busuk kau tu kat muka orang ofis kolej!! lebih busuk nafas kau tu, lebih mujarab lagi untuk hilangkan stress..nak-nak kalau time kau baru lepas bangun tido dan terus redah ofis kolej dan hembus udara bercampur air liur basi kau tu kat muka mereka..biar padan muka dorang..
oh, aku dah berazam untuk tidak menyebut perkataan yang tidak elok walaupun sebut perkataan 'BODOH' sekalipun. cool, babe..ni memang dugaan detik-detik akhir menjadi student UKM..sabar, banyakkan berzikir tapi, aku kena luahkan juga kat sini..aku taknak simpan dalam hati, buat tambah kusut je nanti..
aku taktahu la sampai bila aku boleh bertahan dengan kolej ni..masuk hari ni, baru dua hari takde air..ok, start dari pukul 8.30 pagi semalam sampailah saat aku menulis entri ni..siapa tak bengang oii? <-----rilex ah, baru dua hari takmandi..aku malas ah nak pergi merempat kat kolej orang lain lagi..ni pun, baru je balik dari lepak bilik kawan..dah la takde notis apa-apa..tup..tup..terus takde air..tension tau tak?
bila penghuni mengadu kat FB kolej, orang ofis suruh bersabar..weh, kami dah puas bersabar tau tak? sepanjang 3 tahun aku duduk kolej ni, makin kerap takde air..cuba kau cari alternatif lain macam sediakan tangki air untuk kitorang ke apa..ni tak, kau hanya bagi lori tangki air untuk budak PERMATA PINTAR tu je...ye la, orang pintar ni kena jaga..mana boleh takmandi sehari..nanti otak tu jammed plak, ye tak? kami ni hanyalah budak UKM yang takpandai macam dorang tu..tapi, kau ingat kami takbayar ke yuran kolej? kau ingat kitorang kebulur sangat nak duduk sini? weh, aku cakap kat kau la yang kolej lain taknak terima kami yang berstatus kolej kau ni? kau faham tak? betapa susahnya kami nak apply kolej lain..kena interview bagai..
satu je aku nak cakap ni, kalau betul kau rasa takmampu nak bagi keperluan lengkap untuk penghuni, baik kau jual je kolej ni dekat pihak UKM..ni tak, bila UKM nak beli, kau naikkan harga..lepas tu, kau bagi blok terbaik kolej dekat permata pintar tu..then, kau suruh kami merempat dekat blok E yang terbiar tidak berpenghuni..then, bila sibuk-sibuk kes histeria, panggil ambulans, angkut budak histeria tu dan buat bacaan yassin..oh, nampak macam dah settle la kan? tapi kau takpernah fikir tekanan yang kami rasa..
aku dah malas nak menaip walaupun banyak yang takpuas hati lagi ni..aku harap, sebelum kau dan sekutu-sekutu kau tu terputus nyawa, bertaubatlah..ni dah masuk dalam kes menganiaya manusia lain..duit yang kau bagi anak bini kau makan tu, aku taktau la camne...bertaubatlah sebelum terlambat, itu je pesan aku..
oh, ya, kepada sesiapa yang mohon UKM induk ni..apa yang paling penting, korang semua perlu tengok kolej apa yang korang bakal duduk..kalau kau sebut nama kolej tu dan ex-UKM gelak dan cakap bersimpati dengan korang..maknanya, korang kena standby mental dan emosi korang..jangan jadi macam aku ni..ingat lagi, sebelum aku masuk UKM ada jumpa seorang ex-UKM ni..bila aku sebut je nama kolej aku tu, terus dia senyum dan sentuh bahu aku..dia cakap, " kolej tu jauh dan banyak dugaan.." tapi, time tu, aku buat-buat taktahu je la..aku ingat aku kuat, rupa-rupanya tak.. :(
dikarut oleh : ms hanashi at 2:29 PM 0 comments
Thursday, January 27, 2011
1,2,3..peace!!
salam..
bila dah start cuti ni, tetiba taktau nak buat apa kat bilik sorang-sorang ni..roomate? dia busy bertapa dekat dalam lab haiwan..kawan aku, si ema tu, dari tadi duk tido je..aku bosan dowh..nak basuh baju? air kat kolej takde kot..so, takboleh nak basuh<-----alasan
tido? dah puas tido ni..katil pun dah muak tengok aku kot..mr pooh aku tu dah lunyai sebab selalu kena peluk..online? bosan jugak..taktau nak usha-usha apa lagi..so, aku pun main-main la dengan encik kamera ni..godek-godek kamera sambil syok sendiri..
dah nak dekat sebulan beli kamera tapi memang takde masa nak godek-godek setiap function button tu..asal boleh snap pic, ok la kan..rupa-rupanya kamera tu boleh setting macam-macam..pendek kata, nak dapat gambar yang macam siap diedit pun boleh..takpayah guna software, semuanya dah ada kat dalam kamera ni..canggih kan kamera ni? yang aku punya ni masih dikira agak baru kot sebab brand lain takde lagi yang jual jenis camni..kalau tak silap, baru start jual dalam tahun 2010..tapi kan....kabel kamera ni dah rosak, so takboleh nak transfer gambar..nasib aku dapat waranti 3 tahun, so boleh mintak tukar la... :P
![]() |
| [kredit pic : atuk google] |
aku suka kamera ni sebab ada tambahan skrin depan..siyes, memang mesra pengguna la..kau dah takpayah nak suruh orang snap pic kau tu sebab kalau kau ambil sendiri pun konfirm jadi..takkan ada probs dengan muka senget, mulut muncung atau hidung terlebih kembang ke apa..ini semua sebab bantuan skrin depan tu la..then, tadi bila dah godek-godek kamera ni, aku baru perasan yang skrin depan tu juga akan membantu kau dalam menentukan tahap kesediaan kau..kalau kau terlebih senyum, memang automatik kamera ni akan snap pic kau tanpa perlu kau tekan apa-apa button dan yang paling takboleh blah, siap paparkan nombor kiraan lagi..gila aku jakun jap! HAHA~
kualiti gambar pun ok je tapi tidaklah setanding DSLR..ada banyak function button, so kena pandai adjust la..mungkin sebab baru lagi, so bateri sangatlah bertahan lama walaupun dah banyak gambar yang di'snap'..sepanjang tempoh ni, aku baru charge dua kali iaitu time mula-mula beli dan latest, last week..overall, buat masa sekarang ni, semua ok lagi la kecuali masalah kabel tu dan aku harap encik SAMSUNG ini tidak akan mengecewakan aku sepertimana SONY..
oh ya, mp4 aku dah rosak..gila kecewa tapi takpe la, dah lama pun mp4 tu berkhidmat untuk tuan dia yang sorang ni sejak 2008 lagi..sekarang nak tak nak, kembali semula kepada mp3 philips yang aku beli sejak 2006..kembali semula kepada zaman batu..oh, aku bukan taksuka tapi mp3 tu kena guna bateri yang kecik [3AA kot?]..dah la bateri tu mahal..ok, dulu aku pakai bateri sony yang boleh charge tu, perghhhhhhh panas hati betul..beli mahal-mahal tapi taktahan lama pun..aku dah serik dengan produk sony ni..apakah?
bagi aku, kadang-kadang barang berjenama ni laku atas sebab NAMA je..tapi, kualitinya takde la hebat sangat pun..ok, ni bukan entri nak jatuhkan maruah sony ke apa, tapi aku just bagitau apa yang betul berdasarkan pengalaman aku je..peace no war, ok?
dikarut oleh : ms hanashi at 6:14 PM 0 comments

