THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 28, 2010

..kisah pelacur dan anjing..

salam..

..setiap makhluk adalah MULIA di sisiNYA...
Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
" diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu " ( Riwayat al-Bukhari )

berdasarkan hadis tersebut..
kita dapat menilai..
betapa luasnya rahmat ALLAH swt terhadap hamba-hambaNYA...
betapa luas peluang yang diberikan untuk setiap insan mendapatkan keampunan dariNYA..
betapa ALLAH itu Maha Pengasih,..
kadangkala, dengan amal yang sedikit dijadikan sebab untuk setiap insan mendapat keampunan yang besar..

dan firman ALLAH s.w.t yang bermaksud:
"..khabarkanlah kepada hamba-hambaKu bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani, Dan bahawa azabKu, adalah azab yang tidak terperi sakitnya.." (Surah al-Hijr 49-50)

oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha untuk mendapat keampunan dariNYA..
amin~

kata-kata hari ini :
-melalaikan berzikir itu lebih buruk daripada zikir dalam kelalaian..

*fikir-fikirkan dan selamat beramal!

Monday, September 27, 2010

..perkara yang saya akan buat bila 'view' blog sendiri..

salam..

kesibukan mula melanda diri ini..
tapi, update blog itu mesti..
he~

berbalik kepada topik hari ini..
perkara yang saya suka buat bila buka blog sendiri..

1) tengok komen
-perkara yang mula-mula sekali akan dibuat..membalas komen itu perlu..tapi kan, jarang la orang komen entri saya..kenapa ye??topik saya mengarut sangat ke?? respond itu harus agar saya boleh membaiki gaya penulisan ini.. :)

2) tengok shoutbox..
-ini juga penting untuk bagi respond kepada pengunjung kita...cara saya menghargai dengan reply msg mereka..kalau saya ada masa, saya akan view blog mereka..kalau orang sudah berbudi, kita pon berbahasa la kan..

3) usha-usha blog orang lain..
-aktiviti ini juga penting sebab saya sangatlah liat untuk buat blogwalking..so, bila ada masa, saya akan baca latest entri dari blogger-blogger yang tersenarai di blog ni..then, dari situ, saya akan link masuk ke dalam blog orang lain..saya agak gemar membaca blog dan akan tercegat didepan laptop selama berjam-jam lamanya..hohoo~

4) tengok STATS
-melalui STATS, saya akan tahu berapa ramai yang view blog ni dalam sehari..dulu, ingatkan takkan ada sesiapa pon yang sudi baca blog ni..ye la, diam sepi tanpa komen..tapi, rupa-rupanya, saya ada silent reader..tak pe, dulu pon saya suka jadi silent reader..sekadar membaca entri tanpa meninggalkan jejak..saya tak kesah..asalkan entri-entri saya membantu kamu semua mendapatkan info yang diperlukan..itu lebih bermakna buat saya..


ok la, makin mengarut je ni..
masa untuk 'personal activities'....
till then,..
bye!

Sunday, September 26, 2010

..teruskan perjalanan hidup ini..

salam..

waahh, semalam adalah hari yang best!!
sebab saya boleh keluar untuk tenangkan diri..
di suatu tempat..
bersama dengan si A dan si B..
terima kasih buat kamu berdua..

kredit: atuk google!
di suatu tempat..
saya terkenangkan kisah lalu..
kisah di mana terjadinya sebuah pertemuan..
pertemuan yang pertama..

satu kisah yang mahu saja dilupakan..
tapi ianya amat sukar..
dan kini, saya mencari kekuatan semula..
untuk bangkit dari kegagalan itu..
kekecewaan yang memakan diri..

dan janji saya untuk tidak kembali ke tempat itu..
setelah kisah kami berakhir..
dan semalam..
saya mungkiri janji itu..
saya gagahkan diri..
masa lampau adalah masa lampau..
tidak perlu diungkit lagi kisah yang lalu..
ianya sungguh menyakitkan..

dan semalam..
segalanya berulang kembali..
saya lakukan kembali perkara pertama saat kali pertama kami bertemu..
di tempat itu..
dan saya semakin tabah menghadapinya..

dan perkataan pertama yang bermain di minda ketika itu..
"...ini tempat kita..tempat kita berdua bersama.."
dan saya tersenyum, terkenangkan kisah itu..

dan saya juga berkongsi kisah duka bersama si B..
yang juga mempunyai kisah silam di tempat itu..
kisah dia dan teman wanitanya..
dan segalanya telah berakhir..

di suatu sudut itu..
dan pada satu saat..
masing-masing menyepi..
dan mengimbau kenangan silam itu..
sambil menikmati aiskrim..

dan kami mengerti..
walau apa pun yang terjadi..
hidup ini harus diteruskan..

p/s:
-thanz to both of u especially si B sebab aiskrim itu..he~

jom layan : hujan_ku mahu kau tahu

Friday, September 24, 2010

..belajar vs kerja..

salam..

tergiang-giang lagu nyanyian allahyarham P.Ramlee dan Saloma ni..
"..yang mana satu.."



pada pendapat anda..
yang mana satu lebih baik??
kerja atau sambung belajar..
siyes, tak tahu nak buat pilihan...

kalau kerja dulu dan cari pengalaman..
okey tak??
atau kalau terus sambung belajar..
then, baru kerja..
lagi senang sebab 'mood' belajar tu masih ada..
so, yang mana satu ni??

pendapat peribadi saya..
kerja tu best sebab at least kita try cari pengalaman dulu..
tapi satu jer..
bila dah start kerja ni..
memang susah kan nak sambung belajar balik..

eh, betul ke??

anyone??

p/s:
-kalau kerja 'goyang kaki' kat umah pon best gak kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...