THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, June 6, 2013

new job?

Assalammualaikum..

     dua tiga hari ni busy dengan isu tukar kerja whatsoever la kan...alhamdulillah, dah dapat kerja idaman walaupun terpaksa tunggu more than one year..sekarang ni kena biasakan diri dengan bunyi ambulans whatsoever la kan..kena belajar terima hakikat yang working environment sekarang ni taksama macam dulu..all the time, dikelilingi oleh doktor..wooooo~ memang takselesa tau tak? rasa macam sangat kecil level education diri ini..i'm a researcher right now? my dream job?? maybe yes and maybe not...huhuuuu :(

    benda yang paling saya sedih, when my friend told me that i need to do many clinical trial to survive in this field..wait, yes, i'm a researcher but not all the researcher HAVE to do a labwork..job saya lagi best, i'm in QA unit, maksudnya, sebelum mana-mana researcher nak jalankan projek penyelidikan, dorang perlukan unit saya untuk tentukan sama ada penyelidikan dorang ni layak untuk dijalankan atau tidak..so, boleh faham maksud tak kat sini?? kalau saya kena buat clinical trial, benda ni akan jadi UNFAIR la untuk researcher lain sebab mestilah saya akan luluskan projek sendiri dulu kan?? hahhahahhaha :D

   like what my sis told me before this, researcher lain tu buat clinical trial because they just stay at small hospital, not in general hospital and they do not have any job to do..small hospital HAVE to do clinical trial to survive, but  you, stay at HKL, at HQ..so, no need to worry la..just do your job...

   kerja saya lagi stress kot..hari-hari kena jumpa dengan ketua unit, pengarah penyelidik whatsoever la..kalau buat salah, direct kena marah atas muka kot..dah la bos-bos ni semua muka memang tak pandai nak senyum ke apa..buat saya rasa macam takut je..

     harap-harap saya boleh la bertahan dalam bidang ni..nak kumpul pengalaman dulu..nice job actually :)

Sunday, May 26, 2013

isu sensitif, mungkin?

Assalammualaikum...

    entah la, masuk kerja dengan keadaan takde mood..miss someone, maybe?? ye la, semalam 3 orang staff berhenti..mau tak terkejut saya ni..sedih pun ya..dah la orang yang saya sayang semuanya..rasa macam dorang dah bawa pergi sekali jiwa saya ni..sedih tau tak??

    kedai ok-ok lagi walaupun sedikit kelam-kabut sebab isu unbalance staff untuk shift pagi dan petang..so, saya lah cashier, saya lah bos dan saya lah cleaner..tup..tup..tup...time jadi cashier tu, terjumpa la ex-roomate zaman belajar dulu..dia jadi customer saya..

member : baru habis belajar ke?
saya : tak la, dah setahun kot..kenapa?
member : mmm, kerja kat sini?? tak cuba cari kerja lain ke??


      seriously, lepas dia tanya soalan macam tu, saya jadi geram..i don't why padahal dia takde niat nak perkecilkan kerja saya ke apa kan..tapi, the way she looks at me like there is something wrong with my job right now..mungkin saya terlalu sensitif?? bagi saya, please don't judge a book by it's cover...walaupun saya bekerja sebagai cashier sekalipun, at least gaji yang saya perolehi tu HALAL..at least, saya tak susahkan lelaki lain untuk tanggung hidup saya...dengan kerja ini lah, saya mampu beli sebuah kereta..

     lepas dia tanya soalan macam tu, saya cepat-cepat jawab yang saya kerja kat sini sampai bulan ni je..next month dah kerja kat tempat lain..ya, mungkin lepas ni gaji saya dua kali ganda dari gaji sekarang, tapi tak semestinya saya akan dapat rakan sekerja yang sangat baik seperti sekarang..

    sekarang saya la bos, so dah takpayah pening kepala nak dengar arahan dari orang lain..tapi di tempat baru, saya hanya la pegawai penyelidik yang bekerja di bawah pemantauan supervisor. Bekerja di HKL dengan kadar upahan rm100/sehari belum tentu mampu memberi saya keseronokan dalam bekerja..oh my, memang dalam dilema..

    Ya ALLAH, permudahkan lah perjalanan hidupku ini..amin~

Tuesday, May 21, 2013

tenang dalam membuat keputusan..

Assalammualaikum...

      hari yang busy dengan kerja management..selalunya HQ yang akan call outlet untuk cari kesalahan BIC tapi kali ni, saya yang call HQ untuk ketuk kepala sorang-sorang..pleasee, wake up, babe!! buat kerja anda atau saya akan buat report kepada pihak atasan sehingga problem kedai saya selesai..hari saya mengamuk, mungkin??

      mungkin terlalu banyak masalah di tempat kerja dan kadang-kadang tu saya terpaksa bertindak tegas dalam segala hal..alhamdulillah, mujur la staff-staff memahami masalah bos yang sorang ni..hohooo~ dan PIC di HQ pun dah kenal dengan suara saya la kot?? belum pape, dorang dah tahu itu saya..selagi masalah belum selesai, selagi itulah saya akan follow up dengan orang HQ sampai dorang fed up..good job!! hahhahah :D

     tapi bila satu saat, saya menerima panggilan yang menyatakan bahawa saya telah berjaya dalam temuduga minggu lepas, saya menitiskan air mata..saya dalam dilema..saya suka kan kerja sekarang ni, tapi sampai bila pun, saya takkan pernah maju kerana bos besar tidak pernah hargai saya...apa yang dia tahu, mencari setiap satu kesalahan saya..

    sehingga saat ini, staff-staff taktahu pun pasal ni..tawaran kerja baru ni adalah idaman setiap pelajar jurusan sains, 'pegawai penyelidik' dalam bidang perubatan..peluang sudah di depan mata, saya hanya perlu grab it..tapi, i love my job right now..seriously, memang dalam dilema..

     mungkin terlalu banyak air mata dalam kerja management ni..sampai satu saat, saya kena belajar untuk lepaskan ia pergi..sampai bila saya mahu berada dalam zon ini?? saya perlu ke depan..kembali semula kepada bidang sains walaupun hakikatnya saya sudah mula berasa selesa dengan bidang pengurusan ni..oh, my!!

    Ya ALLAH, andai ini lah jalan terbaik buat diriku..Kau permudahkan lah segala urusan ini..amin~

  

Friday, May 17, 2013

stress, what so ever la kan?

Assalammualaikum..

     permulaan bulan 5 yang busy la kot? selepas 1st bos outlet berhenti kerja hari tu, management kedai jadi kelam-kabut...tertekan, stress sampaikan 2nd bos nak hantar surat berhenti jugak..sedih tahu tak? ye la, kalau semua orang nak berhenti, siapa nak jaga kedai lepas ni? nak harapkan saya? memang mati katak la kalau nak kena kerja full almost a week...

    dalam keadaan kelam-kabut tu, sempat la pulak saya apply cuti untuk pergi interview dua hari lepas..itu pun, telefon ni non-stop berdering..ofis call, tapi kadang-kadang tu, rasa sangat-sangat fed up dengan semua benda yang serabut ni..saya perlukan masa untuk tenangkan diri, jauhkan diri dari masalah kerja whatsoever ni..pleaseeee, fahami la permintaan yang satu ni..

    masuk kerja semalam, dah tawakal..apa yang jadi dengan kedai tu, kena belajar terima..alhamdulillah, kedai still okay lagi walaupun chiller saya dah kosong..sedihnya, :(

     masuk kerja hari ni, dah start gaduh dengan bos besar..sampaikan satu saat, saya merayu kat dia supaya jangan cari kesalahan saya lagi,. saya penat dengan semua ni..ayat last yang keluar dari mulut dia " next month, saya hantar awak pergi Dungun." saya terus diam, nak menangis pun ya. semua staff tengok kat saya..saya diam dan pandang muka bos besar dan cakap " saya rasa saya dah taklama kerja kat sini,," then, saya terus blah, takbercakap sepatah pun dengan dia..apa jadi, jadi la...

   i have no choice..kalau surat HQ dah keluar dan saya tak pergi ke Dungun, saya terpaksa la hantar surat resign sebab ingkar dengan arahan..sedihnya... :( no choice, so tunggu surat je la kot?? mungkin rezeki saya sampai kat sini je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...