Assalammualaikum...
hari yang busy dengan kerja management..selalunya HQ yang akan call outlet untuk cari kesalahan BIC tapi kali ni, saya yang call HQ untuk ketuk kepala sorang-sorang..pleasee, wake up, babe!! buat kerja anda atau saya akan buat report kepada pihak atasan sehingga problem kedai saya selesai..hari saya mengamuk, mungkin??
mungkin terlalu banyak masalah di tempat kerja dan kadang-kadang tu saya terpaksa bertindak tegas dalam segala hal..alhamdulillah, mujur la staff-staff memahami masalah bos yang sorang ni..hohooo~ dan PIC di HQ pun dah kenal dengan suara saya la kot?? belum pape, dorang dah tahu itu saya..selagi masalah belum selesai, selagi itulah saya akan follow up dengan orang HQ sampai dorang fed up..good job!! hahhahah :D
tapi bila satu saat, saya menerima panggilan yang menyatakan bahawa saya telah berjaya dalam temuduga minggu lepas, saya menitiskan air mata..saya dalam dilema..saya suka kan kerja sekarang ni, tapi sampai bila pun, saya takkan pernah maju kerana bos besar tidak pernah hargai saya...apa yang dia tahu, mencari setiap satu kesalahan saya..
sehingga saat ini, staff-staff taktahu pun pasal ni..tawaran kerja baru ni adalah idaman setiap pelajar jurusan sains, 'pegawai penyelidik' dalam bidang perubatan..peluang sudah di depan mata, saya hanya perlu grab it..tapi, i love my job right now..seriously, memang dalam dilema..
mungkin terlalu banyak air mata dalam kerja management ni..sampai satu saat, saya kena belajar untuk lepaskan ia pergi..sampai bila saya mahu berada dalam zon ini?? saya perlu ke depan..kembali semula kepada bidang sains walaupun hakikatnya saya sudah mula berasa selesa dengan bidang pengurusan ni..oh, my!!
Ya ALLAH, andai ini lah jalan terbaik buat diriku..Kau permudahkan lah segala urusan ini..amin~
Tuesday, May 21, 2013
tenang dalam membuat keputusan..
dikarut oleh : ms hanashi at 9:54 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment