THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, December 19, 2011

bila mak ayah keluar dating...

assalammualaikum..

     jeles betul aku bila mak ayah keluar dating berdua ni..lama kot..paling takleh blah, keluar dating pepagi lagi supaya anak-anak ni takboleh nak ikut sama..balik plak petang sambil bawak balik kuali, senduk baru lagi..tapi, last-last semua barang tu takguna pun..simpan jugak dalam kabinet dapur..adoii~

    hari ni pun mak ayah keluar jalan-jalan cuci mata ke kota bharu..entah apa yang best kat sana, aku pun taktau..yang tinggal kat rumah sekarang ni, hanya aku dan adik perempuan yang bongsu ni..bosan weh..bukak tudung saji, tengok ada nasi goreng dan nugget ayam..ok la, belasah je yang mana ada... :P



   semalam mak dah pesan, tengahari ni turn aku yang memasak..dorang balik dating lambat..so, aku decide nak buat lauk simple je la..masak 3 jenis lauk iaitu sup ikan, bendi goreng dan telur dadar mayonis..gasak je la, dalam masa sejam semua lauk ni siap..sedap tak sedap, itu belakang kira.. x_x

   untuk makan petang nanti, kek coklat yang aku buat semalam masih ada lagi..ayah cakap kek coklat tu kurang manis, so dia takberapa suka sangat..tapi, itu percubaan pertama aku..so, main campak je semua bahan-bahan..at least, ada jugak rupa kek..heh!

sangat suka dengan cairan coklat tu..kek coklat volcano, yummy!!

    sementara takde offer kerja buat masa ni, aku lepak-lepak kat rumah sambil main masak-masak je la..mangsa yang akan kena paksa makan makanan ni ialah adik lelaki aku...siyes, budak laki tu jenis takkesah pun..main bedal je asal namanya makanan..hahaha~

     takpe la, nanti aku nak cari suami yang KUAT makan tapi badan maintain 6 packs je...senang, takde la membazir makanan ni nanti..tapi, ada ke laki yang macam tu?? hurm........

inilah dapur tempat aku main masak-masak..

Thursday, December 15, 2011

bila dah bosan...

assalammualaikum..

     celcom ni kan, memang la mata duitan..mentang-mentang la aku baru je bayar bil broadband hari ni, tetiba tenet jadi laju gila <-------ada kaitan ke? ok, sekarang mampu tersenyum puas hati..tapi, tak tau la kelajuan ni sampai bila.. =.=

     bosan la duduk kat rumah ni..takde keje nak buat..maksud aku kerja yang betul-betul kerja, bukan kerja kemas rumah.basuh baju.basuh pinggan..heh!

     nak update blog, memang susah sikit sekarang ni..banyak sangat pengawal ni hah..baru je nak menaip, toleh kiri, adik bongsu ada..toleh kanan, adik lelaki pulak..aduhai, rimas tau tak? langsung takde privasi..idea pun lari lintang-pukang tinggalkan aku sorang-sorang..huhuu T_T

     kenapa sampai sekarang takde company panggil aku untuk pergi interview? aku tengok kat fb member aku, ada la 2-3 orang yang dapat job offer based on bidang kitorang..siyes, tipu la kalau aku cakap aku tak jeles..jeles sangat, ok!! bila la giliran aku pulak ni?? ke ada something wrong dengan resume aku tu?? haila~

     then, ada sorang member ni bagitau, SPA dah start panggil calon untuk ditemuduga..aku? still macam biasa, takdapat surat/call dari mana-mana pun..sedihnya...

    so, kena banyak bersabar sekarang ni..selalu je doa semoga dimurahkan rezeki..aku taknak buat mak ayah susah hati tengok anak dorang yang sorang ni..aku nak berjaya macam kakak jugak..nak balas jasa mak ayah...tapi, mungkin belum ada rezeki aku lagi kot?? entah la.............

Wednesday, December 14, 2011

yoo!!

assalammualaikum...

      bila tenet dah mula buat hal, mood online pun boleh jadi terbantut..nak-nak dengan musim tengkujuh sekarang ni, memang takde peluang langsung untuk aku online..siyes, stresss!!

     masa aku banyak dibazirkan dengan menonton drama korea..ok la kot, boleh cuci mata sekejap sambil layan lee min ho berlakon..teeet!! tapi, aku takde la termasuk dalam kategori peminat fanatik gila sawan meroyan..

     punya la loser aku ni, nak mintak kerja part time kat resort depan rumah ni pun, boleh fail..pihak resort takpanggil pun aku untuk pergi interview..dorang nak budak-budak lepasan SPM, bukan budak lepasan IJAZAH..kecewa ok! so, hanya adik lelaki aku je yang layak untuk di interview.. (>.<)

     then, sepatutnya hari ni aku ada job interview kat PJ sebagai ejen insurans tapi tempat interview tu jauh sangat..tak berbaloi rasanya.. <-----tu la, sape suruh gatal mintak yang jauh-jauh..padan muka!

     sekarang ni, aku berharap dengan satu company di johor ni untuk panggil aku pergi interview..ok la, at least permohonan aku lulus pada peringkat pertama..tapi, tu la, aku rasa jauh sangat la lokasi temuduga tu..nak cari kat area kelantan, memang takbanyak pilihan untuk bidang aku..

     aku macam konfius sekarang ni..antara nak terus dengan pencarian kerja atau sambung masters je..nak sambung masters pun kena rajin cari projek..mana boleh main hentam kromo macam tu je..argghh !! dah macam lost gila je dengan hala tuju hidup ni.. T_T

     so, kepada korang-korang yang terbaca pasal post ni, please bagitau aku kalau ada kerja kosong yang berkaitan dengan bidang bioteknologi..jadi budak mikrob pun ok jugak..asalkan kerja dalam lab..thanks :)


Monday, December 5, 2011

semakin tertekan... :(

assalammualaikum..

    taktau nak mula menulis macam mana..tapi, apa yang pasti, kepala aku ni makin kusut bila fikirkan pasal kerja..itu belum masuk part mak ayah yang memang sentiasa risaukan anak yang sorang ni..haila~ tapi, sebenarnya aku lagi tertekan bila mak selalu suruh aku accept je offer dari penyelia tu..aku?? ..no..no..no..please, aku taknak terima offer dalam keadaan terdesak macam ni..lagipun, aku dah lama gila tak contact encik penyelia dan aku rasa encik penyelia pun dah hangin satu badan sebab aku langsung tak angkat call dia hari tu..maaf sangat-sangat tapi aku tak sampai hati nak cakap depan-depan dengan encik penyelia yang aku tak berminat dengan offer tu..siyes, aku takde keberanian bab tu.. T_T

     dan..dan..dan..aku ingat ayah aku berada di sebelah aku sebab dia selalu je diam bila mak bebel pasal kerja kat aku..tapi, rupa-rupanya, TAK..lagi teruk adalah..ayah bagi tempoh sampai hujung tahun ni je..kalau tak, kena terima jugak offer encik penyelia tu..siyes, menyesal sangat sebab bagitau kat dorang pasal offer tu..bagi aku, offer tu dah takde dalam ingatan ni...aku bukan mahu memilih, tapi aku takberapa minat dengan offer tu..

    mujur aku ada adik perempuan yang sorang ni...bila aku stress, dia mesti jadi penghibur aku..dia selalu cakap macam ni, " kenapa akak nak cari kerja? duduk la kat rumah lagi..nanti boleh main dengan minah.."

penghibur dikala stress selepas dibebel oleh mak..
arghhh, bila fikir pasal benda ni, buat aku makin kusut..
hilang selera makan, selalu sakit kepala..
siyes, dah rasa macam tertekan sangat..


please, tolongkan doakan aku supaya cepat-cepat dapat kerja..
rasa macam dah taksanggup nak duduk kat rumah lagi..
please... :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...