THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, November 23, 2011

cari kerja pun boleh bikin sakit kepala..


BIOTEKNOLOGI : GAJI MUNGKIN MASALAH (sumber : sini)
Kerjaya dalam bidang bioteknologi di negara ini mungkin dibantutkan dengan masalah gaji rendah dan tidak setanding dengan gaji yang ditawarkan di luar negara. Ia bakal menimbulkan situasi sukar kerana banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mempromosikan bidang berpotensi tinggi ini.
Beberapa media tempatan dan luar negeri juga mendapati ramai para pengkaji (researcher) dan saintis berkaliber memilih untuk menerima peluang dari negara luar, termasuk jiran, Singapura yang mampu memberikan pendapatan lumayan kepada mereka. Apatah lagi jika keadaan ini dibandingkan dengan negara negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Britain.
Seorang saintis negara yang ditemu bual oleh media antarabangsa International Herard Tribune, mengakui menerima gaji 5 kali ganda di Singapura berbanding dengan gaji yang diterimanya di Malaysia. Selain daripada faktor gaji, beliau juga mendapati Singapura menawarkan suasana kerja yang amat baik dan kompetitif.
Mungkin pernyataan beliau tidak terlalu mengejutkan kerana pada masa ini, Singapura mempunyai fasiliti bioteknologi dan biosains terbaik di dunia kerana kemampuannya menarik minat pelabur asing yang terdiri daripada syarikat gergasi dalam bidang perubatan, sains and farmasi. Antara syarikat terkenal dunia yang telah membina pusat kajian di Singapura ialah Eli Lilly, Novartis, Takeda dan Pfizer. Keempat empat mereka tergolong dalam 50 syarikat farmasi terbesar di dunia.
Negara jiran tersebut telah membelanjakan lebih daripada $2 billion pelaburan untuk menjana industri bioteknologi dan biomedikal.

pendapat aku :
-     Dalam negara kita sendiri, peluang kerja dalam bidang bioteknologi ni takbanyak..sebab tu la sekarang, fakulti aku dah tutup beberapa course untuk degree...peluang lebih terbuka luas untuk mereka yang berminat untuk sambung masters...nak cari kerja?? haila, agak susah sekarang ni..maybe sebab tu la, budak-budak coursemate aku banyak yang fly ke oversea macam singapore and US...ada jugak 2-3 orang yang sambung masters..yang lain-lain, masih lagi tercari-cari hala tuju hidup ni...aku rasa, hampir 50% dari kitorang apply kerja yang langsung takde kaitan dengan bidang biotek..aku? mungkin akan 'lompat' jugak ke bidang lain..oh, my...baru aku tau, susah jugak nak cari kerja ni..huhuuu ~

Tuesday, November 22, 2011

semuanya dah OK!

assalammualaikum...

     lama gila kot tak update blog ni..dah bersawang nampaknya..huhuu~ rupa-rupanya BOSAn duk kat rumah lama-lama bila takde benda yang hendak difokuskan..siyes, bosan gila nak mampus..hari-hari buat benda yang sama, langsung takde perubahan dalam hidup ni..ahhh, STRESSSSS!!!!

     nasib baik encik JPA ni sangat-sangat la baik hati bila sudi membayar kembali elaun sara hidup praktikal kat aku..walaupun tak cukup syarat untuk claim, tapi JPA bayar jugak dengan jumlah bayaran yang sepatutnya aku dapat..alhamdulillah.. :) akhirnya, dapatlah jugak modal untuk aku baiki laptop n pasang tenet kat rumah ni..kalau tak, memang TAKKAN update la blog ni..

    so, buat masa sekarang, semuanya dah OK!..sekarang fokus untuk cari kerja je dulu..kalau susah sangat dapat kerja, maybe aku move on dengan next plan which is sambung masters..semoga dipermudahkan segala urusan..amin~

Monday, September 19, 2011

hilang selera makan.. :(

assalammualaikum..

       sejak dari semalam, aku macam langsung takde selera nak makan..siyes, dah puas kakak sepupu aku pujuk aku suruh makan nasi, tapi aku terpaksa tolak mentah-mentah..ditambah pulak dengan sakit senggugut ni, menyebabkan aku banyak terlantar duduk diam..dah takleh banyak bergerak macam biasa..huhuu :(

      ni semua gara-gara aku tersalah makan aiskrim bercampur air berkarbonat pada hari pertama datang bulan..pergh, ambik kau sekali senggugut teruk kot..nak menangis menyesal pun takde guna sekarang ni..hanya mampu menahan je la..waawaa T_T

   tapi, nasib baik jugak sakit time sekarang ni....buatnya sakit time aku konvo nanti, mesti haru-biru dibuatnya.. :) wah, macam takpercaya je aku dah habis belajar...tapi..tapi..tapi..rasa macam pelik je bila takde benda nak buat sekarang ni..memang blank terus la.@_@....

Sunday, September 18, 2011

miss BLANK !!

assalammualaikum..

   wah, bahagianya hidup bila boleh online ni.. :) aku rasa penyakit 'malas' aku ni semakin menjadi-jadi..siyes, rasa macam dah takde mood nak update blog ni..dan..dan..dan..aku rasa kelajuan otak aku berfikir dah semakin LEMBAB..huhuu~

  semalam, time nak ambil jubah konvo pun, ada sorang member ni tegur aku..dia kata aku memang tak banyak berubah dan semakin blurrrr...oh, NO!! aku rasa lepas ni, budak-budak ni dah berpakat panggil aku, MISS BLANK.. :(

  overall, hidup aku sekarang ni macam takde hala tuju je..duk kat umah sambil bukak kilang taik mata..tu belum masuk part plan nak bukak cawangan kedua kilang ni kalau ada lebihan modal..lemak-lemak kat badan pun dah semakin berlapis-lapis ni..entah bila la pengilang nak ambil lemak-lemak badan ni untuk diproses buat bahan masakan..eeeuuww!! duit aku pulak semakin menipis..aku rasa adik bongsu aku lebih kaya dari aku kot..sebab dia mampu beli air soya sekotak setiap hari..aku?? nak beli maggi sebungkus pun berkira..gila miskin papa kedana aku ni..

   bila fikir-fikir balik tentang hidup aku sekarang ni, aku rasa aku patut dah mula risaukan masa depan sendiri..oh, aku perlukan kerja part time sekarang ni..please............ANYONE?
  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...