THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, June 14, 2011

relax.cool.smile :)

assalammualaikum..


      alhamdulillah, akhirnya dah setel hal presentation kat monash tu..pergh, untuk kali pertama dalam hidup aku, aku dilayan sebagai VIP...aku dapat tempat parking kereta special, then sepanjang aku berada dalam dewan tu, layanan semuanya mantap..itu belum masuk part yang dorang suruh aku duduk sebaris dengan presenter lain tapi aku tolak..ye la, siapa tak segan..aku ni just student praktikal tetiba kena duduk sebaris dengan prof-prof dan saintis-saintis..time nak makan satu hal bila para VIP pakat-pakat berkumpul kat satu meja dan makan sambil bertukar idea..aku? of course la takkan join golongan atasan itu..aku ni just gantikan tempat penyelia je, bukan nya someone yang betul-betul expert dalam bidang proteomik ni..tapi, overall, best rupanya bila dilayan sebagai orang penting..dah la dapat free gift..taktau la dorang bagi apa..sayang nak bukak sebab bungkusan hadiah tu terlalu cantik.. :)

      then, semalam ye-ye je buat perangai depan penyelia sampai penyelia marah kat aku cakap aku ni banyak songeh..sentap, ok bila dia cakap macam tu! tapi, pagi tadi, dia boleh SMS macam biasa..aku? mestilah merajuk lagi..so, memang takberapa layan la SMS dan panggilan dari dia..HAHAHA <----gila keji

    lepas tu, hari ni agak best sebab aku ada driver free..best gila bila dapat keluar berdua dengan student master yang sorang ni..yeah, dia sangat baik sampai sanggup habiskan masa dengan aku..dialah yang hantar aku ke monash..then, dia jugaklah yang duduk tenangkan aku..dia bagi semangat kat aku sepanjang hari dan, after presentation tu, dialah yang teman aku makan..punya la sempoi kitorang ni, siap boleh main pertandingan siapa makan paling cepat lagi...benci, setiap kali keluar makan dengan dia, mesti aku kalah..ye la, dia tu laki yang makan banyak dan cepat habiskan makanan..naaa~

     dan, sebelum presentation tu, dia pernah janji nak bawak aku pergi jejalan after aku setelkan presentation kat monash..yeah! hari ni kitorang jadi budak nakal bila kitorang keluar jalan-jalan time ofis hour..siyes, presentation tu habis pukul 1 lagi tapi kitorang masuk ofis pukul 4.30..best gila bila dapat release tension dengan dia..kitorang lepak-lepak kat mydin..then, cuci mata kat jusco seri kembangan sebelum kitorang shopping2 kat sri serdang..dia tu, pantang betul nampak kedai buku, mesti nak masuk..haila~layan je la mamat chinese sorang ni..overall, aku gembira sangat hari ni..thanks to you la!! sangat-sangat menghargainya :)

     dan..dan..dan..aku nak mintak maaf kat partner lab laki yang sorang tu..sebab dia dah susah-susah belikan aku nasi goreng cina tapi..tapi..tapi..aku tak sempat nak makan..naa, maaf sangat-sangat..so, aku assume yang nasi goreng untuk dinner hari ni akan dibazirkan..i'm sorry..next time, aku akan makan nasi laju-laju....JANJI!! ye la, semalam dia dah start membebel bila aku ambil masa yang agak lama untuk habiskan sebekas nasi yang dia beli...dan..dan..dan..aku nak ucapkan terima kasih kat dia sebab dia terlalu ambil kisah tentang presentation aku tadi..kalut dia call aku tanya pasal presentation pagi tadi..HAHAHA :)

    alhamdulillah, rupa-rupanya banyak member-member yang bagi support kat aku..thanks untuk semua-semua ni..part yang paling terkejut bila mr loo yang hensem tu pun datang tengok presentation aku..wah, gila cair bila dia bagi senyuman kat aku..siyes, lama-lama aku praktikal kat sini, mau mencair aku ni..dah la hidup aku sekarang dikelilingi dengan chinese guy je...haila~dugaan mata betul la ni.. :) part paling aku benci bila si leo tu dah mula bergosip dan tak habis-habis duk tanya pasal BF aku..padan muka dia semalam..siapa suruh call time aku tengah stress..kan aku dah menjerit kat HP semalam..mengada je mamat tu..dia bajet dia hot ke apa?? nasib muka dia hensem tapi mulut banyak kepoh oh!

    so, esok dah start workshop tu..hopefully, aku boleh handle benda tu semua dengan baik dan lancar..
amin~

Sunday, June 12, 2011

menangis la kalau tangisan itu dapat melegakan kamu..

assalammualaikum..

     start dari minggu lepas, hidup aku dah terumbang-ambing..semua kerja penyelia, aku yang kena buat..stress, ok? paling awal aku balik 9.30 malam..penat tu takyah cakap la..hingga ada satu saat tu, aku bawak moto sambil nangis sebab time tu aku sangat-sangat rasa macam orang dah tak betul..maybe aku stress..yup, aku memang sangat stress time tu..badan pun penat dengan period pain lagi, memang satu gabungan yang mantap kot..balik bilik, terus call kakak..

     aku cerita semua probs aku dekat kakak..i'm just a practical student, not a worker..aku takdapat gaji pun untuk semua ni..tapi, kakak pujuk aku..dia bagitahu aku ada lagi satu benda penting yang aku akan dapat tapi aku tak nampak lagi, iaitu ILMU..siyes, time tu, aku kesat air mata aku..ya, maybe sekarang aku tak nampak semua ni lagi..then, kakak suruh aku fikir positif..setiap apa yang terjadi, mesti ada hikmah disebaliknya..jangan mempertikaikannya..aku terdiam seketika..tapi, time tu, air mata aku still mengalir lagi..dah kesat tapi still keluar..

    kakak pujuk aku lagi..dia taknak bagi aku menangis buat kali kedua sebab praktikal..sebab dia tau, bila saat aku menangis, itu maknanya aku dah terlalu lama menahan beban tu dan satu masalah aku bila aku menangis ni ialah aku akan menangis sampai satu saat aku susah nak bernafas..dia bercerita dengan aku..dia cerita masalah dia dulu dan bagaimana dia atasi semua tu..aku dengar sampai satu saat, aku tertidur...

    pagi esoknya, aku perasan yang mata aku dah bengkak..obvious sangat kot sampai kat ofis, kawan-kawan duk tanya aku ok ke tak..entah la, time tu aku sangat letih dan aku dah taktau nak jawab apa..then, tetiba penyelia call dan tanya aku ok ke tak..time tu, aku dah pelik sebab camne dia boleh tahu keadaan aku sedangkan dia takde kat ofis pun? aku syak betul la dia ada spy kat sini..aku jujur dengan dia..aku cakap kat dia, aku penat.aku stress dengan semua ni..lepas tu, penyelia suruh aku ambil MC half day..see?? betapa teruknya aku praktikal kat sini sampai terpaksa ambil MC untuk half day..tapi time tu, kalau aku takdapat MC, mau pengsan aku kat lab..

    overall, sebenarnya minggu lepas baru permulaan untuk segala-galanya..sebab minggu ni maybe lagi teruk kot..bayangkan, selasa ni aku kena standby untuk jadi wakil penyelia buat presentation kat monash..dah la present depan prof-prof dari universiti lain, dengan penyelidik-penyelidik lagi..mau tak stress! then, rabu sampai jumaat ni, aku dan member laki yang sorang tu, kena standby untuk jadi pembantu teknikal bagi workshop..ni bukan workshop main-main ye! setiap peserta kena bayar 1K untuk join ni dan kitorang kena ajar prof-prof ni camne nak jalankan exp. berkaitan dengan protein..oh my god, dulu prof-prof yang ajar aku, sekarang ni, aku pulak yang kena ajar dorang..mau tak gila aku!

     so, apa-apa pun, aku harap aku KUAT untuk hadapi semua ni..hari-hari aku doa supaya masa ni cepat je berlalu..cepatlah habis praktikal..sebab aku risau, nanti tiba satu saat, aku takut aku terpaksa lawan dengan setiap arahan penyelia..aku harap aku masih lagi ada kesabaran untuk semua ni..aku takde pilihan melainkan ikut dengan setiap arahan dia tu..aku malas nak cari pasal..aku nak konvo tahun ni..itu je harapan aku.

Sunday, June 5, 2011

kenapa awak naik bas?

assalammualaikum..

    akhirnya, hari ahad minggu ni aku dapat rest..dah takpayah sibuk-sibuk nak bertapa kat lab..tapi, weekend minggu depan dah kena masuk lab balik..stress? entah lah, bila dah biasa dengan life camni, rasa macam dah boleh adapt je..

    so, alang-alang dah cuti ari ni, aku pun lepak la kat MINES sorang-sorang..benci, ok! tapi, nak buat camne, dah takde sape nak temankan..nak keluar dengan cousin, dia pun balik kampung kot..pak cik pun sama..mentang-mentang dah start cuti sekolah, semua pakat-pakat balik kelantan, tinggalkan aku sesorang kat serdang ni..giler sedih.. :(

    walaupun aku ada skuter yang bapak besar nak mampus tu, tapi aku still naik bas..sebab aku takut nak bawak skuter tu kat highway..lagi satu, aku memang taktau jalan nak ke MINES pun..so, tadi lepas beli stok makanan untuk bulan 6 ni, aku pun tunggu la bas rapid untuk balik ke kolej..perghh, tunggu punya tunggu, bas LANGSUNG takde..nak taknak, kena naik teksi je la..dah la dapat pemandu teksi yang pelik..

dalam teksi...
aku : bas rapid memang takde eh ke UPM?
teksi : ada bas rapid ke UPM?
aku : ada sebab tadi saya naik bas rapid datang sini..
teksi : oooo..awak cantik tapi kenapa awak naik bas?
aku : eh? 
teksi : naik teksi la murah..lagipun selamat..
aku : nak jimat..teksi mahal..
teksi : berapa harga kalau naik bas?
aku : seringgit je...
teksi : sangat jimat tu..
aku : tau xpe..
teksi : sorang-sorang je keluar?
aku : kawan-kawan semua busy..
teksi : tipu, biasanya kalau sorang camni...mesti jumpa BF, kan?
aku : eh? kalau saya jumpa BF, mesti saya suruh dia hantarkan je...
teksi : bahayalah kalau keluar sorang-sorang ni..lagipun, tunggu bas kat situ, lagi la bahaya..
aku : hurmmm.....
teksi : nak no phone saya? nanti kalau nak keluar, call je saya..
aku : errr, tak kot..bukannya selalu pun keluar...

bila dah sampai kolej, aku cepat-cepat turun..malas ah nak layan pemandu teksi tu..buat aku seram je..
T_T

p/s:
aku takpaham bila pemandu teksi cakap camni " awak cantik, tapi kenapa awak naik bas?? "
geram aku nak jawab camni " apsal, kalau yang naik bas tu, tak cantik ke?
tapi, malas aku nak layan brother tu..

next time, JANGAN keluar sorang-sorang..BAHAYA!

Thursday, June 2, 2011

jurnal vs lab..

assalammualaikum..

       akhirnya, siap juga aku menulis jurnal dan petang tadi dah hantar full draft jurnal dekat encik penyelia..hopefully, takbanyak yang kena edit balik..dah 3 hari aku duk bertapa kat meeting room..masuk lab pun just 2-3 minit untuk kacau member..

      siyes, sepanjang 3 hari duduk menghadap laptop ni, aku rasa macam nak nanges,,stress weh!! pagi petang siang malam duk terfikir pasal jurnal dan result experimen je..duk baca jurnal-jurnal..kunyah dan hadam perlahan-lahan dan dalam masa 3 hari ni jugak, aku rasa berat badan aku dah naik..mana taknya, bila stress menghadap jurnal, aku keluar cari makan..lepas makan, mengantuk pulak..so, nak taknak memang aku wajib.pasti.akan terlelap untuk 1-2 jam sebelum start menulis balik..bila dah ada mood nak menulis, masa bekerja pun dah habis..so, bukan salah aku la kan kalau tak mampu siapkan jurnal dalam masa sehari? itu belum masuk part kantoi TERtido time ofis hour..ni semua gara-gara penyelia la call..ceh! tengah-tengah cuti pun, sempat lagi pantau aktiviti kitorang ni..tu la, lain kali sebelum tido, tengok la jam dulu..hehe~

penyelia : kenapa suara lain? demam ke?
aku : eh, tak la..encik penyelia salah dengar kot atau maybe phone ni ada probs..(padahal, baru bangun tido kot)
penyelia : apa-apa je la..saya taknak u tido time buat jurnal ye..
aku : errrrr..tapi, saya baru lepas bangun tido kot..kantoii sudah!
penyelia : HAHAHA~

aku rasa betul la encik penyelia ni ada pasang spy..kalau tak, takkan la dia boleh tahu aktiviti kitorang ni..even kat skype aku buat invi pun, dia still tau..cmne ni?

     so, petang tadi lepas hantar draft jurnal kat penyelia, terus aku meluru masuk lab..siyes, excited giler ah nak mulakan kerja lab..terus aku pergi cari partner lab aku yang laki tu..terus tanya dia nak buat apa untuk next experiment..bila dia bagi arahan kerja, aku dah takcakap banyak..yang aku tau, aku nak pakai glove dan pegang alat-alat lab dan mulakan experiment..

     sekarang ni, bila aku dah rasa berada dalam dua keadaan ni, aku prefer untuk kerja lab..aku paling menyampah bila kena menulis jurnal..lebih penat dari buat experiment kot..kalau kerja lab, at least aku lambat rasa lapar dan aku takkan buang masa..sebab bila dah start experiment, memang susah untuk kitorang berhenti..siap ada shift lagi untuk keluar makan..

    so, esok aku akan kembali kepada rutin biasa aku which is buat kerja lab..esok sure.konfirm.pasti.wajib aku kena balik lambat..aku expect maybe dalam pukul 8 malam baru balik kot..dah la weekend ni kena datang jugak lab untuk observe result bagi projek 1..aku dah taksabar nak setelkan cepat-cepat projek 1 ni..sebab aku perlukan masa untuk fokus pada projek 2 plak..kalau ikutkan jadual bulan 6 ni, siyes aku memang akan busy buat projek 2..kalau takbuat experiment sekalipun, kitorang kena pergi seminar..taksilap aku, setiap minggu akan ada seminar..yang paling cuak bila 2 minggu lagi, ada satu seminar kat sini dan topiknya berkaitan dengan projek 2 dan aku sangat takpaham bila encik penyelia suruh kitorang standby sepanjang minggu tu..term 'standby' tu buat aku tertanya-tanya, " adakah kitorang yang kena present? " naaaa...ni kes memang nak bagi aku sawan laju-laju je..

    apa-apa pun, aku harap yang aku akan sentiasa bersemangat untuk mulakan hari praktikal aku..dah taksabar nak balik rumah bulan 8 ni..rindu semua!!!!!!!!!!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...