THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, May 19, 2011

..KUAT! kuat..!!!KuAt....!!

assalammualaikum..

      entahlah, bila bercakap tentang praktikal, aku mesti rasa macam taksuka sangat..sebab? ni bukan tempat pratikal pilihan aku..research kat sini bukan research yang selalu aku bayangkan..walaupun, penyelia aku adalah senior aku sendiri tapi penyelidikan dia bukan bidang yang aku minat..

      seriously, aku rasa yang aku kini sedang berusaha untuk memaksa diri sendiri untuk sukakannya..cukuplah, dah banyak air mata aku yang telah dibazirkan demi praktikal ni..aku takde pilihan..

      bila bercakap tentang praktikal, kadang-kadang orang akan kata yang aku ni beruntung sebab dapat penyelia tu..itu apa yang kamu semua nampak..tapi, apa yang aku rasa? taksiapa yang tahu..ya, dia memang baik, selalu orang nampak kitorang bergurau dan bergaduh macam budak-budak..ye la, mana nak cari penyelia yang almost everyday hantar SMS dan wish good morning kat pelajar bawah dia?mana nak cari penyelia yang membebel dan bagi nasihat suruh berhati-hati bila balik kerja? mana nak cari penyelia yang akan tegur perangai kita? dan mana nak cari penyelia yang sanggup skype dengan kita malam-malam untuk bagi tugasan esok? see...?

       dia agak baik dan sangat menjaga student bawahnya tapi, bila masuk bab kerja, naaa..di sinilah segalanya menjadi sebaliknya..dia seorang yang tegas dan gilakan kerja..seriously, dia selalu bertapa kat lab sampai 12 tengah malam..see?? gigih kan dia..dan dia selalu bagi arahan untuk buat itu dan ini pada aku..tapi, malangnya, aku selalu takpaham dengan setiap arahan itu..kesian bila aku tengok reaksi dia setiap kali aku buat silap...i'm sorry, mr.L..

     kadang-kadang aku takboleh nak ikut dengan setiap gerak kerjanya..ye, dia sangat merancang setiap aktivitinya..entahlah, tadi aku rasa aku agak berani bila terpaksa berterus-terang dengan dia tentang masalah aku..aku betul-betul minta maaf dan aku cakap semuanya..aku bukan pelajar yang pandai..aku perlukan masa untuk hadam benda baru ni..orang lain praktikal untuk mantapkan skill lab, tapi aku? buat praktikal sambil belajar..stress tau tak? bila kena buat dua kerja dalam satu masa..dan aku lagi streesssss bila aku susah nak paham dengan setiap arahan penyelia tu..tapi, penyelia suruh aku belajar..jangan terlalu harapkan dia je.. :(

     so, esok bermulalah eksperimen yang dikendalikan sepenuhnya oleh aku..eksperimen yang bakal menguji basic lab culture tissue aku...cukuplah minggu ni aku diuji dengan basic TDR tu.. mulai esok, aku akan berusaha bersungguh-sungguh..sebab aku la orang yang akan bertanggungjawab untuk setiap satu hasil eksperimen tu..aku la yang akan tentukan yang mana satu terbaik untuk dipublishkan kepada umum..insya'allah, kalau ada rezeki, kemungkinan besar aku akan publish satu paper yang ditulis oleh aku sendiri..itu janji penyelia..insya'allah, moga dipermudahkan urusan kali ni, amin~

Tuesday, May 17, 2011

why 44? oh, my... T_T

assalammualaikum..

            asal cuti je, aku mesti LOST..siyes, blur taktau nak buat apa padahal kerja yang penyelia bagi semalam pun belum siap lagi..ok, fine, aku memang benci dengan statistik ni, then penyelia tu lagi mahu suruh aku analisis data tu..siyes, nak taknak memang kena buat..semalam pun chat dengan penyelia sekejap sebelum tido..tapi, penyelia lagi kesian sebab time dia chat dengan aku pun, dia still kat ofis..doing his lab, maybe? naa, cukuplah semalam penyelia bagi kitorang balik pukul 7.30 malam..i'm just practical student, not a worker..

           last week lagi tragis, 3 hari berturut-turut aku balik pukul 6.30 petang, ok! itupun dah puas buat muka dengan penyelia..dia panggil pun aku boleh buat muka takdengar..malas nak toleh..last-last, aku balik camtu je..then, malam tu dia call, tanya pasal progress kerja. itu belum masuk part yang kena datang kerja hari sabtu hari tu..perghhh, jadual kerja aku lebih teruk dari staff..

            dengan jadual yang macam tu, takheran la kan kalau aku boleh lost dalam 2 kg dalam tempoh 2 minggu ni..sentap, ok! oh, my..berat aku dah jadi 44kg..oh, no..dengan berat yang macam ni, dah cukup buat aku lembik..taklarat nak bukak peti lab yang bapak susah nak mampus untuk dibuka tu tapi bila penyelia bukak nampak macam senang je..huhuu T_T

            ni belum masuk part pak cik aku membebel pasal susah nak suruh makan nasi..ayat dia camni je, " orang nak suruh makan nasi je, bukannya nak suruh berperang pun..itu pun susah.." sentap, ok! padahal sebelum ni aku dah warning dia awal-awal, aku bukan spesies yang makan nasi malam..tapi, dia still suruh aku makan jugak.. kalau makan kat luar, aku mesti kena share dengan anak dia je..taklarat weh nak habiskan semua..

           tapi, bila aku dah stay kat kolej UPM ni, lagi la susah nak makan..kalau siang, boleh la aku makan kat ofis je, tapi bila malam, aku lebih rela minum milo dari turun kat cafe..kalau order makanan pun, bukannya aku larat untuk habiskan..so, daripada membazir, baik takyah makan terus..bila cuti camni, aku akan turun beli makanan bila aku tengok tangan aku dah start terketar-ketar..aku rasa macam kejam pulak pada diri sendiri.. :(

           and now, aku rasa aku patut naik kan berat kepada 45kg..taktau la berjaya ke tak..tapi, apa yang pasti, aku nak gemukkan lengan ni dulu..takkan la aku nak pakai jam tangan dengan lubang yang ditebuk sendiri? kalau lengan ni dah keping macam tulang, mesti nampak ngeri kan? adoii~

            apa-apa pun, sekarang ni, aku memang sangat rindukan rumah..teringin gila nak makan ikan bakar yang ayah bakar..kalau dapat ambil bau pun jadilah..huhuu :(

hidangan makanan laut orang sabah..
rindukan ikan bakar itu.. :(

Sunday, May 15, 2011

..alone..

assalammualaikum..

        ALONE..yup, aku baru tau bagaimana perasaan sunyi tu..bila duduk sorang-sorang dengan bilik yang teramat besar ni, aku rasa kosong..kat sini, aku takde kawan yang boleh diajak berbual..sepatutnya aku pilih double room, not a single room..see?? kan dah sunyi gila..

        time weekend camni, aku bosan duduk dalam bilik..so, lepak-lepak kat MINES jap..maybe aku stress kot tapi aku malas nak ambil port sangat..jalan sorang-sorang pergi bustop kolej, tunggu bas rapid..then, kat MINES pun sama..jalan-jalan tanpa hala tuju..dalam poket ada rm200 je..naaa, ni kalau aku buat kerja gila, mau tak cukup duit ni..

        SHOPPING!! yeah, cara terbaik untuk release tension..mula-mula aku masuk AVON untuk cari perfume..time tu, main redah masuk je..duduk kat kaunter sambil belek-belek katalog..dalam kepala nak cari perfume yang aku pernah guna dulu tapi pekerja sana cakap dah takde..kecewa jap..then, pilih je la perfume yang ada..entah nanti aku pakai ke tak, taktau la tu..pekerja kat sana plak, duk sibuk suruh aku buat kad..belum dorang habis promote, aku cakap TAKNAK...malas nak dengar explaination panjang-panjang ni..

       lepas tu, aku jejalan lagi..then, masuk REJECT shop..usha-usha kemeja jap..tapi, kemeja kat sana takde choice sangat..keluar dengan tangan kosong..siyes, aku memang takde hala tuju hari ni..akibat blur sangat, aku masuk je GIANT..ingat nak beli milo, biskut, etc je..tapi, tup..tup..tup..berkenan plak dengan kemeja kat sana..nak pilih kemeja ni satu hal..kalau ikut kepala pendek akal aku ni, memang aku nak rembat 2 helai kemeja = rm80..tapi, bila fikir kena jimat duit, aku ambil satu je..itu pun ambil masa yang lama untuk pilih which one..siyes, aku dah berkenan kat dua-dua tu tapi tu la...duh~ leceh betul beli baju ni.. :(

        aku pun taktau apa yang aku dah beli kat situ sampai aku habiskan dalam rm100 lebih kot..padahal, barang aku takbanyak pun..aku jejalan sambil ambil je barang yang aku berkenan..pergh, buruk betul perangai camni..sebelum balik, aku singgah WATSON plak..biasanya, aku memang akan spend dalam rm50 untuk watson ni..lepas siap shopping, aku tengok duit dalam dompet, ada lebih lagi..naaa, ni yang rasa macam nak makan KFC plak..tapi tu la, tadi kfc penuh, so, aku malas nak tunggu..terus blah camtu je..naik teksi terus balik kolej..overall, aku shopping kurang dari rm200 hari ni..ok la kot..

         bila masuk je bilik, aku rasa SUNYI gila..takde orang yang boleh jadi teman berbual aku..takpe la, malam nanti aku ingat nak keluar lagi..bawa moto ni makan angin..kalau duk lama-lama dalam bilik ni, mau jadi gila aku nanti..huhuu T_T

hola!

assalammualaikum..

        siyes, lama gila tak update blog..dalam tempoh hampir dua bulan ni, macam-macam benda jadi dalam hidup aku..lepas satu-satu ujian dariNYA..alhamdulillah, baru sekarang aku mampu tarik nafas lega..

1) tesis-overall, semua pasal tesis dah settle..walaupun banyak air mata aku yang tumpah, aku tetap siapkan tesis tu..dugaan final year la kot..time student lain duk sibuk study, kami final year ni kena fokus dengan presentation tesis..aku punya jadual lagi best..hari ni exam, esok present, lusa sambung exam balik..gigih gila kot!

2) praktikal
- ok, isu praktikal ni memang banyak menguji tahap kemampuan aku dalam mengharungi ujian hidup ni..<----ayat takleh blah!

bayangkan, dalam tempoh seminggu sebelum praktikal, last-last minit, IMR terbakar..then, pihak IMR batalkan semua permohonan student praktikal..pihak IMR hanya mampu menghantar surat minta maaf tanpa menyediakan tempat back up untuk kami..sedih tu takyah cakap lah..berapa hari aku takleh tido sebab duk fikir pasal ni..dah la time tu, tengah exam kot..siap paper major lagi..aku memang dah takde tempat nak pergi..institut biosains UPM, aku dah tolak mentah-mentah dulu. then, HUSM tu dah bagi kat member..last choice, aku pulak yang terpaksa ambil sisa orang lain which is pergi ke tempat praktikal yang student lain taknak..sedih tau tak? student IMR kena campak camtu je.. :(

bayangkan, dalam tempoh seminggu tu jugak, aku kena cari tempat tinggal..dah la tempat praktikal yang baru ni agak jauh dari UKM..nak kena fikir transport lagi..menangis weh aku sepanjang seminggu tu..setiap malam aku menangis..aku cakap aku TAK KUAT untuk ujian kali ni..setiap kali aku sujud, aku menangis..sebab aku rasa aku macam sorang-sorang je kat sini..family jauh..kawan-kawan yang lain pun busy jugak dengan probs dorang..

last choice, aku stay kat rumah pak cik buat sementara waktu dan abang sepupu aku yang baikhati lagi hensem tu bagi pinjam moto skuter dia yang bapak besar nak mampus tu..berat weh skuter tu..aku berulang dari rumah pak cik selama seminggu tapi taklarat weh..hari-hari kena redah highway SKVE tu..then, jalan jammed lagi..dah la orang zaman sekarang ni bawa kereta macam nak bunuh orang lain..siyes, aku takut..

tapi, sekarang dah okey..aku dapat stay kat kolej UPM..so, lebih dekat dengan tempat praktikal dan lebih tenang kot..tapi, ada something bad yang terjadi kat aku dua hari lepas..jeng..jeng..jeng..next entri la aku cerita kot..muahaha~

so, sekarang, aku kena belajar buat semua benda sendiri..kalau dulu, ayah ada untuk handle pasal moto ni, now, aku kena belajar handle sendiri..tapi tu la, bila dah duduk jauh ni, when something bad happen, banyak orang yang perlu diberitahu..duhhh~ tapi, kadang-kadang takboleh terlalu detail bagitau sebab malas nak dengar ceramah free..soo soorry kepada yang berkenaan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...