THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, December 22, 2010

..keliru..

salam..

     penulis masih lagi dalam mood cuti walaupun dah duk bertapa kat kolej selama 3 hari,.yeppi!! minggu yang agak bosan sebab langsung tak ada kelas kecuali hari jumaat ni..('.'!)..weekend ni macam nak keluar lepak-lepak kat 'somewhere with someone' [..erkk??] ..cuci-cuci mata sambil ber'shopping'!!! plan asal nak rembat kamera digital tapi bukan DSLR..masih lagi tak mampu..tapi, sempena Y.E.S ni maybe mampu la kot nak beli satu kamera idaman.. :)

     tapi, sekarang ni tengah keliru..ingat nak rembat OLYMPUS [ini] tapi kawan cakap yang olympus tak ok sangat..dia cakap, alang-alang nak beli tu, baik pilih CANON sebab kualiti gambar yang agak baik compare dengan brand lain..eh, betul ke?? so, tadi online la sambil usha-usha kamera ni..

canon vs olympus
      mula-mula memang dah terniat nak beli olympus je sebab harga lebih murah..tapi setelah baca kat sini, punah terus harapan..ramai jugak yang cadangkan NIKON..mmm, konfius lagi..then, try la usha CANON plak..tetiba berkenan lak aii dengan canon IXUS dan POWERSHOT ni..siyes, comel jer design kamera tu..so, explore lagi untuk tau perbezaan dua jenis kamera ni..dan inilah hasilnya,

1.The Powershot and Ixus are two digital camera lines from Canon
2.The Ixus is designed for people who simply want excellent pictures while the Poweshot is aimed at people who wants more control
3.Ixus cameras are slim and light while Powershot cameras tend to be big and hefty
4.The Ixus is very simple with only a few settings that can all be set to auto while the powershot can be manually controlled depending on how the user wants his shot.


Read moresini 


        fikir punya fikir, rasa cam konfiden je nak rembat canon IXUS ni...so, setelah tolak semua perbelanjaan satu sem, ada balance lagi dalam seribu lebih..harga ixus ni pon boleh tahan gak..[klik sini]..so, ada peluang untuk beli kot..tapi, masih lagi keliru..adakah berbaloi untuk buat semua ni?? atau saya patut kumpul lagi duit untuk rembat DSLR?? adakah ini keperluan atau kehendak semata-mata?? ..hurm..('.'?)

..di saat aku mencintaimu..

salam..
 
thanz to mr Ir..
nice song..
:)

..kisah si bibik ayah..

salam..

masih ingat lagi akan entri ni ???
      ya, saya telah berjaya menamatkan kursus sebagai 'bibik' ayah..pergh, susah jugak jadik bibik ni..hanya diberi rehat selama sehari sebelum memulakan tugasan yang pertama..tapi kalau dapat majikan macam ayah ni memang best!! antara tugasan yang perlu diselesaikan :

tugasan pertama :
leceh gila bila buat kuih ni...
     kebetulan time balik cuti ari tu nak dekat dengan hari raya haji..so, tugasan pertama adalah buat kuih raya..wohoooo~ saya hanya diberi masa dua hari untuk menyiapkan 4 jenis kuih..antara kuih yang menjadi pilihan time tu ialah kuih siput, biskut itik, popiah kecil dan biskut kacang..bila belajar buat kuih/biskut raya ni, barulah saya sedar bahawa betapa peritnya buat popiah kecil..siyes, lain kali saya lebih rela beli dari membuatnya sendiri..setelah berpenat lelah selama 2 hari, tugasan saya selesai..respon ayah a.k.a majikan adalah POSITIF..yeayyy!!
tugasan kedua :
[kredit : google]
      Ini antara tugasan yang agak mencabar sebab saya kena masak lauk kegemaran ayah iaitu asam pedas ikan cencaru + kerabu peria..ok, ayah saya sangat cerewet dan deria rasanya amat sensitif dengan bahan-bahan masakan..part penyediaan bahan-bahan masakan saya lulus dengan cemerlang walaupun ayah cuba mengelirukan saya dengan penukaran beberapa jenis bahan..antaranya, penukaran asam keping kepada asam jawa dalam masakan [asam pedas ikan cencaru]..setelah berlaku beberapa kekeliruan, akhirnya saya gagal menyediakan lauk tersebut..masak nasi pon FAIL..lauk kerabu pon kena komen sebab rasanya lain..tak sama macam yang mak buat..ceit!! huhuu T_T

tugasan ketiga :
       Penyediaan sarapan..[menu : kuih ketayap]..mmm, disebabkan saya agak suka dengan kuih ini, jadi saya dah belajar awal-awal lagi..kelemahan saya ketika buat kuih ni ialah acuan kuih saya tidak 'sebulat' acuan mak..tapi, berjaya diselamatkan dengan teknik lipatan kuih yang agak kemas..he~ tugasan berjaya disempurnakan.. :)
[kredit : google]
tugasan keempat :
        penyediaan minum petang..[cucur bawang]..cucur bawang mendapat pujian ayah sebab rasa dan teksturnya sama seperti kuih yang dibuat oleh mak.. tugasan lulus!!

tugasan kelima :
        tugasan yang agak menguji tahap kecekapan saya dalam menguruskan semua hal di rumah..ditinggalkan selama 3 hari bersama adik lelaki sementara ayah, mak dan adik perempuan berjalan-jalan di KL..agak penat sebab semua kerja kena buat seorang diri...pagi-pagi dah kena sapu rumah, basuh baju dan bagi makan kat kucing kesayangan ayah..lepas tu, memasak untuk adik lelaki..petang plak kena sapu kawasan luar rumah..memang penat..dan aktiviti ini berulang selama 3 hari..tugasan yang kurang sempurna hanya kerana saya terlupa buang sampah..siyes, mak bising-bising dan saya terus merajuk..mogok tak nak jadi orang gaji lagi..hahhaha~
rumahku syurgaku..



salah satu kucing kesayangan ayah..
tugasan terakhir :
         setelah dipujuk, saya akhirnya berjaya menamatkan tugasan terakhir 'bibik' ni iaitu kena buat kek..agak malang bagi saya sebab kek tak kembang sepenuhnya..tapi rasanya agak sedap [puji diri sendiri]..

         overall, jadi bibik ni agak payah dan memerlukan komitmen yang tinggi..saya suka makan tapi tak berapa suka memasak..tapi, apa yang best, kursus 'bibik' ni telah merapatkan lagi hubungan antara kami dan banyak benda yang saya belajar dari ayah..itulah ganjaran yang bermakna buat saya..terima kasih, ayah..

maaf, ayat macam budak tadika..
skema habis.. huhuu ('.'!)

Sunday, December 19, 2010

..tiada lagi kisah duka itu...

salam..

alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan ini..
tentang kisah duka itu..
biarlah masa yang mengubatinya..
sekarang, teruskan hidup..
dan apa yang pasti..
saya sudah mula menjalani hidup seperti biasa...

ok, esok dah mula kelas..
perasaan??
huh~
tak tahu nak luahkan macam mana..

ini sem terakhir saya..
insya'allah, bulan 9 ni saya akan grad..
azam sem ni..
cuba dapatkan pointer DEKAN..
amin~

mood : jom layan lagu ni.. [ hijau daun_suara ku berharap]

kekurangan idea buat masa sekarang..
masih lagi kepenatan dan rasa macam nak pitam..
rasa macam dah berjaya kurangkan 3 kilo..

tentang blog ini..
masih lagi dalam proses ubahsuai..
maaf untuk segala kekurangannya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...