THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, June 21, 2013

..kunyah.telan...sabar lah wahai hati..

Assalammualaikum..

     alhamdulillah, kerja dah makin stabil..dah boleh terima hakikat yang ini la kerja yang sepatutnya saya buat selama ni..masih lagi dalam tempoh belajar..saya masih terlalu baru untuk belajar semua perkara..ya, itu hanya la alasan semata-mata..

     entah kenapa, saya masih lagi tidak bersyukur dengan apa yang sudah saya miliki kini..saya nak tukar kerja lain..itu yang selalu bermain di fikiran..setiap hari, setiap perjalanan saya di HKL, saya terfikir...sampai bila saya akan berada dalam keadaan ini??

     masuk ofis, yeah, i got everything...ada ofis sendiri, komputer sendiri, telefon sendiri...hidup dikelilingi oleh medical officer dan rakan-rakan penyelidik yang lain..orang-orang yang cerdik pandai...boleh buat apa sahaja semasa di ofis..not need to punch out/in time rehat..boleh makan di ofis, boleh dengar lagu..online..ya, suasana kerja yang santai sebenarnya..tapi, bukan ini yang saya impikan selama ni..saya mahu bergerak bebas, bukan mengadap komputer semata-mata..

    saya perlukan masa untuk semua ni..entah la, saya masih lagi mencari hala tuju  kerjaya yang sehingga kini, belum tahu penghujungnya..ya Allah, permudahkan rezeki hamba mu ini..aku hanya mampu berharap agar ini adalah pilihan yang terbaik buat masa ini...amin~

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...