Assalammualaikum...
seriously, bos saya memang dah nyanyuk sampaikan tadi dia langsung TAK selera nak makan pape pun..24h duk fikir pasal kunci bilik tu..semalam duk call saya, cakap yang dia ada kat balai polis..time tu dalam pukul 8 malam jugak la..seriously, dia takbalik lagi time tu?? kesian pun ada tapi nak buat camne, dia jugak yang buat hilang..
hari ni, masuk kerja terus paksa kami staff-staff untuk tolong cari kunci tu sekali...report yang kena hantar ke HQ, dia dah tolak ke tepi..nak taknak, terpaksa saya amik alih tugas dia pagi tadi..even HQ telefon pun, dia dah takberani nak cakap..semua saya yang kena tolong handle..lucu betul tengok dia kelam kabut cari kunci..ye la, kunci tu ibarat nyawa dia..hilang kunci tu, mungkin kerja dia pun boleh hilang sekali..
lagi satu, agak leceh sebenarnya sebab kena pergi HQ, menjawab bagai..tup..tupp..tuppp, kerja kena gantung plak..memang boleh jadi kes serius la jugak...dia dah tekad tadi, kalau hari ni takjumpa kunci, nak taknak esok dia kena lapor diri kt HQ subang jaya nun jauh di sana..memang complicated la jawabnya...
last solution, ada sorang staff ni bawak encik bos pergi jumpa orang tua yang boleh tolong carikan barang hilang..pak cik tu cakap kunci tu ada je dalam kedai, dekat depan-depan kedai, celah kotak and akan ada sorang staff yang akan jumpa..cuma dia takleh gitau bila boleh jumpa kunci tu...kitorang semua dah gelak-gelak, nak percaya pun payah jugak ni..hahahhaha :D
tup..tupp.tuppppp, memang betul ada kat depan kedai pun, betul-betul kat celah fail-fail..time tu, bos dah macam nak pengsan duk cari seharian kot..seriously, semua orang dah cari kat situ, tapi kenapa taknampak pun kunci tu?? bila semua dah give up, tetiba kunci tu muncul plak...alahai, macam-macam la...
kedai kitorang berhantu ke??entah, no komen..kalau setakat duit hilang then jumpa balik tu, macam perkara biasa bagi kitorang kot..tapi kunci hilang muncul kembali ni, buat kitorang macam..erkk..erkkkkk..seriously???? seramm wooooiii!!!!
| muka yang comot selepas seharian selongkar kedai semata-mata demi kunci.. |
apa-apa pun, kerja hari ni sangat best sebab semua staff berkerjasama tolong back up bos..sebab kitorang sayang sangat kat encik bos kot ..payah oh nak cari encik bos yang sangat sporting camni...wahai encik bos, hujung bulan ni, BBQ jom!!! yummy :)

0 comments:
Post a Comment