THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 11, 2012

..bila dah jadi tanggungjawab kita..

Assalammualaikum...

      entah la, dua tiga hari ni kepala memang serabut..life tunggang-langgang..pergi kerja, sehari suntuk kat kedai buat report segala bagai, then balik rumah, terus tido..penat sangat..nak spend masa dengan family pun dah taksempat sampai si adik sempat menyindir, " sejak naik pangkat ni, akak selalu busy, takpernah ada masa untuk kitorang.." siyes, rasa terkilan jugak la bila dia boleh keluarkan kata-kata macam tu..

     bila dah naik pangkat ni, naik gaji ni, tanggungjawab pun semakin bertambah..dulu, saya dijaga oleh bos..sekarang, saya pulak yang kena jaga staff..bayangkan, kena jaga 12 orang staff dalam satu-satu masa, yang kebanyakannya lebih tua dari diri sendiri, dengan pelbagai ragam dan perangai,..haila~ memang bikin kepala stress jek..

    tu belum masuk part kena hantar daily report kat HQ lagi..kena kira stock balance and order barang, kena follow up dengan supplier pasal produk return and expired, bukak manual bill untuk supplier, bla..bla..bla...bila sales kedai turun, kena pandai menjawab dengan orang atasan...bila hantar report lambat, kena reject..kena 1st reminder..padahal, kitorang yang handle aktiviti kedai ni takcukup kaki dan tangan untuk bekerja..komputer kedai ada satu jek..bila berlambak report yang nak kena hantar, empat-empat bos ni terpaksa berperang dengan masa..terkejar-kejar macam orang gila..kelam kabut sepanjang masa...24 jam kepala otak berfikir pasal kedai..walaupun dah habis masa bekerja sekalipun, hp kena sentiasa on...huhuu T.T

    siyes, saya rasa penat buat semua ni..macam kes pagi tadi, kakitangan pejabat kesihatan datang untuk pensampelan..saya punya kalut, terpaksa call 1st bos untuk kebenaran..dah la pagi tadi saya yang kena in charge untuk jaga kedai..semua perkara atas kepala saya...lepas ni, kalau jadi apa-apa atas sampel tu, saya kena naik mahkamah, jadi saksi..oh my, memang stress..terkejar-kejar macam orang hilang anak..rasa macam masa bekerja tu sangat-sangat takcukup..kerja..kerja..kerja sampai saya jadi stress..hilang punca, blurrr~

    bergaduh mulut dengan orang atasan satu hal..rasa macam nak lekat kat telinga je telefon tu..senang, takyah la saya berlari-lari dari dalam stor ke kaunter...hari isnin adalah hari orang atasan mengamuk...call sana, call sini..arghhh~ gaduh-gaduh pun, still orang atasan akan menang..so, kalau dah jadi orang bawahan ni, memang kena tadah telinga je la kalau kena marah tu..swasta ni lagi best, siap potong elaun performance lagi kalau buat silap..perghhhh~ gaji mahal, elaun berlambak-lambak pun, bila dah kena potong, kadang-kadang lebih kurang je gaji dengan staff..huhuu :(

    tapi, bila fikir-fikir balik, ni la tanggungjawab yang kita kena pikul bila bergelar bos..gaji yang kita dapat kadang-kadang taksetimpal pun dengan kerja yang kita buat..tapi, nak buat macam mana, we have no choice..kena terima setiap apa yang telah diamanahkan...moral of the story, kalau rasa taktahan kerja ni, angkat kaki, blah!! takde siapa pun nak halang...cuma company je rugi sikit sebab dah train kitorang ni jadi bos tapi last-last semua rasa macam nak cabut lari je..hahhahaha :D

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...