THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, June 20, 2012

komitmen dan dia.

Assalammualaikum...

     For the first time in my life, saya berjumpa dengan seorang lelaki yang benar-benar menghargai akan kewujudan saya..tak tahu kenapa, tapi saya rasa dia jujur sayangkan saya..tak pernah dalam hidup ni, saya jumpa lelaki yang betul-betul menjaga saya..di saat ini, hanya dia seorang sahaja yang mampu menggegarkan pintu hati ini..dia terlalu sayangkan saya sehingga sampai satu saat, saya rasa seperti terkongkong...saya tahu, dia ikhlas mahu  menjaga saya tapi kadang-kadang, saya tak perlukan perhatian yang berlebihan..bukan salah dia, salah saya kerana terlalu lama saya hidup bebas tanpa ikatan dengan sesiapa pun..tiada komitmen dan saya bebas untuk lakukan apa saja..lagipun, kami baru empat bulan kenal, susah untuk saya ramalkan kejujuran dia..

     dia memang baik, rajin dan penyayang..tapi saya tahu, hubungan ni pasti akan ada masalah di kemudian hari..itu yang selalu terdetik di hati ini..hari-hari saya doa supaya jauhkan dari semua ini, tapi makin hari, hati saya makin kuat mengatakan yang kami akan ada masalah kalau teruskan hubungan ini..saya takut saya tak kuat untuk hadapinya..

     benda yang selalu bermain di fikiran saya ialah status pendidikan kami yang memang jauh berbeza...saya risau kalau ayah saya takboleh terima dia..lagipun, sekarang ni dia telah menjadi pengganggur yang terhormat..kalau boleh, saya nak hubungan ni jadi serius, bukan hanya sekadar main-mainkan perasaan orang lain..dia sangat okey cuma mungkin rezekinya belum tiba lagi...ayah pernah cakap kat saya ;

" siapa kita untuk memperlekehkan rezeki orang lain? rezeki semua datang dariNYA..."

    saya mahu cari seorang suami yang mampu membimbing saya dan terbaik di mata mak ayah saya..sebab saya tahu, mereka hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak mereka..saya harap, 'dia' adalah terbaik untuk saya dan mak ayah..amin~

buat 'awak',....
......jujur buat masa ini, saya belum benar-benar pasti akan penghujung hubungan ini..kerana saya sukar untuk menyayangi awak sepertimana awak menyayangi saya..maafkan saya..berikan saya masa untuk segala-galanya...untuk masa depan ini kerana saya ada matlamat yang ingin dicapai...maafkan saya, awak...doakan agar awak adalah jodoh saya dan saya adalah jodoh awak.. :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...