THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, May 4, 2012

i hate you!

Assalammualaikum...

    betul la orang cakap, darah muda ni memang pelik..takpernah nak belajar bersyukur ke apa..dulu saya selalu tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa mesti tukar-tukar kerja??takleh ke stay pada satu kerja sampai tua?? leceh la nak kena tukar kerja ni..tapi, sekarang baru saya faham..

    kita akan rasa mahu berhenti kerja bila hati mula berasa bosan dengan kerja yang sedia ada..kepuasan kerja tu dah hilang..rasa macam nak cari kerja lain, bosan, bosan, bosan.. T.T

    and now, saya betul-betul benci dengan encik skandal..sangat benci kat dia sebab dia bakal berhenti kerja tidak lama lagi..entah la, dia dah bosan dengan kerja sekarang dan saya dah takboleh nak halang kemahuan dia yang ini..patut la seminggu ni, dia sangat-sangat baik dengan saya..setiap pagi, dia pesan suruh kejut dia..borak-borak dalam 5 minit gitu, then masing-masing siap-siap untuk pergi kerja..bila saya terlupa nak kejut dia, dia yang akan missed call saya pulak..aigooo~ bila saya buat apa-apa kat dia pun, dia takmarah..malah dia biarkan saya lepas geram dekat dia..saya pukul dia, saya tendang kaki dia, saya pijak kasut dia, dia senyap, taklawan..maybe time tu, dia tahu yang saya betul-betul stress dengan ragam customer..sori sangat-sangat..then, boleh pulak dia ajak saya lepak untuk makan aiskrim magnum..boleh gurau-gurau dalam stor, main kejar-kejar cam bebudak je...pergh, memang sempoi habis la skandal yang sorang ni..dia seorang yang memahami saya..thanks :)

     tapi, tadi memang rasa bersalah habis sebab takgitau kat dia pasal saya tukar waktu rehat dengan member..kesian tengok dia tunggu saya depan kedai..tapi, saya pun takboleh nak buat apa-apa..customer ramai, saya takleh tinggalkan kaunter camtu jek...last-last tengok dia minum air kosong je..kesiannya dia, rehat sorang-sorang hari ni..sori sangat..

     isu dia mahu berhenti keje, maybe hanya saya je yang tahu buat masa sekarang ni..no wonder la dia suh saya add dia dalam fb, main tukar-tukar phone no..sebab dia taknak kami terputus hubungan terus kot..ala, takbest la kalau dia berhenti..nanti siapa mahu tolong saya lagi?? tetiba teringat lagi pertanyaan dia tempoh hari " rumah awak memang dekat sini kan??awak dah takpindah tempat lain lagi kan?? "

    oh, saya memang sedang berusaha untuk bencikan dia..sebab saya memang mahu bencikan dia sekarang ni, boleh?? i'm STREEEESSSSSSSSS!!!  and  i HATE you!

   

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...