Assalammualaikum..
krisis di tempat kerja?? seriously, memang sakit kepala bila kena handle benda-benda camni..nak-nak kalau melibatkan perbalahan antara bos besar (AIC) dan bos outlet (BIC)..saya pun taktau kat mana silapnya tapi nampak gaya macam dua orang bos ni sama-sama EGO...sama-sama taknak mengalah, sama-sama keras kepala, tak boleh dibawa berbincang..yang jadi mangsa, staff..
bos outlet-nakal..ambil cuti takpernah nak inform bos besar..jenis buat kerja tak pernah nak inform bos besar..apa yang bos suruh buat, itulah yang dia bangkang..buat taktahu je dengan arahan tu..
bos besar- jenis keras kepala jugak..takboleh nak mengalah dengan permintaan staff..takpernah nak dengar masalah staff..apa yang dia tahu, staff kena IKUT dengan setiap arahan dia..kalau taknak ikut, dia ugut nak transfer, potong duit elaun , kena warning letter..bla..bla..bla..(lebih kepada penyalahgunaan kuasa sebagai AIC)..AIC sepatutnya kena protect staff, berada di pihak pekerja, bukan back up HQ..ni tak, apa yang kami buat, semua salah..HQ je betul..takleh nak bangkang apa-apa pun..apakah?
stress tahu tak dengan environment kerja sekarang ni?? kalau ikutkan hati, nak je berhenti tapi tu la, takdapat tawaran kerja yang sesuai sekarang ni..pihak company sepatutnya hargai setiap pekerja di outlet ni sebab pekerja kat sini sangat-sangat jujur, takpernah nak tipu/mencuri ke apa..tapi apa yang AIC tahu? nak marah je..benda kecik, tapi habis satu kedai kena marah..kesian kat pekerja, tetiba rasa DOWN..nak kerja sekarang ni pun, macam malas-malas/takut-takut..sebab apa yang kitorang buat, semua salah di mata AIC..
peraturan AIC simple je..taksuka dengan gerak kerja dia, hantar surat -----> resign..taknak transfer/ingkar arahan dia, dia akan bagi tekanan sampai staff RESIGN..adil ke macam tu??
saya rasa bos outlet (BIC) dah serabut dengan benda leceh camni..sebab semalam ye-ye je dia telefon saya.....
saya pula sekarang ni umpama menunggu giliran je untuk disingkirkan dari kedai tu..sebab apa? sebab saya jugak salah seorang staff yang suka membangkang/membantah dengan setiap arahan AIC tu..saya hanya berserah..hanya mampu berdoa yang terbaik untuk masa depan..andai kata, rezeki saya sampai setakat tu je, saya kena terima.. :)

