salam..
malam yang sunyi sepi ni..
cam best jer layan lagu-lagu slow..
wahh, aku macam FREE arr plak malam ni..
ye la, esok tak ada kelas!!..
hooyeay, boleh arr golek-golek cam POOH sekejap..
tapi part yang kurang best ialah..
esok kena duduk bertapa seharian di dalam lab..
(xpe, demi TESIS ku yang tersayang!!... )
*ayat penyejuk hati di situ*
ok, just wanna to share something..
ni link video yang my sis bagi..
really2 love this background music..
tiba-tiba teringat kenangan zaman berteater..
it's hard nak tinggalkan dunia TEATER camtu jer..
tapi apakan daya..
kehidupan ini umpama percaturan..
perit, pedih, suka, duka..
semua sudah aku lalui..
banyak perkara yang aku belajar semasa berteater ni..
mungkin ini jalan yang terbaik..
aku redha.. :)
p/s:
alamak, entry xde kena-mengena ngan tajuk arr pulak.. :P
Friday, July 30, 2010
..jika aku jatuh hati...
dikarut oleh : ms hanashi at 12:15 AM 0 comments
Thursday, July 29, 2010
..stress??..
salam..
anda stress??
tahukah anda..
antara punca utama kita stress adalah kerana rohani kita sakit..
oleh itu, marilah kita ubatinya semula dengan berzikir..
antara zikir-zikir harian yang dianjurkan:
Ahad : Ya Haiyum Ya Qhaiyum
Isnin : Lahaulawala ghuataillah billah hilaliyilazim
Selasa : Allahumma salli a'la saidina Muhammad
Rabu : Astagfirullah Al-azim
Khamis : Subhanallah wabihamdih subhanallah hila'zim
Jumaat : Ya Allah
~selamat beramal..
| senyum selalu (^_^) |
...sharing is caring, rite?...
dikarut oleh : ms hanashi at 8:49 PM 0 comments
Tuesday, July 27, 2010
jika ISTERI menangis dihadapanmu...
salam..
pagi-pagi Nisfu Syaaban ni..
ada sesuatu yang mahu dikongsikan bersama..
just copy and paste dari fb..
apa-apa pon..
selamat membaca!
...jika isteri menangis dihadapanmu..
Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan sakit yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Disebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa berHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahawa ISTERI mereka begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.
dikarut oleh : ms hanashi at 7:17 AM 0 comments
Monday, July 26, 2010
..tips untuk redakan KEMARAHAN..
salam..
siyes, rasa macam dah lama jer tak UPDATE blog..
ketiadaan masa?.. mungkin..
sebenarnya, ada jer idea nak tulis entri..
tapi tu la...
semenjak dua menjak ni..
internet memang sangat la lembab..
mengalahkan siput sedut gamaknya..
adeeeiii T_T...
stress tau!!
ok, we drop the 'mengarut' part tu..
fokus pada tajuk kat atas..
semua orang pernah rasa nak marah, rite?
but, then kamu tahu tak camne nak overcome kemarahan tu??
ok, kat sini aku nak bagi tips sikit cmne nak handle kemarahan tu..
ni yang biasa aku buat la..
apa-apa pon, semuanya depends jugak pada setiap individu..
1) diam itu lebih baik..
well, prinsip hidup aku senang jer..kalau aku marah, memang aku memilih untuk diam..sometimes, aku suka buat muka 'cam nak dapat pelempang free' jer..tapi, mostly, memang aku tak boleh nak control sangat perangai yang ni..bukan tak pernah nak overcome, tapi memang susah nak buang tabiat yang satu ni..lagipon, aku memang species yang pendiam..so, memang aku akan terus DIAM sampai aku jadi cool balik..
2) makan dalam kuantiti yang banyak..
kalau kamu semua kenal aku dalam dunia realiti, memang aku agak 'mengawal' corak pemakananku..bukan niat untuk berdiet tapi selera aku tak menentu..banyak sangat alergik, seafood tak boleh makan, susu tak boleh minum..last-last, aku give up dan memilih untuk makan certain lauk sahaja..almost everyday, aku akan makan lauk yang sama iaitu...tauhu telur..
3) dengar mp4..
aku suka dengar lagu in mode slow..hidup aku sentiasa ada lagu yang akan mengiringi hariku..biasalah, ex-technician bahagian audio..so, kalau aku tengah marah, aku mesti on mp4 aku kuat-kuat dan bayangkan yang aku sekarang berada dalam dunia aku sendiri..bukan cuba lari dari kenyataan, tapi aku tak suka tambahkan lagi kemarahan ni..banyak ouuh setan-setan yang berkeliaran time manusia tengah marah-marah ni..
4) tidur..
ok, aku suka tidur..act, sangat suka tidur..tapi aku ada jadual tidur yang teratur..tidur after pukul 12 tapi sebelum pukul 1..so, kalau aku tengah hot time tu..memang aku akan tidur awal..peluk bantal busuk kuat-kuat..bagi aku, tidur ni satu cara untuk redakan kemarahan..ye la, lepas bangun dari tidur, terus aku akan lupakan kisah sebelum itu..pendek kata, bangun dari tidur, semua memori yang pahit-pahit tu, aku akan lupa terus..hohooo... :P
5) menangis..
ni part yang paling aku malu nak buat..aku kan kuat, heartless..so, tak machoo arr kalau menangis ni..aku sangat jarang nak marah orang depan-depan..sebab sekali aku mengamuk, meleleh air mata aku ouhhh...(itu belum masuk part air hidung lagi.. :P ) adoooi, kantoii sudah di situ..aku benci menangis..
so, bagaimana pula dengan anda??
mahu share bersama??
silakan...
p/s:
hari ni seharian di lab..tapak tangan dicomoti dengan dakwat hitam..enjoy!!
pic : kredit to mr gooogle..
dikarut oleh : ms hanashi at 5:40 PM 0 comments


