Assalammualaikum...
semalam cuti dan seharian saya rehat dan tidur je kat rumah... sebab saya dah malas nak fikir pasal kes semalam tu...senyum je la walaupun air mata jatuh berguguran kerana kecewa dengan management company yang entah pape tu.. " cuai dalam menjalankan tugas? " so, saya dapat love letter dari company dan duit elaun saya dipotong..kemungkinan besar duit kaunter yang short tempoh hari pun, saya jugak yang kena bayar walaupun sebenarnya takhilang pun duit tu...duit yang ada tu, kena bank in jugak. what the &*$#%??..takpe la, rezeki saya bulan ni setakat tu je..saya dah cuba buat yang terbaik..kecewa sedikit dengan peraturan yang kadang-kadang tu seperti menindas hak pekerja..tapi, ya, saya kerja bawah orang, kena la ikut peraturan tu walaupun kadang-kadang tu rasa macam diperbodohkan je...
bak kata my sis, : " awak kerja bermati-matian demi company tu, tapi last-last apa yang dorang balas kat awak?? dengan bagi warning letter sebab satu kesalahan yang takseberapa tu..come on, my dear..be strong!! now i know, kenapa company macam tu susah nak maju, sebab dorang sendiri taktahu hargai pekerja yang setia dengan dorang..be cool, awak tak rugi apa-apa pun..
bak kata my dad, : " dari kes yang kecil ni, awak belajar banyak benda sebenarnya..nanti awak akan lebih berhati-hati dengan setiap satu kerja yang awak buat tu..takpe, mungkin ada la tu rezeki yang Allah swt nak bagi kat mana-mana..Allah swt kan ada, my dear..sia-sia je menangis, benda dah jadi, terima takdirNYA..."
semalam dapat call from my boss, dia betul-betul minta maaf sebab terpaksa keluarkan warning letter ni atas arahan HQ..saya memang dah boleh agak sebenarnya, lagipun, dia terpaksa keluarkan, so saya kena terima..and yesterday, i got a few sms from my staff asked me about my condition, what so ever la...takpe, saya memang ok je, ala setakat kecewa sikit-sikit tu, not a big deal la..mujur la semalam offday, so takpayah la berdepan dengan staff-staff yang lain..at least, hari ni, saya datang kerja dengan semangat yang baru..tutup buku kes yang semalam tu..enough!
so, hopefully, saya mampu bangun walaupun kadang-kadang tu perit sedikit..come on, saya mesti kuat!! malas dah nak toleh belakang lagi dan saya dah belajar benda baru, never ever trust anyone..just trust yourself!!

