THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, March 13, 2013

rant 10 # rezeki? ujian atau cabaran??

Assalammualaikum..

    tetiba rasa malas gila-gila nak update blog..takde topik? ye la kot..busy pun ya jugak..hehehe~ <---alasan je lebih.. kadang-kadang tu, kesian plak kat member yang sorang ni..punya la busy saya ni, sampaikan dia call saya pukul 11 malam, lepas saya balik kerja..rela plak dia tunggu..dah la nak suruh saya angkat call tu punya la payah, last-last dia akan bercakap sorang-sorang jugak sebab saya mesti akan tertido kepenatan..sorry, my dear!! nasib dia stay jauh dari sini, kalau tak, mesti dah lama saya kena dengan dia ni...hehehehe :D

   straight to the point terus la..dua hari lepas, dapat offer dari big bos untuk naik pangkat and transfer ke Kuala Terengganu (KT)..what?? saya konfius sekarang ni, itu rezeki atau ujian?? memang la offer tu nampak macam best, dapat kedai sendiri, kita yang kena jaga kedai tu, dah takde kena dengar cakap bos or whatsoever..pendek kata, semua keputusan untuk kedai tu, kita yang kena decide..berani buat risiko, berani tanggung risiko jugak..

    keputusan saya? 50-50..saya tak perfect..banyak lagi benda yang perlu saya belajar dari bos outlet sekarang ni..lagipun, kedai kat KT tu, kategori 'hot' jugak la..banyak sangat kes jenayah dari staff sana..saya takut, okay!! dah berapa orang bos yang kena buang kerja dari sana..dup..dap..dup..dap..seram!

    family saya takbagi sebab dorang risau..staff kat sini pun taknak saya pergi sebab saya orang 'kuat' kat outlet ni.,.dorang risaukan saya jugak..apakah? first bos saya suruh pergi sebab dia nak saya jadi kuat..jangan bergantung pada dia sangat..belajar banyak benda, kejar peluang selagi mampu..ini satu cabaran, satu peluang, katanya..saya? konfius!!

     wawaa...tetiba rasa macam nak lari je jauh-jauh...taknak kerja dah, serabut fikir masa depan..boleh tak??

Wednesday, February 27, 2013

rant 9 # krisis di tempat kerja?

Assalammualaikum..

    krisis di tempat kerja?? seriously, memang sakit kepala bila kena handle benda-benda camni..nak-nak kalau melibatkan perbalahan antara bos besar (AIC) dan bos outlet (BIC)..saya pun taktau kat mana silapnya tapi nampak gaya macam dua orang bos ni sama-sama EGO...sama-sama taknak mengalah, sama-sama keras kepala, tak boleh dibawa berbincang..yang jadi mangsa, staff..

    bos outlet-nakal..ambil cuti takpernah nak inform bos besar..jenis buat kerja tak pernah nak inform bos besar..apa yang bos suruh buat, itulah yang dia bangkang..buat taktahu je dengan arahan tu..

    bos besar- jenis keras kepala jugak..takboleh nak mengalah dengan permintaan staff..takpernah nak dengar masalah staff..apa yang dia tahu, staff kena IKUT dengan setiap arahan dia..kalau taknak ikut, dia ugut nak transfer, potong duit elaun , kena warning letter..bla..bla..bla..(lebih kepada penyalahgunaan kuasa sebagai AIC)..AIC sepatutnya kena protect staff, berada di pihak pekerja, bukan back up HQ..ni tak, apa yang kami buat, semua salah..HQ je betul..takleh nak bangkang apa-apa pun..apakah?

    stress tahu tak dengan environment kerja sekarang ni?? kalau ikutkan hati, nak je berhenti tapi tu la, takdapat tawaran kerja yang sesuai sekarang ni..pihak company sepatutnya hargai setiap pekerja di outlet ni sebab pekerja kat sini sangat-sangat jujur, takpernah nak tipu/mencuri ke apa..tapi apa yang AIC tahu? nak marah je..benda kecik, tapi habis satu kedai kena marah..kesian kat pekerja, tetiba rasa DOWN..nak kerja sekarang ni pun, macam malas-malas/takut-takut..sebab apa yang kitorang buat, semua salah di mata AIC..

     peraturan AIC simple je..taksuka dengan gerak kerja dia, hantar surat -----> resign..taknak transfer/ingkar arahan dia, dia akan bagi tekanan sampai staff RESIGN..adil ke macam tu??

   saya rasa bos outlet (BIC) dah serabut dengan benda leceh camni..sebab semalam ye-ye je dia telefon saya.....

BIC : awak, saya rasa nak RESIGN lepas ni..
saya : tapi kenapa? tak tahan sangat ke?
BIC : awak tahu tak, AIC awak tu dah kacau periuk nasi ramai orang..siapa boleh tahan lagi?
saya : entah la, kalau encik rasa itu yang terBAIK, saya takboleh nak halang..
BIC : awak, rezeki tu datang dari ALLAH swt..mungkin dah takde rezeki saya kat sini..
saya : *diam*

     yup, rezeki itu datangnya dari ALLAH swt, bukan AIC..dah la hujung bulan ni, MT saya pun akan resign..kes dia sangat kecik kot..dia taknak transfer ke tempat lain sebab dia kena jaga ayah yang sakit..tapi AIC saya bagi kata putus.." transfer @ resign"..so, dia pilih untuk resign..sedih bukan? dah la sebelum resign, AIC saya cari kes untuk gugurkan dia tu..MT dapat warning letter atas alasan " duduk dengan selesa semasa bertugas"..what the fish? entah SOP mana la AIC saya tu follow..nampak sangat berlaku penindasan kat situ...

    saya pula sekarang ni umpama menunggu giliran je untuk disingkirkan dari kedai tu..sebab apa? sebab saya jugak salah seorang staff yang suka membangkang/membantah dengan setiap arahan AIC tu..saya hanya berserah..hanya mampu berdoa yang terbaik untuk masa depan..andai kata, rezeki saya sampai setakat tu je, saya kena terima.. :)

Friday, February 15, 2013

rant 8 # bila budak matang berbicara..eh?

Assalammualaikum..

           umur dah masuk 24 tahun..tapi tu la, still takpandai lagi nak buat keputusan..nasihat mak simple je :

" dah umur 24 ni, kena fikir masa depan dah..jangan duk main-main macam budak takcukup umur plak..

you..you..you..i bukan apa, i benci tau bila kena independent ni..takut tersilap buat keputusan..but my MT said, " everyday is a learning process.." ceh!!

     nak buat keputusan pasal masa depan ni, seriously, payah jugak..padahal nak pilih antara kereta atau kerja je pun..seminggu amik masa..tanya mak ayah, which one is the best..last-last, i choose both..yup, kejar je yang mana dulu..tapi 2-3 hari lepas baru je reject satu offer interview dari company ni..menyesal tu ya la, tapi sebab dah pilih nak beli kereta dulu, so, terpaksa hold offer tu..pujuk hati sendiri, menangis taksudah..dah la kerja idaman kot..tapi memang bulan ni dah aim nak ambil kereta, so terpaksa korbankan salah satu..

    why i choose to buy a car?? sebab saya rasa TANPA transport, payah jugak nak bergerak..sekarang ni takpe la, at least ada kereta ayah..tapi kalau dah kerja jauh nanti, satu hal pulak nak cari rumah yang dekat dengan tempat kerja..memang complicated..lagi satu, bila dah ada kereta ni nanti, at least satu aset kerja dah bertambah..sebab banyak kali jugak saya pergi interview, mostly they asked us about transport...so, harap-harap ini pelaburan yang bijak..hopefully..tolong doa-doakan ya!

   part yang paling best, insya'allah, next month niat nak langsaikan semua hutang dengan ptptn..nak bayar full, taklarat dah nak tengok bunga-bunga hutang itu berkembang..budak tajaan JPA hutang dengan ptptn??pelik je kan?? memang pelik pun..dah puas buat surat cakap dah taknak guna khidmat ptptn, tapi dorang still masukkan duit ke dalam akaun..what should i do?? simpan je la duit tu sampai berkulat..hahaha :P tolong doa-doakan jugak :)

    so, buat masa ni, dua benda penting yang saya nak, dah hampir tercapai..kereta dan bayar hutang PTPTN..next target : kerja dan jodoh..Insya'Allah, semoga dipermudahkan urusan ini..benda baik jangan ditangguh, ye dak..

Wednesday, February 6, 2013

rant 7 # bila dah cukup umur...

Assalammualaikum..

     alhamdulillah, dah berumur 24 tahun..aku dah tua pun (ecece..sedar diri)..seriously, aku memang malas betul nak ingat besday-besday ni sebab aku macam payah sikit nak terima hakikat yang aku dah cukup umur untuk KAHWIN..oh, no..what?? what?? apa itu kahwin?? taknak faham, boleh tak?? *pang*

    tapi, tu la, disebabkan member a.k.a MT kat kedai tu agak rapat dengan aku, entah camne dia boleh ternampak ic aku dan tahu besday aku tu..so, apalagi, heboh la satu kedai pasal besday tu..geram betul, silap jugak sebab terlalu percayakan dia tapi aku ingatkan budak laki ni boleh simpan rahsia ke apa..sebab most of the time, aku memang banyak share cite aku kat dia..pernah la jugak menangis depan dia sekali hari tu..(malu gila..)..dia punya gelabah tengok aku menangis sampai dia pulak migrain..hahhaha :D

   time besday aku tu, orang yang pertama wish besday aku harus la si dia..lepas tu, encik bos datang duduk sebelah aku dan cakap "hepy besday" kuat-kuat..buat malu je..lepas tu, dia duk ejek-ejek aku cakap aku dah tua..dah sama tua dengan dia..padahal aku dengan dia beza 10 tahun kot,..entah apa-apa la..kadang-kadang tu, aku plak konfius, aku atau dia yang perangai budak-budak ni??

   kebetulan aritu aku ada masa, so sempatla buat kek coklat sebelum datang kerja..orang pertama yang kutuk kek aku tu haruslah MT (ni batang kayu ke kek..?? <--------- punya la celupar mulut MT tu) tapiiiii, dia jugak jadi orang yang paling banyak makan kek tu..entah apa-apa entah..hari-hari mahu buat aku sakit hati jek, suka sangat buat aku marah-marah...lama-lama budak tu kena telan dengan aku hidup-hidup je nampak gaya nya..

   so far, bila dah cukup umur ni, fikiran pun makin matang kot..??haha~ harap-harap lepas ni dimurahkan rezeki, dipermudahkan jodoh,,amin~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...