assalammualaikum...
taktau kenapa tapi sekarang ni, saya macam konfius gila..banyak perkara yang berlaku dan saya rasa macam nak give up je dari semua ni..huhuu T.T
semalam, encik skandal kena teruk dengan pekerja senior sebab duk kacau saya..dia memang takkan lepaskan saya selagi dia taktahu masalah saya..dari semalam duk tanya pasal interview kat KL tu..harap sangat yang saya TAKKAN dapat job tu..sebab saya suka dengan kerja sekarang ni..huhuu =.=!
dan, semalam saya rasa encik skandal tersentap dengan perangai saya..mesti dia berkecil hati dengan kata-kata dari pekerja senior tu..
lepas tu, encik skandal terus hilangkan diri..maybe dia berkecil hati dan saya rasa bersalah sangat..mungkin betul dengan apa yang pekerja senior tu cakap..kami berdua berbeza..jauh sangat..dan...mungkin, saya dan dia hanya layak kekal sebagai KAWAN sekerja sahaja..itu realiti..pahit untuk ditelan buat masa sekarang..
