THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, March 19, 2012

sakit dan cuti...

Assalammualaikum.......

     walaa~ esok cuti tapi hari ni dah mula selsema dan demam..huhuu Y.Y...baru ingat nak dating dengan encik skandal esok tapi sekarang ni, dah kena duduk rumah diam-diam..grrrrrr~ ni mesti sebab berjangkit dengan staff cashier yang lain..lepas sorang, sorang pulak tumbang..terlalu ramai yang MC hari ni sampai tinggal kami berempat je untuk bekerja hari ni..dah tak larat dah nak tolong cover kerja orang lain..sori~

      pagi tadi, okey lagi tapi lepas kotak terjatuh atas kepala petang tadi, terus demam..ini semua salah encik skandal..grrrr~

     saya : awak, kenapa suka letak kotak depan loker saya?? kan saya dah takboleh nak buka loker ni..
dia : ala, saya tumpang letak sekejap je..
saya : camne saya nak buka loker??
dia : iya, nanti saya alihkan untuk awak..
saya : cepat alihkan.. :P
dia : mari la kita angkat kotak ni sama-sama..
saya : berat la awak..
dia : itu pun manja..mengada..awak angkat la yang kecik-kecik tu..
saya : ** sambil angkat kotak dan terus membebel kat dia**

tiba-tiba,...

saya : aduh, sakit..
dia : kenapa pulak ni?
saya : kotak jatuh atas kepala saya..
dia : alahai, sakit ke??
saya : sakit la.. :(
dia : tu la, lawan sangat cakap saya tadi...kan dah dapat balasan..padan muka!!!
saya : ni semua salah awak sebab letak kotak dekat loker saya..
dia : saya pulak yang kena..eeeeee!!!


   dan, akibatnya......

      dia : awak dah nk rehat ke?
saya : iya..
dia : taknak rehat dengan saya??
saya : takmau sebab awak kejam..rehat la sorang-sorang..lalala~


   dan, sekarang saya sudah demam..huhuu Y.Y

cerita hari ini..

assalammualaikum..

       busy dengan kerja adalah normal..tapi bila terlalu busy dan menyebabkan hidup diri sendiri kucar-kacir itu ada abnormal.. hari ni, pagi-pagi lagi dah kelam kabut..mana taknya, purse saya tertinggal dekat surau kat tempat kerja sejak semalam lagi dan..dan..dan..pagi ni baru saya sedar..so, apalagi bangun pagi, terus ambil je kunci kereta dan drive pergi tempat kerja...time bawa kereta tu, baru perasan yang lesen kereta pun dalam purse tu..alahai, memang redah je tadi dan nasib baik takde polis buat roadblock ke apa..fuuuuhh~

       setel satu problem..then, masuk kerja hari ni kelam kabut jugak..sebab terlalu ramai staff cashier yang MC sebab demam dan sakit perut..last-last tinggal saya sorang je kat kaunter..memang bersilat habis la..nasib encik supervisor ada untuk back up..kalau tak, memang saya pengsan depan tu terus..huhuu Y.Y

      then, bila nak rehat, still sorang je perempuan..shift petang ni semua lelaki..so, takde pilihan dan saya terpaksa ajak encik skandal untuk temankan saya..sori~ nasib baik jadual kami untuk minggu ni sama sebijik sejibun..so, memang minggu ni asyik berkepit je dengan dia..sikit-sikit-dia..hehehehe :D

     saya : awak, teman saya rehat..
dia : kenapa plak ni?
saya : takut la..nanti ada orang kidnap saya pulak..
dia : ada ke orang nak kidnap awak??
saya : ceh!!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

      siyes, sampai sekarang masih lagi rasa segan sebab suruh dia temankan saya rehat tadi..tetiba jadi segan..apakah??? *pitam*


      encik supervisor cakap saya suka mengarah..kalah bos, apakah?? benda tu spontan dan saya takboleh nak kawal..bila saya tanya encik skandal, :


      saya : awak, saya suka mengarah orang eh??
dia : ha'ah..
saya : teruk sangat ke??
dia : tak la..biasa-biasa je..
saya : pendapat awak, camne?
dia : awak patut jadi bos..sebab awak pandai arahkan orang untuk buat kerja..
saya : awak tak marah saya sebab suka bagi arahan kat awak?
dia : tak la..lagi saya suka sebab at least saya tahu kerja yang nak kena buat.
saya : sori kalau awak tak suka..
dia : takde apa-apa la..

Saturday, March 17, 2012

resign??

assalammualaikum............

      mood hari ni memang takberapa nak best mana la kot...taktahu kenapa tapi hari ni memang BENGANG gila dengan budak-budak stor..bila saya takmasuk stor, dorang bising cakap saya dah sombong tapi bila masuk stor, dorang buat taktahu pulak..buat macam saya ni takwujud, buat macam saya ni jenis perempuan tak ada perasaan..betul la cakap orang, nak kawan dengan budak-budak spesies macam ni, kena letak sempadan..kalau tidak, memang dorang pijak kepala kita hidup-hidup..geram!!!!!!!!!!

      saya still perempuan yang lemah..sanggup dorang biarkan saya angkat kotak yang berat tu sorang-sorang..dorang just tengok, bukan nak tolong...kalau budak perempuan baru tu mintak tolong, laju je sorang-sorang tu membantu..siap tolong hantarkan dekat rak lagi..sakit hati kan tengok?? memang dah lama sabar, tapi perangai sorang-sorang ni makin menjadi..no wonder la pekerja-pekerja senior bengang dengan budak stor...memilih nak tolong orang..ok, FINE!!!!

      so, sepanjang hari ni, saya LANGSUNG takbercakap dengan dorang..even dorang tanya apa-apa pun, saya buat pekak je..encik supervisor pun perasan tadi tapi saya memang malas nak bercakap..kalau cakap, lagi sakit hati, so baik diam je...saya rasa sangat-sangat geram..mulut je manis sorang-sorang ni, tapi langsung tak boleh harap..saya dah puas bebel..tapi nampak gaya memang takkan berubah dah perangai dorang ni..so, lepas ni memang saya takmau jadi retail assistant dah..jadi budak cashier lagi best, boleh tengok ragam customer yang pelbagai...boleh release tension..

    kepada budak-budak stor tu, jangan duk jaja cerita dalam kedai cakap saya dah sombong..sebab korang yang takpandai nak hargai kedatangan saya..so, lepas ni saya memang taknak masuk campur urusan korang langsung...rak kosong, tanggung sendiri, susun sendiri..korang kan ada pekerja perempuan yang rajin tu..yang mulut manis tu..yang sudi layan perasaan korang tu..yang pandai pujuk korang tu.........so, suruh la dia buat..takkan nak bagi dia makan gaji BUTA kot?????? siyes, tetiba rasa macam nak berhenti..... :(

Tuesday, March 13, 2012

sahabat dan cinta.

assalammualaikum...

       orang kata, "seorang sahabat boleh menjadi seorang suami yang baik tapi seorang suami belum tentu mampu menjadi seorang sahabat yang baik"

       saya berharap agar saya dapat dua-dua tu, seorang suami dan sahabat yang baik..tapi, jodoh ini rahsia Allah SWT..saya hanya mampu berdoa..amin~

      cerita saya dan dia pula..haila, minggu ni kami memang kerap bergaduh..bergaduh yang sampai tahap masing-masing buat kerja sendiri, buat-buat tak kenal antara satu sama lain...taktau kat mana silap..salah saya ke?? saya bebel atas sebab tanggungjawab, sebab dia takbuat kerja dia..tu je..

saya : *membebel*
dia : awak ni panas jugak la..
saya : awak baru tahu ke?
dia : iya, baru tau.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya : awak, cepat la..saya nak ambil barang ni..
dia : awak tak kesian ke tengok saya penat ni??
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dia : awak, nak pen.
saya : ambil la..
dia : okay..

selepas 2 jam kemudian....

saya : awak, mana pen saya?
dia : la, saya ingat awak bagi kat saya tadi..
saya : pen tu mahal la..saya bagi pinjam je..
dia : ala, bagi la pen ni kat saya..
saya : takmau...
 
...........dan kami akan terus bergaduh di depan kaunter bayaran sehingga la pekerja senior yang leraikan..gila!! bila pekerja senior bergurau pasal kami..dua-dua boleh jawab serentak..

  senior : korang berdua ni selalu bergaduh pulak..doakan supaya korang cepat kahwin, baru tahu.
kami : taknak la..jangan doakan...
senior : ye la tu..
dia : dia budak pandai, saya tak layak dengan dia..
saya : dia budak mulut jahat..suka buli saya..saya taknak dia..

  ..........dan kami akan terus bergaduh sampai la salah seorang mengalah masuk dalam stor..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...