THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, March 6, 2011

apakah penghujung semua ni?

salam..
          bangun pagi-pagi dah kena menghadap tesis..semalam tido lambat pun sebab buat tesis..oh, tesis, memang benar-benar menghantui hidup aku sekarang ni..bila la nak habis semua ni?

          semuanya pasal tesis sampai study dipandang sipi-sipi je..nota biotek haiwan dah disusun kemas-kemas supaya senang nak baca tapi memang takde mood nak start study..kepala masih lagi risaukan tesis ni padahal rabu ni ada exam biotek kot..parah dah aku ni...
 
         tapi, alhamdulillah, ALLAH swt permudahkan kerja aku..sebab sepanjang aku buat tesis 2-3 hari ni, memang aku banyak bersabar..tersalah masukkan data sampai effect semua result aku..itupun aku dapat tahu lepas aku dah settlekan hampir semua test dalam software..siyes, aku dah rasa macam nak give up tapi aku KUATkan juga tangan suruh buat balik...dugaan..dugaan..final year.. :(

          itu belum masuk pedigree lagi..mak aii, buat salasilah keturunan orang asli ni mencabar sikit sebab banyak sangat kahwin dekat-dekat sampai susah untuk aku tentukan generasi yang mana satu..nak kena tahu nenek moyang kaum dorang lagi..penat weh sebab dah cuba buat banyak kali tapi masih taknampak lagi pedigree yang aku nak dan aku setkan dalam kepala yang pedigree ni macam main puzzle je..susun-susun cari pasangan dan siap la..

         bilik aku pun dah macam kena masuk perompak je..berterabur semua jenis kertas-kertas tesis..kalau kat meja dah penuh, atas katil pula..kalau semua dah penuh, lantai pun boleh..itu belum masuk kertas tesis roomate aku lagi..hari ni, masing-masing banyak diamkan diri..sibuk buat tesis gamaknya..

         takpe-takpe, kalau stress sangat, malam ni aku keluar je..lepak depan blok sambil tengok konsert nubhan..itupun, kalau mood aku okey untuk turun bawah..kalau tak, kira aku duduk bertapa dalam bilik sambil bertesis lagi..maybe? heh!

    

Saturday, March 5, 2011

aku dah penat dengan semua ni..maaf!

salam..
      kat luar bangunan, hujan = air mencurah-curah..kat dalam bangunan pula, air takde..aku dah penat membebel dalam blog ni..aku rasa aku dah penat bersabar dengan kerenah pihak kolej..ni apahal sampai dalam seminggu hanya 3 HARI je ada air..apa, dengar cite student TAK payah mandi weekend, ye dak? biar kami jadi perempat jalanan..pergi menumpang kat kolej lain semata-mata untuk mandi..apa ni? penat tau tak bila kau dah ada masalah lain, tiba-tiba ditambah pula dengan masalah macam ni..

     ok, fine..aku agak emo saat menulis entri ni..tapi, siapa boleh tahan kalau masalah air ni selalu berulang? ahad takde air, isnin ada, selasa takde balik..rabu, khamis ada air pastu jumaat, sabtu dah takde..woohoo, aku dah mula berprasangka buruk ni..come on la, kalau masalah air, takkan lah sampai ada waktu tertentu je ada air..siap boleh set waktu bagai..tak ke pelik kat situ?

      whatever la..aku kalau boleh malas nak fikir..buat tambah masalah aku yang memang dah berlambak-lambak ni tapi bila dalam keadaan terdesak iaitu satu keadaan di mana kau kena buat pilihan untuk guna air pada masa bila, itu yang aku lemah..kalau emergency, then aku guna semua air ni,.lepas tu, emergency lagi, oh, kan dah teruk tu..

Thursday, March 3, 2011

jangan pernah menyesal..

salam..
     malam esok exam tapi mood study entah ke mana..puas dah aku cari tapi tak jumpa-jumpa..kenapa ni? jauhnya mood ni menghilang kali ni..please, esok aku exam kot..baca nota macam sekali imbas je..tak lekat apa-apa pun dalam kepala ni..haila~

     entahlah, malam ni macam takleh nak fokus..banyak sangat benda yang aku duk terfikir ni..pasal tesis, pasal masa, pasal duit untuk praktikal lagi..arggh, serabut kepala..aku kena plan semua ni betul-betul supaya teratur..sekarang ni, kalau boleh aku nak fokus dengan tesis tapi hampir setiap minggu exam akan mencelah..itu belum masuk urusan pasal konvo lagi,.nak kena upload gambar, urusan pasal skrol degree lagi..haila~

    bila banyak masalah camni..mulalah aku menyesal..menyesal dengan masa sebab aku takpernah nak hargai masa aku dulu..suka sangat tangguh kerja, tak study awal-awal..lepas tu, takpernah nak belajar simpan duit untuk masa depan..suka sangat bazirkan duit biasiswa dulu..kamera aku tu, bukannya aku pakai sangat pun..rasa macam nak jual tapi sayang la pulak..T_T

    tapi, bila aku takde mood macam sekarang ni, aku tatap tulisan-tulisan yang aku tampal kat bilik..aku buat reminder supaya aku taklupa perkara-perkara penting..aku buat jadual supaya aku takkan ada peluang untuk tangguh kerja lagi..bila aku rasa macam dah kritikal sangat, aku kacau kawan aku yang sorang tu kat skype..kesian kat dia kena layan kerenah aku ni..nasib la kan? apa-apa pun, terima kasih la aku ucapkan sebab sudi menjadi pendengar setia masalah aku dan terima kasih untuk ayat-ayat skype tu..thanks ya kamu!

ayat yang PALING aku suka baca bila takde mood..

aku tatap ayat ni almost everyday dan praktikkannya..

Wednesday, March 2, 2011

bila rindu..

salam..
     alhamdulillah, internet malam ni macam okey plak..kalau tak, jangan haraplah aku boleh online..sedih bukan? aku pun taktahu apa yang dah jadi dengan laptop ni..selalu je shut down sendiri..dah la tu, kadang-kadang skrin jadi warna biru..pelik aku padahal baru je format..hurm..?

     ok, masuk topik..bila rindu pada seseorang, apa yang kamu akan buat? call @ sms dia? heh, kamu memang berani..tipulah kalau aku kata takpernah rindu kat seseorang..kadang-kadang tu memang ada dan yes, aku memang pemalu + malas untuk memulakan sesuatu benda macam 'buat-buat' bertanya khabar or what..

     apa yang aku mampu buat, doa je..doa supaya aku cepat-cepat lupakan pasal dia..sebab apa? sebab aku rasa aku dah mula membenci dia..taktahu kenapa tapi itu yang aku rasa buat masa sekarang..mungkin perasaan suka tu dah bertukar kepada benci, mungkin? ah, kalau duk main fikir benda-benda camni, memang akan sakit kepala..so, malas dah nak amik tahu..peduli la dia dengan hal dia tu..ada aku kesah? mestilah TAK!

suka -------------> benci

     aku rasa aku dah malas nak mencari..kadang-kadang benda yang kita cari tu, belum tentu yang TERBAIK buat kita..apa yang mampu aku buat, doa..yes, itu je yang aku mampu..bukan aku dah putus asa untuk mencari atau apa tapi aku dah malas..malas melayan sikap manusia yang memang jenis camni..aku percaya yang jodoh tu akan datang jua..cuma lambat atau cepat je..

     "seandainya telah Kau catatkan, 
      dia milikku, tercipta untukku..
      satukanlah hatinya dengan hatiku..
      titipkan kebahagiaan..."

     kalau bercinta sebelum kahwin pun, belum tentu pasangan kita tu adalah jodoh kita..apa yang mampu kita buat, doa semoga jodoh itu berkekalan dan kalau tak bercinta sebelum kahwin pun, tak semestinya kita akan kahwin lambat..heh! itu semua jodoh yang ALLAH swt dah tetapkan..apa yang mampu kita buat, doa..so, apa-apa hal, jangan lupa untuk berdoa..kerana Dia itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segalanya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...