THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 4, 2011

...semak-samun dengan sistem FB...

salam...
        malam ni kepala dah semak-samun.selekeh.serabai dengan sistem fb yang bengong tak betul tu..sebenar-benarnya, baru je block beberapa sorang member ni..lepas beberapa ketika, rasa macam kejam plak..so, aku pon remove la balik block list tu..then, tetiba member ni dah tak jadi kawan aku dah..haila, camne ni?? siyes, aku ingat macam sistem fb dulu which is bila dah remove block list, dia still akan jadi kawan kita..nak tak nak, kena add dia balik...[kan dah menyesal aku sekarang ni]..

[surat ni special untuk member aku tu walaupun aku tau yang dia TAKKAN baca blog ni..]

dear member aku yang ter'delete' secara tak sengaja tu..
       sori la bro..gua tak sengaja la ter'remove' lu dari fb gua..gua nak add lu balik, tapi gua pon ada 'ego' jugak..apa barang perempuan add laki?? so, gua buat konklusi yang mungkin kita dah tak ada rezeki untuk berkawan..mintak maaf sangat bro..wa tak ter'sengaja' la termarah.ter'emo' lebih-lebih kat lu tempoh hari dan tangan gua ni laju jer block lu..mintak ampun ey?? kalau lu tak puas hati dengan gua, pm je fb gua..nanti gua belanja lu makan pizza yang seringgit setengah tu..[gua ni kedekut, so itu je yang termampu buat masa sekarang..]..nanti kalau encik jpa dah masukkan duit, gua promise belanja lu makan sate kajang, apa macam??

[wa suka makan sate perut, lu camne bro??]
          ok la, makin banyak je aku merapu ni..terlebih makan garfu ikan kerapu ke tengah hari tadi?? kepala aku pon dah pusing-pusing macam mesin basuh time mode spin tu..haila~ oh ya, baru aku tau macam mane perasaannya dikacau ketika idea menulis blog berkobar-kobar..siyes, agak meng'spoil'kan mood berblog jap tapi dapat dicover sebaik mungkin..ini semua gara-gara fb..('.'!)

pesanan penaja:
- aku rasa aku ter'remove' beberapa orang lagi semasa proses 'pembersihan' fb hari tu..memang tidak disengajakan dan aku ni bukan species yang suka add orang..sori ye!!

Monday, January 3, 2011

..aku = 'selfish'..

salam..
       selfish..?? [selfish = jual ikan??]..dalam hidup ni, kadang-kadang kita kena selfish juga kan?? kena fikirkan kepentingan diri lebih dari orang lain..ya, aku memang selfish tapi kebanyakan selfish aku ni tidak kena tempat..aku macam 'lost' gila..tak pandai nak pertahankan hak sendiri..terlalu banyak mengalah untuk orang lain..kenapa dengan aku ni?? aku macam tak tau nak bezakan yang mana baik dan yang mana buruk..aku jadi macam 'bodoh' je..ikut apa yang orang nak buat kat aku tanpa aku bersuara membela hak sendiri..argghhhh!! [mood: marah diri sendiri]

       punyalah stupid aku ni sampai kena ada orang yang tegur aku untuk beritahu yang benda aku buat ni salah..aku perlu pertahankan hak aku, hak atas segala usaha dan penat lelah yang aku dah buat untuk dapatkan benda tu..tapi, aku still stupid pergi hebohkan kat orang lain pasal perkara tu dan akibatnya, aku juga yang macam orang bodoh dan teraniaya, dikawal dan diekori sepanjang masa..oh, kan dah sesal sekarang ni..haila~

       entah, mungkin betul cakap kawan aku ni..kadang-kadang kita kena pentingkan diri sendiri sebab ini libatkan masa depan..kalau asyik-asyik nak simpati kat orang lain je, sampai bila-bila pun aku akan terus di bawah..sebab tu, sekarang ni aku pilih untuk DIAM..maaf, kadang-kadang aku kena belajar fikirkan untuk diri sendiri juga..

[board kat bilik masih lagi kosong]

Sunday, January 2, 2011

..hakikat sebuah cinta..

salam..

[pic: atuk google]
          baru selesai membaca buku 'kompas cinta'..alamak, sudah mula jatuh cinta dengan buku ini..sukakan kata-kata dalam buku ni..siyes, tetibe rasa diri ni tersenyum sendirian..buku yang baik untuk mereka yang masih lagi tercari-cari definisi dan arah cinta yang sebenar..antara kata-kata yang menarik mata untuk terus membacanya ialah :

      " tidak perlu terburu-buru mencari cinta, sebaliknya bersegera mempersiapkan diri terlebih dahulu. Jika mahu membina masjid yang baik, maka tapaknya harus bagus. Apabila tapak asasnya telah kukuh, akan tiba  masanya untuk anda dirikan masjid yang indah di atasnya. Mudah-mudahan masjid itu akan berdiri sampai ke akhirat dan membawa pasangannya memasuki syurga Allah swt.. "

        bagi mereka yang baru putus cinta, bacalah bab 19 dalam buku ni..siyes, anda akan rasa sangat beruntung atas segala apa yang telah terjadi.. :)

kata hati ini :
        " semoga ALLAH swt hadirkan perasaan cinta itu tatkala hati ini benar-benar bersedia untuk menerima perasaan itu..moga dipermudahkan segala urusan..amin"

..indah tapi tidak solehah..

salam...
          hari ini adalah hari yang tenang dengan cuaca yang tidak begitu panas..melihat hijaunya dedaun membuat diri ini mengucapkan syukur alhamdulillah atas segala nikmatNYA..baru selesai membaca buku ' Engkau memang cantik' dan ada satu topik yang menarik perhatian..

INDAH TAPI TIDAK SOLEHAH
( topik ini lebih menjurus kepada 'tiga' golongan pemakai tudung..)
           pertama, muslimah yang memakai tudung secara konsisten. Mereka memakai tudung yang sesuai dengan tuntutan Al-Quran dan menutup semua anggota badannya sebagaimana tetah ditetapkan oleh agamanya.

           kedua, para muslimah yang hanya memakai tudungnya pada ketika mereka keluar rumah saja namun saat dirumah, tudungnya dibuka..sehingga jiran tetangga pun boleh melihat mereka tidak bertudung ketika berada di rumah. sebahagian besar melakukannya kerana 'ketidakmahuan' dan 'ketidaktahuan'..

1) ketidaktahuan = mereka memahami syariat bertudung hanya ketika berada di luar sahaja, di suatu tempat yang bukan kawasannya..
2) ketidakmahuan = mereka tidak mahu dan tidak di rela dianggap terlalu 'alim', dianggap terlalu keagamaan..mereka ingin tetap menunaikan tuntutan Islam lantas mereka pun bertudung. Tetapi pada sisi lain, mereka tidak mahu masyarakat sekitar menilai bahawa mereka telah berubah dan terlalu alim..

            ketiga, muslimah yang memakai tudung hanya pada saat yang mereka inginkan saja. Itu pun mereka memakai hanya mengikut citarasa sendiri dan jauh dari sempurna. Mereka tidak menutup aurat sesuai dengan tuntutan al-Quran dan memakai pakaian yang ketat..apakah pandangan kita tentang golongan [ini]??

jadi, dimanakah kedudukan kita sebenarnya?? tepuk dada tanya iman..

sukakan kata-kata dalam buku ni..


sumber : buku 'Engkau Memang Cantik' karya Burhan Sodiq, ms 14-15..
    

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...