THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, October 10, 2010

..jangan marah kalau saya MAKI mereka!!

salam..

maaf, ini entri kasar..
kalau sesiapa yang tak suka, sila BLAH!!!!

saya BENCIKAN pihak pengurusan kolej yang sangatlah BENGAP!!..
tak BERKATlah hidup kamu semua kalau ambil duit student tapi..........
tidak menyediakan kemudahan asas untuk kami..
and seriously, saya TAK halalkan duit yang dibayar..
dah la harga kolej yang paling mahal dalam UKM..
tapi, apa pon tak ada..

kalau pihak kolej xmampu nk sediakan kemudahan ni..
baik tak payah buat kolej..
tambah dosa je makan duit yang HARAM..

dah la selalu tak ada air..
sampai kami jadi perempat jalanan..
4 hari tanpa air..
weh, sapa boleh tahan??????

pastu, sekarang ni isu kafe plak..
kalau nak bukak kafe..
buatlah cara nak bukak kafe..
ni tak, dah la tak boleh nak order makan..
kena terima makanan yang ada..
makanan yang dimasak dari pagi..
oooohhhhh, BENGONG!!!
pastu, kol 8 malam dah tutup...

ya, kami akan mati kebulur secara diam..
patutlah awal sem ni ada student TERJUN bangunan..
then, pihak kolej diamkan isu ni..
itu belum masuk lagi kes BUNUH DIRI 2 sem lepas..

see, pihak kolej pandai sorok cite..
patutlah ramai yang tak nak duk kolej ni..
tapi, kami terpaksa kerana telah ditetapkan dari tahun pertama lg..
tiada pilihan..
dulu boleh lah bersabar..
tapi, kesabaran ada hadnya...

dan sekarang, saya dah meletup..
maaf.. :(

Saturday, October 9, 2010

..tolong saya!!

salam..

sedang kemaruk lagu ni..



sape tau nak download mp3 lagu ni kat mana??
dah try kt 4shared, mp3raid n musicdumper..
tapi xjumpa..
huhuu T_T

please...

..aku dan itu..

salam..



bersama Dr yg sangat sporting..
fokus..
kependekkan ku semakin terserlah :(
baru balik dari majlis perasmian ' the MALAYSIAN node of the Human Variome project"..
satu kajian mengenai variasi dalam kalangan rakyat malaysia yang berbilang bangsa ni..
overall, event ni bagus..
sebab saya berpeluang untuk bertemu dengan para penyelidik dalam bidang genetik..
projek yang melibatkan 52 penyelidik dan disertai oleh 11 universiti di malaysia..
satu usaha yang bagus ke arah menyingkap sejarah asal-usul rakyat malaysia dari sudut 'molecular biology'..

dan saya sukakan kata-kata Dr genetik saya :
..'student genetic adalah pelengkap student medic...'
yup, itulah tugas bidang ini..
membuat kajian tentang penyakit genetik..
dan, ianya memberi gambaran kepada saya tentang kerjaya sebenar course ini..

tapi, peluang pekerjaan untuk course ni sangat terhad di malaysia..
oooh, fakta ini sangat menyeramkan saya..
bagaimanakah nasib saya nanti?

and to my sis..
k.itah sangat bertuah sebab dapat kerja di Malaysia Genome Institute (MGI)..
itu tempat kerja impian saya, ok??
kalau tak dapat kerja under MGI..
kerja under Human Genome USM @ Institute Medical Research (IMR) pon dah kira ok..
he~
oh, tadi ada 'peristiwa' yang lucu telah berlaku..
masih lagi tersenyum tatkala teringatkannya..
*gelak jahat*

Thursday, October 7, 2010

..aku dan cita-cita itu..

salam..

entri di pagi hari untuk merehatkan otak..
ALLAH swt itu Maha Bijaksana..
hanya DIA yang mampu menjawab setiap persoalan mengenai penciptaan manusia..

cuba perhatikan corak cap jari di tangan anda..

tahukah anda bahawa setiap individu mempunyai corak cap jari yang berlainan walaupon kembar seiras??
tahukah anda bahawa corak cap jari di tangan kanan dan kiri adalah berbeza??
tahukah anda bahawa manusia ini UNIK dan ISTIMEWA??
dan tahukah anda bahawa melalui corak cap jari ianya dapat dikaitkan dengan sesuatu penyakit??


dan sekarang, menjadi tanggungjawab saya untuk mengkaji perkaitan antara corak cap jari (dermatoglifik) dan penyakit yang disebabkan oleh faktor genetik..
dan memang benar, corak cap jari adalah disebabkan oleh faktor keturunan..
namun, nilai kebolehwarisannya perlu dikira..

jujurnya, dulu saya tidak pernah terfikir hanya melalui corak jari..
boleh dikaitkan dengan pelbagai kajian yang lain..
teringat ketika membuat kajian tentang ini dan ini...
masih teringat lagi sindiran sinis yang orang asli lontarkan kepada saya..
"..nak tilik nasib ke??.."


hanya mampu membalas dengan senyuman..
kerana saya tahu apa yang mereka tidak tahu..
dan menjadi penyelidik ini benar-benar memerlukan kesabaran yang tinggi..
dan ingatlah, jangan sesekali berputus asa..

kini, saya masih mampu lagi berdiri..
walaupun sesekali langkah ini pernah longlai untuk maju ke hadapan..
walaupun hati ini pernah merintih terseksa..
walaupun semangat ini pernah luntur..
tetapi, saya masih di sini..
meneruskan cita-cita ini...
kerana doa ibu dan ayah..
terima kasih atas segala-galanya..

chaiyok!!
berusahalah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...