salam...
saya sudah mula DEMAM..
demam bola..
padahal tak minat pon bola..
aduii, sahaja jer kan?
tapi saya suka layan lagu FIFA tahun ni..
memang best arr!!!
apa-apa pon..
layan jer la..
anda pula bagaimana?
it's up to you..
nota ibujarikaki:
thanz to my friend sebab dah mengembalikan semangat ku ini.. :)
inilah fungsi seorang kawan..
Tuesday, June 15, 2010
..mari bercakap tentang FIFA w0rld cup 2010..
dikarut oleh : ms hanashi at 10:51 PM 4 comments
..mari bercakap tentang HATI dan PERASAAN...
salam..
kadangkala, kita akan berasa SEDIH..
kadangkala, kita akan berasa KECEWA..
mungkin, inilah yang dinamakan KEHIDUPAN..
sekejap anda diatas..
dan sekejap lagi anda dibawah..
apa perasaan kamu apabila..
perkara yang kamu HARAPkan..
tidak menjadi kenyataan..
apa perasaan kamu..
bila hati kamu dilukai?
apa perasaan kamu..
jika kamu diabaikan?
sedih, kecewa, bukan?
kadangkala..
saya tak cukup KUAT untuk hadapinya..
kadangkala..
saya menangis seorang diri..
kadangkala..
saya memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hati ini..
kadangkala..
saya takut untuk berhadapan dengan dunia yang makin mencabar ini..
saya sukakan quote ni :
" namun, sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.."
ya Allah..
kuatkan aku..
kuatkan iman ku..
kuatkan aku untuk menunaikan segala tanggungjawabku...
amin~
dikarut oleh : ms hanashi at 6:18 AM 4 comments
Monday, June 14, 2010
..jangan selalu main tarik tali..BAHAYA!!!..
salam..
kamu semua pernah tak main tarik tali?
best kan tapi apa yang kamu rasa selepas tu?
sakitnya telapak tangan..
hanya tuhan sahaja yang tahu..
situasi ini boleh juga dikaitkan dengan perHUBUNGAN..
anggap sahaja tali itu sebagai satu ikatan dalam perhubungan..
apa yang akan terjadi kalau pasangan tersebut selalu main 'tarik tali'..
maksudnya, masing-masing tidak pernah nak mengalah..
masing-masing cuba mempertahankan ego sendiri..
cuba bayangkan kalau itu adalah tali..
kalau kita asyik tarik sahaja..
lama-lama tali itu akan PUTUS juga kan?
begitu juga dalam perhubungan ni..
kalau masing-masing tidak mahu mengalah..
lama-lama perhubungan itu akan putus jua..
so, kepada kamu yang selalu suka sangat main 'tarik tali' ni..
please, jagalah hubungan tu..
jagalah hati pasangan kamu..
jangan disakiti lagi hati itu..
kerana sekali hatinya terLUKA..
agak sukar untuk ianya PULIH kembali..
nota ibujarikaki :
-i'm tired with your game..so, biarlah saya yang lepaskan 'tali' itu..it's OVER.. :)
dikarut oleh : ms hanashi at 1:51 PM 2 comments
Saturday, June 12, 2010
...mari bercakap tentang M.O.N.Y.E.T..
salam..
malam yang suram..
malam yang sepi..
sudah mula kebosanan..
haish~
ok, jom masuk topik malam ni..
mari bercakap tentang MONYET..
frankly, saya memang sangat FOBIA dengan monyet ni..
ye la, mula-mula sampai UKM dah kena kejar ngan monyet..
mencecet saya lari duk bertapa atas jalan...
nasib tak ada kereta time tu..
kalau tak, blog ini tak akan wujud..
apakah?
tengahari tadi, hampir dikejar monyet..
aduii, apalah nasib ku ini..
padahal kalau nak beli nasi..
hanya amik masa 5 minit jer...
tapi gara-gara kehadiran monyet..
amik masa 45 minit untuk sampai ke bilik..
haish~
tu belum masuk part menyorok kt dalam blok orang lain lg..
itupon, monyet still lagi try nak masuk melalui tingkap..
time tu, hanya fikir pasal diri jer..
kalau monyet nk amik makanan ni..
REDHA je la...
bercakap tentang monyet ni..
saya terfikir jugak..
camne la boleh wujudnya istilah 'cinta monyet'..
kamu semua pernah tengok tak camne monyet mengawan?
tau tak, nafsu monyet jantan ni sangat tinggi?
hampir semua monyet betina hendak dingapnya..
seriously, first time tengok..
tertanya-tanya gak la..
apalah yang monyet-monyet tu tengah buat..
dan kamu semua tau tak apa yang terjadi lepas tu?
monyet jantan akan tinggalkan monyet betina macam tu jer..
tanpa ada belas kasihan..
aduhaii, sedihnya...
saya rasa, sebab tu la wujudnya istilah 'cinta monyet' ni..
biasanya, ianya terjadi ketika zaman remaja aka time sekolah..
kebanyakan 'cinta monyet' ni adalah cinta yang sementara aka cinta yang tidak KEKAL..
tapi ada juga yang kekal hingga ke jinjang pelamin..
itulah jodoh namanya... :)
saya juga pernah terjerumus dalam cinta ni..
lucu jugak bila difikirkan balik..
malu pon ada..
ahaha~
dikarut oleh : ms hanashi at 12:32 AM 3 comments


