THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Tuesday, July 31, 2012

jalan hidup.

Assalammualaikum...

   jalan hidup. apa pilihan yang kita ada sebenarnya?? kau takkan tahu peritnya hidup ni kalau kau tak lalui benda tu sendiri.. realiti hidup. berpijak pada bumi yang nyata, dunia nyata, bukan asyik berimaginasi benda yang mengarut meraban tu..please.

    macam aku ni, dah almost setahun grad, tapi apa pilihan hidup yang aku ada sekarang?? buat kerja yang BUKAN dalam bidang aku, dibayar BUKAN ikut degree aku..sedih bukan?? maaf mak ayah sebab dah kecewakan mereka sekali lagi..ya, sekali lagi..keji bukan aku ni?? :(

     bekerja atas nama politik bukan sesuatu yang best mana pun..sebab kau perlu berperang dengan benda yang kau taksuka..kau tahu perkara sebenar, tapi sebab fikir kedudukan kau ni hanya kuli, jadi kau terpaksa tutup mulut..kau nak selamatkan orang supaya tidak ditipu, tapi akhirnya kau sendiri yang tempah maut..kau kena marah sebab bagitau dekat customer perkara yang sebenar..REALITI..last-last, kau pilih jalan untuk diamkan diri..kau buat kerja kau, taknak masuk campur hal lain..perit tau tak bila terpaksa berdepan dengan keadaan ni?

    aku rasa seperti tersalah pilih jalan hidup. ini bukan jalan hidup yang aku impikan..seriously, kadang-kadang aku menangis dalam diam..menyesal dengan life sekarang? maybe.. sebab tu kekadang aku macam LOST..sampai satu saat, aku rasa macam aku tak kenal diri aku sendiri..loser gila kan??

    sebab tu sekarang ni, aku suka duduk sorang-sorang dalam bilik, fikirkan masa depan yang taktahu nak jadi warna apa dah..jadi warna hitam gelap, warna pelangi..entah~


Monday, July 23, 2012

sakit gigi, migrain dan gastrik di hari pertama puasa..TERBAIK!

Assalammualaikum...

        hari ni dah masuk hari ketiga puasa..puasa aku tahun ni macam tunggang langgang sikit..entah camne, tetiba tahun ni kena gastrik..sakitnya tu, hanya tuhan je yang tahu...setiapkali nak makan, mesti rasa loya..makan 2-3 suap, muntah...siyes, seksa. semuanya berpunca dari sakit gigi..ye la, bila sakit gigi, nak makan pun takberapa nak rancak macam selalu la kan..lepas tu, p klinik, doc bagi la ubat tahan sakit jenis mefenamic acid..padahal, kalau ikut faktanya, pesakit gastrik MANA boleh makan ubat jenis ni..bila dah sakit, apa-apa pun boleh asalkan sakit tu hilang, ye dak?? mula-mula makan ubat tu, perut dah buat hal..pedih semacam..lepas tu, langsung takleh nak makan apa-apa dah..asal masuk je makanan, mesti muntah..last-last saya bertahan dengan minum air suam jek..seksa sangat..badan lembik, tahu nak baring atas katil je..huhuuu T.T

     ingatkan dua penyakit je yang datang, tupp..tup..tup... datang pulak migrain..arghhhhh, rasa macam nak menangis bila tiga-tiga penyakit ni datang serentak..so, selepas ni memang kena pandai jaga makan..takleh biarkan perut kosong..untuk bulan puasa ni, kena atur jadual betul-betul..dah takleh tinggal sahur..kalau tak, memang cari nahas...dulu selalu jugak datang penyakit angin cmni, ingat kan normal la..rupa-rupanya, ada gastrik..huhuuu T.T

    inilah permulaan puasa saya tahun ni..dugaan~

Tuesday, July 17, 2012

K.U.S.U.T.

Assalammualaikum...

    betul la nasihat encik bf, kalau kita fikir pasal masa depan ni, memang akan kusut..dulu, saya malas nak fikir pasal ni sebab saya dah happy dengan life sekarang..encik bf selalu bebel kat saya, nasihat kat saya, jangan terlalu berpuas hati dengan apa yang saya ada sekarang..fikir masa depan, at least 2 tahun mendatang ni..apa yang saya patut jadi??

    and semalam baru saya ambil masa, duduk diam-diam dalam bilik dan fikir pasal kerjaya ni..bila fikir mendalam, ya, saya memang perlu ubah kerjaya ni..cari kerja baru yang bayar saya ikut harga degree bukan kerja di sini...entah la, kusut bila fikir benda macam ni...saya nak berubah, berubah kepada hidup yang lebih BAIK..so, kena berani sahut cabaran baru..Insya'allah, semoga dipermudahkan urusan kali ni..amin~

Friday, July 13, 2012

cinta dan sayang..

Assalammualaikum..

    cinta memang pelik..dan saya selalu tertanya-tanya, kenapa perlu ada cinta dalam hidup ini?? kenapa perlu ada perasaan sayang itu? tapi, kalau terlebih sayang, boleh bawa masalah...nak-nak bila cinta itu hanya bertepuk sebelah tangan..siyes, pedih hati tu, hanya mereka yang pernah rasai je tahu.. :(

    saya ada seorang member perempuan ni..entah la, dia terlalu sayangkan seorang lelaki ni tetapi lelaki ni tidak hiraukan dia bila mereka berjauhan..bila mereka berjumpa, lelaki ni ok je tapi bila lelaki ni kembali bekerja di perlis, dia akan tinggalkan perempuan ni terkapai-kapai di sini tanpa ada sebarang khabar berita..msg dan call tidak dijawab..kenapa ye??

    adakah lelaki itu ada perempuan lain? 

atau 

adakah lelaki tu terlalu busy? 

atau 

lelaki itu sebenarnya tidak pernah serius pun dengan member ni?

     siyes, saya rasa sedih tengok perempuan ni macam tidak keruan..terlalu payah untuk dia move on..sampai sekarang, dia pun taktahu apa yang special nya lelaki tu...kalau saya berada di tempat dia, maybe saya akan tinggalkan lelaki tu...tapi, yang buat saya tak paham, kenapa setelah sekian lama berpisah, lelaki itu datang kembali menagih kasih dan kemudian, ditinggalkan kembali perempuan tu??

      wahai lelaki, berilah kami jawapannya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...