THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Tuesday, March 27, 2012

bahasa kiasan

Assalammualaikum..

    aiyaa, betul la orang cakap yang orang kelantan ni memang suka cakap manis..ingatkan suka makan benda manis je, mulut manis pun ya jugak..dorang ni kan, suka sangat pakai bahasa kias-kias ala-ala menyindir dan jenis yang makan dalam..sentap!!

kes 1 :
si A : alahai, hujan la pulak..
si B : rilex la..hujan air je pun..bukan hujan api kan??
si A : ----- sentap =.=!

kes 2 :
si A : weh, bawak moto laju sikit boleh tak?
si B : apasal plak??
si A : malu weh, ko bawak moto laju sikit je dari kura-kura...
si B : ------ sentap =.=!!



Monday, March 26, 2012

hati ini bukan milik siapa..

Assalammualaikum..

     hari ni masuk kerja macam biasa..tapi tetiba terkejut sebab nampak encik skandal datang kerja..

saya : awak, staff perempuan tu cakap awak MC 2 hari..
dia : awak taksuka saya datang kerja??
saya : takde la cuma pelik je sikit.
dia : awak ni, saya campak awak dalam sungai, mahu??
saya : taknak..
dia : kalau taknak, jangan banyak cakap..
saya : awak, staff perempuan tu cakap awak ada call dia cakap pasal MC ni..
dia : budak tu memandai je..tanya dia balik, siapa yang call siapa??
saya : eh?? 
dia : dia yang call saya tetiba hari tu..
saya : ok, sori..

       then, tetiba encik skandal jadi diam..moody gila sampai saya pun takberani nak tegur dia,

staff perempuan : akak, abang R panggil akak..
saya : apsal pulak ni?
dia : awak, saya tengah sakit hati ni..rasa, macam nak marah orang..
saya : rilex-rilex..cuba cerita kat saya kenapa sampai jadi camni..
dia : awak, saya tengah geram ni..

      dan saya terpaksa dengar dia membebel..ya, saya rasa ini mesti kes serius sebab encik skandal sangat susah nak naik angin compare dengan saya..perkara terakhir yang kami buat ialah menumbuk kotak-kotak di dalam stor dengan tangan..memang lepas tu, emosi dia pun dah semakin okey sikit.. :)

     malam tadi, ada berborak dengan pekerja senior pasal encik skandal..pekerja senior cerita yang encik skandal ni ada masalah dengan ex dia dulu..dia pernah tinggalkan perempuan tu dan dia taknak perkara yang sama terjadi lagi..so, sekarang ni dia memang keras sikit dengan perempuan..tapi, ramai pekerja senior perasan yang kami berdua rapat dan kini dia sedang membuka pintu hati dia untuk seseorang...saya taktahu siapa dan saya taknak ambil tahu pun..apa yang pasti, " hati ini bukan milik sesiapa pun.."dan saya selesa berkawan dengan dia..tapi untuk ke peringkat seterusnya, saya belum pasti samada mampu untuk hadapinya..

Sunday, March 25, 2012

KONFIUS :(

assalammualaikum..................

       encik skandal cuti dua hari sebab demam..so, semalam dan hari ni kena rehat sorang-sorang..supervisor dah buat jadual rehat yang baru and guess what?? jadual rehat kami adalah sama..so, takde la sedih sangat sebab at least ada dia untuk teman saya rehat nanti..lalala~

       tapi, sekarang ni saya sangat-sangat konfius dengan relationship kitorang..siapa saya sebenarnya?? dan kenapa wujudnya orang lain dalam hubungan kami?? permainan apakah ini?? tetiba semalam ada sorang staff perempuan ni bagitau saya yang encik skandal call dia cakap pasal MC..dorang jugak selalu ber 'sms' dan gaya perempuan tu cakap macam dorang dua ni bercinta tapi bila time kerja, dorang taknampak rapat pun..

       malah, time rehat pun encik skandal lebih rapat dengan saya compare dengan staff tu..even time bekerja pun, kami selalu berkepit..barang-barang pun kami kongsi bersama...pernah jugak saya terfikir nak tarik diri dari permainan gila ni, tapi encik skandal tak bagi..malah, dia marah saya pulak..saya konfius..pelik..

dia : awak takpernah panggil saya "abang"
saya : saya bukan macam staff tu, suka panggil awak 'abang'
dia : awak, saya dan dia takde apa-apa la..hubungan 'adik' dan 'abang' je..
saya : ye la tu............
dia : awak............................

      perempuan memang camni eh?? please la, malas dah nak fikir pasal ni tapi terfikir jugak...huhuu T.T

Friday, March 23, 2012

duit bukan segala-galanya~

assalammualaikum...

waawaa, hari yang penat hari ni tapi encik skandal selalu ada untuk menceriakan hari saya..walaupun semalam encik supervisor marah kat kami sebab terlalu ramai staff yang rehat untuk satu-satu masa, tapi kami buat jugak perkara tu hari ni..kami rehat sama-sama, dia teman saya.. :)

dia : panggil saya 'abang'..
saya : awak, kita sama umur la..
dia : panggilan tu untuk tunjukkan yang awak ni hormat saya..panggil la 'abang'..
saya : pak cik!!!!!!
dia : eeeeeee, mulut jahat..kakak!!!
saya : kita sebaya la..beza bulan je pun.. :P
dia : bagi saya sama je semua tu..

dan hari ni adalah hari terakhir jadual kerja kami sama..lepas ni, shift kitorang dah lain..huhuu T.T

saya : awak taknak buat OT hari ni??teman saya?
dia : taknak la..
saya : kenapa?
dia : sebab duit bukan segala-galanya..
saya : hurm??
dia : saya ada life saya jugak..kita takboleh selalu kerja.. :)
saya : ok, faham..

tak sabar nak tunggu gaji..nak tuntut hutang dengan encik skandal..hahahha :D



Monday, March 19, 2012

sakit dan cuti...

Assalammualaikum.......

     walaa~ esok cuti tapi hari ni dah mula selsema dan demam..huhuu Y.Y...baru ingat nak dating dengan encik skandal esok tapi sekarang ni, dah kena duduk rumah diam-diam..grrrrrr~ ni mesti sebab berjangkit dengan staff cashier yang lain..lepas sorang, sorang pulak tumbang..terlalu ramai yang MC hari ni sampai tinggal kami berempat je untuk bekerja hari ni..dah tak larat dah nak tolong cover kerja orang lain..sori~

      pagi tadi, okey lagi tapi lepas kotak terjatuh atas kepala petang tadi, terus demam..ini semua salah encik skandal..grrrr~

     saya : awak, kenapa suka letak kotak depan loker saya?? kan saya dah takboleh nak buka loker ni..
dia : ala, saya tumpang letak sekejap je..
saya : camne saya nak buka loker??
dia : iya, nanti saya alihkan untuk awak..
saya : cepat alihkan.. :P
dia : mari la kita angkat kotak ni sama-sama..
saya : berat la awak..
dia : itu pun manja..mengada..awak angkat la yang kecik-kecik tu..
saya : ** sambil angkat kotak dan terus membebel kat dia**

tiba-tiba,...

saya : aduh, sakit..
dia : kenapa pulak ni?
saya : kotak jatuh atas kepala saya..
dia : alahai, sakit ke??
saya : sakit la.. :(
dia : tu la, lawan sangat cakap saya tadi...kan dah dapat balasan..padan muka!!!
saya : ni semua salah awak sebab letak kotak dekat loker saya..
dia : saya pulak yang kena..eeeeee!!!


   dan, akibatnya......

      dia : awak dah nk rehat ke?
saya : iya..
dia : taknak rehat dengan saya??
saya : takmau sebab awak kejam..rehat la sorang-sorang..lalala~


   dan, sekarang saya sudah demam..huhuu Y.Y

cerita hari ini..

assalammualaikum..

       busy dengan kerja adalah normal..tapi bila terlalu busy dan menyebabkan hidup diri sendiri kucar-kacir itu ada abnormal.. hari ni, pagi-pagi lagi dah kelam kabut..mana taknya, purse saya tertinggal dekat surau kat tempat kerja sejak semalam lagi dan..dan..dan..pagi ni baru saya sedar..so, apalagi bangun pagi, terus ambil je kunci kereta dan drive pergi tempat kerja...time bawa kereta tu, baru perasan yang lesen kereta pun dalam purse tu..alahai, memang redah je tadi dan nasib baik takde polis buat roadblock ke apa..fuuuuhh~

       setel satu problem..then, masuk kerja hari ni kelam kabut jugak..sebab terlalu ramai staff cashier yang MC sebab demam dan sakit perut..last-last tinggal saya sorang je kat kaunter..memang bersilat habis la..nasib encik supervisor ada untuk back up..kalau tak, memang saya pengsan depan tu terus..huhuu Y.Y

      then, bila nak rehat, still sorang je perempuan..shift petang ni semua lelaki..so, takde pilihan dan saya terpaksa ajak encik skandal untuk temankan saya..sori~ nasib baik jadual kami untuk minggu ni sama sebijik sejibun..so, memang minggu ni asyik berkepit je dengan dia..sikit-sikit-dia..hehehehe :D

     saya : awak, teman saya rehat..
dia : kenapa plak ni?
saya : takut la..nanti ada orang kidnap saya pulak..
dia : ada ke orang nak kidnap awak??
saya : ceh!!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

      siyes, sampai sekarang masih lagi rasa segan sebab suruh dia temankan saya rehat tadi..tetiba jadi segan..apakah??? *pitam*


      encik supervisor cakap saya suka mengarah..kalah bos, apakah?? benda tu spontan dan saya takboleh nak kawal..bila saya tanya encik skandal, :


      saya : awak, saya suka mengarah orang eh??
dia : ha'ah..
saya : teruk sangat ke??
dia : tak la..biasa-biasa je..
saya : pendapat awak, camne?
dia : awak patut jadi bos..sebab awak pandai arahkan orang untuk buat kerja..
saya : awak tak marah saya sebab suka bagi arahan kat awak?
dia : tak la..lagi saya suka sebab at least saya tahu kerja yang nak kena buat.
saya : sori kalau awak tak suka..
dia : takde apa-apa la..

Saturday, March 17, 2012

resign??

assalammualaikum............

      mood hari ni memang takberapa nak best mana la kot...taktahu kenapa tapi hari ni memang BENGANG gila dengan budak-budak stor..bila saya takmasuk stor, dorang bising cakap saya dah sombong tapi bila masuk stor, dorang buat taktahu pulak..buat macam saya ni takwujud, buat macam saya ni jenis perempuan tak ada perasaan..betul la cakap orang, nak kawan dengan budak-budak spesies macam ni, kena letak sempadan..kalau tidak, memang dorang pijak kepala kita hidup-hidup..geram!!!!!!!!!!

      saya still perempuan yang lemah..sanggup dorang biarkan saya angkat kotak yang berat tu sorang-sorang..dorang just tengok, bukan nak tolong...kalau budak perempuan baru tu mintak tolong, laju je sorang-sorang tu membantu..siap tolong hantarkan dekat rak lagi..sakit hati kan tengok?? memang dah lama sabar, tapi perangai sorang-sorang ni makin menjadi..no wonder la pekerja-pekerja senior bengang dengan budak stor...memilih nak tolong orang..ok, FINE!!!!

      so, sepanjang hari ni, saya LANGSUNG takbercakap dengan dorang..even dorang tanya apa-apa pun, saya buat pekak je..encik supervisor pun perasan tadi tapi saya memang malas nak bercakap..kalau cakap, lagi sakit hati, so baik diam je...saya rasa sangat-sangat geram..mulut je manis sorang-sorang ni, tapi langsung tak boleh harap..saya dah puas bebel..tapi nampak gaya memang takkan berubah dah perangai dorang ni..so, lepas ni memang saya takmau jadi retail assistant dah..jadi budak cashier lagi best, boleh tengok ragam customer yang pelbagai...boleh release tension..

    kepada budak-budak stor tu, jangan duk jaja cerita dalam kedai cakap saya dah sombong..sebab korang yang takpandai nak hargai kedatangan saya..so, lepas ni saya memang taknak masuk campur urusan korang langsung...rak kosong, tanggung sendiri, susun sendiri..korang kan ada pekerja perempuan yang rajin tu..yang mulut manis tu..yang sudi layan perasaan korang tu..yang pandai pujuk korang tu.........so, suruh la dia buat..takkan nak bagi dia makan gaji BUTA kot?????? siyes, tetiba rasa macam nak berhenti..... :(

Tuesday, March 13, 2012

sahabat dan cinta.

assalammualaikum...

       orang kata, "seorang sahabat boleh menjadi seorang suami yang baik tapi seorang suami belum tentu mampu menjadi seorang sahabat yang baik"

       saya berharap agar saya dapat dua-dua tu, seorang suami dan sahabat yang baik..tapi, jodoh ini rahsia Allah SWT..saya hanya mampu berdoa..amin~

      cerita saya dan dia pula..haila, minggu ni kami memang kerap bergaduh..bergaduh yang sampai tahap masing-masing buat kerja sendiri, buat-buat tak kenal antara satu sama lain...taktau kat mana silap..salah saya ke?? saya bebel atas sebab tanggungjawab, sebab dia takbuat kerja dia..tu je..

saya : *membebel*
dia : awak ni panas jugak la..
saya : awak baru tahu ke?
dia : iya, baru tau.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya : awak, cepat la..saya nak ambil barang ni..
dia : awak tak kesian ke tengok saya penat ni??
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dia : awak, nak pen.
saya : ambil la..
dia : okay..

selepas 2 jam kemudian....

saya : awak, mana pen saya?
dia : la, saya ingat awak bagi kat saya tadi..
saya : pen tu mahal la..saya bagi pinjam je..
dia : ala, bagi la pen ni kat saya..
saya : takmau...
 
...........dan kami akan terus bergaduh di depan kaunter bayaran sehingga la pekerja senior yang leraikan..gila!! bila pekerja senior bergurau pasal kami..dua-dua boleh jawab serentak..

  senior : korang berdua ni selalu bergaduh pulak..doakan supaya korang cepat kahwin, baru tahu.
kami : taknak la..jangan doakan...
senior : ye la tu..
dia : dia budak pandai, saya tak layak dengan dia..
saya : dia budak mulut jahat..suka buli saya..saya taknak dia..

  ..........dan kami akan terus bergaduh sampai la salah seorang mengalah masuk dalam stor..

Wednesday, March 7, 2012

lelaki membebel??

assalammualaikum...

     haila, nasib aku betul la..apsal la aku dapat bos yang kaki bebel ni?? bukan setakat bos je, pekerja lelaki pun dah pandai membebel..pot pet pot takberhenti...mentang-mentang pekerja perempuan ada tiga orang je untuk shift malam ni, pekerja lelaki pulak yang terkena badi membebel..padahal minta tolong dorang mop lantai dan sapu sampah je pun..itupun nak kecoh..hari-hari kami buat, okey je..diam, tak complain apa-apa pun..

    apa-apa hal pun, 'skandal' saya juga okey..diam, membisu, buat kerja taklayan orang lain..senang cerita..oh ya, petang tadi boleh tercakap dengan mak dia..siyes, ingat dia main-main je rupa-rupanya betul kot mak dia..hahahha!! mak dia tanya mana rak sabun kat dia, tapi dia boleh jawab taktahu kat mana..dia pun cepat-cepat panggil saya suruh tolong dia..mengada je!!

dia : awak tahu tak awak cakap dengan siapa tadi?
saya : customer la kot..
dia : memang la customer, tapi yang ni lain..
saya : hurm..??
dia : itu mak saya la, awak..
saya : tipu.
dia : betul, sumpah..

      then, hari ni masuk-masuk kerja terus kena kira stok barang..kami berdua yang kena uruskan pasal stok barang ni..riuh sekejap tadi sebab ramai betul yang berdehem..tapi dua-dua buat muka takde perasaan...malas nak layan!! dia pun sekarang dah pandai main ugut-ugut saya ni..

dia : awak tolong la saya..nanti saya tolong awak angkat barang..
saya : perlu ke??
dia : iya, kalau saya takde, nanti takde siapa nak tolong awak..
saya : ye la tu..
dia : nanti saya belanja awak kfc.
saya : takmau kfc.
dia : mcd?
saya : takmau.
dia : kalau gitu, makan pulut ikan bakar nak??
saya : tak sedap.. :P
dia : habis, nak makan apa?
saya : tak payah la..
dia : .....

    saya rasa hutang janji saya dengan dia pun tak terbayar lagi ni..tolong member sekali sekala, takkesah mana kot..sampai nak belanja-belanja ni, saya rasa tak perlu..tapi, dia memang dah pandai mengada sekarang ni..

 dia : awak, saya beli karipap segera ni..awak tolong masakkan untuk saya, boleh??
saya : susah je nak kena masak ni..rendam dalam air teh je, takboleh??
dia : awak, takkan awak nak bagi encik abang awak ni makan karipap mentah??
saya : ada saya kesah??

    dia selalu kalah kalau main lawan mulut dengan saya..hahahha! nasib la :)
   

Monday, March 5, 2012

LOVE?

assalammualaikum................

      baru seminggu lebih masuk kerja, dah berkenan dengan anak teruna orang?? haila, bahaya ni..hohoo~ siyes, suka betul saya tengok sorang mamat ni..gaya dia, sikap dia..siyes, ramai betul pekerja senior yang berkenan nak jadikan dia sebagai menantu..apakah?

     even, dia dah berhenti kerja hari tu, manager still call dia suruh datang kerja balik..bagi saya, budak ni memang rajin, tahu macam mana nak respect orang lain dan yang penting, tak curi tulang time kerja..

      kenapa saya suka dia?? sebab dia lah yang tolong back up saya bila pekerja stor yang lain kacau saya..dia bagitau kat kawan-kawan dia yang saya ni awek dia dan mintak jangan kacau saya lagi..gangguan di tempat kerja dah semakin berkurang sebab dia jadi pelindung saya di tempat kerja..

      setiap kali saya leka bekerja, dia yang akan tegur saya suruh rehat..setiap kali saya keluar rehat dengan pekerja senior, dia mesti akan pesan dekat pekerja senior yang lain suruh jaga saya..hahahhaha!.setiap kali saya tertinggal pisau saya, dia yang akan tolong simpankan..terharu!! setiap kali saya mencari stok barang, dia yang akan tolong angkatkan untuk saya..setiap kali sebelum balik, dia akan mintak maaf kat saya kalau gurauan atau kata-kata dia telah menyakitkan hati saya..saya faham, dia hanya mahu menolong saya je..

     dia pernah cakap yang dia taksuka saya kerja dalam stor..dia kata nanti tangan jadi kasar, tak cantik..dia takmau tangan saya jadi macam tangan dia..dia pendiam, takbanyak ragam..buat masa sekarang, saya selesa berkawan dengan dia..maybe sebab kami dua-dua anak tengah kot..anak yang tak banyak ragam, perangai lebih kurang je..dan dia kata dia dah berkenan dekat saya..apakah??????????????? ini cerita gila!!

Saturday, March 3, 2012

B.I.C?

assalammualaikum...

     arghhh, semalam stressssss gila..mau nya tak kalau duit jualan sampai short RM 19..menangis tak berlagu la saya semalam..kalau hari-hari macamni, habislah elaun cashier saya..huhuu T_T

    geram sangat dengan management kedai ni..memang teruk gila ah..ada ke patut tak sediakan duit kecil untuk float cashier..tak pasal-pasal saya kena berlari-lari macam orang gila, dengan muka tebalnya pergi tukar duit dengan gerai-gerai pasar malam, dengan pak cik toilet la..adoooii~

   alasan yang encik supervisor bagi semalam bank tutup, so takleh tukar duit..alasan gila!! dia lebih rela jaga kaunter saya dari ikhtiar pergi cari duit kecil..geram!!

    semalam saya bengang gila..saya cakap kalau benda ni jadi lagi, saya takmau buka post cashier..kalau la management macam ni, baik saya yang mintak jadi manager kat sini..pekerja-pekerja senior pun ramai yang sokong saya suruh apply branch in charge (BIC) kat sini..saya cakap bagi saya start dari bawah dulu..

   lepas sebulan ni, kalau rasa okey, insya'allah saya akan try apply jadi supervisor sini..senang sikit sebab saya dah tau sikit-sikit pasal management kat sini..gila kuasa!!

   oh ya, kedai saya jadi kedai ranking first seluruh malaysia sebab dapat jualan yang tertinggi dalam tempoh seminggu..tapi, pekerja kat sini bermati-matian bekerja full..penat!! sebab tu saya cakap, kedai ni untung sebab dapat pekerja yang sangat-sangat rajin..so, management kena hargai kami sebelum kami semua quit secara berjemaah..nasib, last choice!!

Friday, March 2, 2012

back to normal shift..hooyeay!!

assalammualaikum...

       akhirnya, kerja kembali mengikut shift..4 hari full, rasa macam nak tercabut kaki..management kedai ni tak best, tak jaga kebajikan pekerja, paksa buat kerja yang bukan tugas kami, kedekut takmau ambil pekerja ramai, pilih pekerja, takmau ambil budak-budak SPM..kedai besar, pekerja 10 orang je..takpasal-pasal semalam kena jadi cleaner..saya lah cashier, saya la retail assistant, saya lah budak stor dan saya lah cleaner..perghhh, menyirap darah semalam!!semalam memang fikir nak berhenti je..nasib baik sistem shift dah berfungsi balik hari ni..kalau tak, memang pekerja akan quit secara berjemaah..hahaha!!

      i'm lost..taktau nak kerja kat sini lagi atau nak sambung masters..offer yang dapat sekarang macam best la pulak..2 offer masters sekaligus..camne?? pening!!

     bila pikir balik, sayang la nak berhenti sebab baru kerja seminggu lebih..tapi, ini bukan kerja idaman..ada banyak lagi benda penting yang saya nak capai...arggghh!

     apa-apa pun, sekarang dah kembali kepada normal shift, lega sikit...so, cuba bertahan untuk sebulan..walaupun rasa sedih sebab best friend stor saya dah berhenti..sunyi je semalam, takde sapa nak tolong saya dah..dia sangat kejam sebab tak inform saya awal-awal..harap dia kembali bekerja hari ini...harap sangat.. Y.Y..

     ya, kamu..sila kembali bekerja..kami perlukan kamu untuk jaga stor..hahhaha!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...