THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Tuesday, January 3, 2012

adik dan sekolah..

assalammualaikum...

       kalau ikut mata ni, memang dah mengantuk sekarang ni,,tapi tu la, alang-alang duk bertapa depan laptop ni, malas la pulak nak bergerak ke katil yang jauhnya macam duapuluhdua kilometer <-----tipu sangat, padahal 2 langkah je pun.. :)

       hari ni seharian tak buat apa-apa sangat pun..just jadi cikgu tuisyen adik perempuan..mengajar dia math..pening jugak duk perah otak nak bagi dia paham dengan math ni..ni baru mengajar sorang budak, belum sekelas lagi..huhuu T_T


       bagi aku, susah nak mengajar budak zaman sekarang ni..term yang aku guna taksama dengan adik guna kot..senang cerita, aku kena speaking dengan dia..semua term nak bulat-bulat macam dalam buku teks..kalau salah sebut ikut melayu sikit, mulut budak tu dah terlopoooooong bulat jek..geram tau!

aku : dah belajar topik pecahan??
adik : apa tu?
aku : fraction la..
adik : ooo....

aku : try permudahkan fraction ni..
adik : permudahkan..camne tu?
aku : simplify..
adik : ooo, faham..


     kalau ikut hati, memang budak ni kena dengan aku..tapi, tadi ayah dah warning awal-awal, jangan kasar sangat dengan adik..so, aku pun hanya mampu tersenyum geram jek..tup..tup..tup..tadi tetiba adik tersalah kira, dengan suara konfidennya announce jawapan dia, bagi ayah dengar.. 5x5 = 10..ayah dah menjeling kat adik..ayah kata, kalau zaman ayah garang dulu, dah lama telinga adik merah kena tarik kot..

    yup, dulu ayah memang garang dengan kami adik-beradik..tapi, dengan adik yang bongsu ni, langsung tak..pukul pun tidak..jarang sangat dengar ayah tinggikan suara kat adik yang sorang ni.. #jeles#

     bila dah habis ajar semua ni, adik pun nak tido..sebelum masuk tido, dia pegang tangan aku dan cakap :

adik : esok ajar sains dan BI, boleh?
aku : ok..math?
adik : taknak la math..akak fikir pelik sangat..complicated..susah nak faham..
aku : heh!  *sentap*

Sunday, January 1, 2012

banjir di awal tahun 2012.. :(

assalammualaikum..

   perghhhh, lama gila rasa tak update blog..sedar-sedar dah masuk tahun 2012 pun..heh!! tahun 2012 dimulakan dengan banjir..tapi, rumah aku ok je..kampung sini pun ok je..yang tak ok nya kampung arwah atuk..habis rumah pusaka atuk ditenggelami air..mak saudara cakap sampai paras pinggang air nya..fuuuhhh~ dah lama takdengar berita banjir camni..aku pun, dah lama takberendam dengan air sungai yang melimpah-limpah ni... :)

  pagi-pagi dah gaduh dengan ayah pasal bangun pagi..ok, aku memang liat tahap kambing nak bangun pagi ni, taktau la dapat genetik belah mana ni @_@..nak-nak dengan musim tengkujuh sekarang ni, pergh..best kot tido..lena habis..pastu, bila ayah menjerit bergegar rumah, barulah aku terhegeh-hegeh seret tuala masuk bilik air..hehe~

  sepatutnya, pagi ni aku ada urusan kat bank pasir puteh..tadi dah bangun pagi, p kacau mak masak breakfast jap, then mak cakap kampung atuk dah banjir..mungkin takboleh ke bandar ari ni..so, aku pun decide la nak sambung tido balik..then, ayah cakap dia nak p jugak bandar..dia cakap air ni akan surut..ok, aku pun mengalah, ikut la jugak ayah ke bandar walaupun mak dah beria-ria halang..

  sepanjang perjalanan tu, kitorang nampak je kereta macam penuh je atas jalan..so, konfiden dan assume jalan ok je..then, tup..tup..tup..dah halfway, baru perasan yang kebanyakan kereta yang kat depan tu berpatah balik..tapi, ayah tetap berdegil, nak jugak jalan..sekali, ambik kau..jalan kat depan memang tenggelam habis..

   ayah pun cepat-cepat call mak..cakap jalan tenggelam..sekali mak bagi ayat sedas-dua berapi punya kau..mak suh kitorang tidur je dalam kereta tu.." orang dah cakap, jangan pergi..nak pergi jugak..bla..bla..bla.." <---mak bebel... aku duduk diam je dalam kereta..malas nak cakap apa-apa dah..T_T

   last-last, kitorang balik camtu je..dengan takboleh nak balik kampung atuk lagi, nak main air banjir pun takboleh..kena dengar bebelan mak di pagi hari adalah..huhuu :'(


p/s: dulu aku selalu tertanya-tanya, sikap 'degil' aku ni turun dari genetik belah mana, sekarang aku dah tau kot :)

Tuesday, December 27, 2011

keep hope alive!!

assalammualaikum...

     aku masih di sini..menjadi seorang pengganggur yang terhormat..siyes, mak ayah dah give up nak bebel kat aku pasal kerja..yeay!! aku bukan apa, cuma betul la kata kawan-kawan aku yang aku ni sebenarnya pemilih kerja cuma aku taksedar je lagi...itu memang aku kena akui sekarang..semua jenis kerja aku taknak buat..takut tak pandai la, takut kena buang kerja la, takut kena buli dengan orang la..haila~ memang tak ke mana la aku kalau masih berfikiran camtu..

    macam apa yang ayah cakap kat aku semalam, " kalau kita dah set dalam kepala kita yang benda tu susah sedangkan kita belum cuba pun lagi benda tu, kita ni macam dah give up awal-awal..kalah sebelum berjuang..loser.."

    entah la, aku bukan apa..cuma, aku rasa aku takkan buat benda yang aku takminat..contoh, macam sekarang ni, mak ayah suruh aku apply untuk jadi guru gantian tidak terlatih kat sekolah menengah, ajar subjek biologi..sampai sekarang, aku masih buat tak endah je dengan offer tu..aku takminat jadi cikgu..itu fakta, bukan auta dan aku jenis spesies manusia yang takpandai nak mengajar orang..itu aku akui, cara aku berfikir sesuatu perkara memang agak 'pelik' berbanding orang lain..huhuu T_T

tapi, alasan yang aku bagi kat mak, lagi power..

aku : " taknak la minta banyak sangat kerja, nanti sekali dapat semua offer ni bulan satu, lagi parah nak kena pilih yang mana satu pulak.."

mak : " kalau dapat semua, ok la..kalau tak dapat?? "

aku : "sebab tu kena tunggu dan lihat dulu..after interview 5hb ni, kalau takdapat, baru pergi cari kerja lain.."

mak : "bukan banyak pun apply.."

aku : "banyak la jugak..ada interview masters + RA 5hb ni, then ada jugak apply job dekat kakak dan sepupu..dorang kata bulan satu ni baru start pengambilan..nanti kalau apply banyak-banyak, susah nak pilih."

mak : "hurm...alasan je tu.."


     ok, itu bukan alasan sebenarnya..tapi, itu buah fikiran aku yang berfikir ke hadapan..betul apa, kalau apply kerja banyak sangat, nanti pening kepala pulak nak pilih yang mana satu...tapi, kata-kata ayah aku lagi  power kot...

ayah : " dah, tak payah duk fikir mengarut sangat..berangan je lebih..kerja tak dapat-dapat jugak.."

aku : ----SENTAP--- (diam)


KEEP HOPE ALIVE!! ada rezeki nanti, insya'allah..cuma mungkin rezeki aku lambat sikit je berbanding orang lain.. :)

Tuesday, December 20, 2011

rindu nak study balik..

assalammualaikum..

    rindu..rindu sangat nak belajar balik..dulu, time degree, selalu je doa supaya cepat-cepat la habis belajar..tapi, sekarang, terasa macam rindu je zaman tu balik..betul la kata orang, manusia ni tak pernah nak rasa puas dengan apa yang ada..tak tau bersyukur ke aku ni? x_x

     umpama impian menjadi kenyataan..semalam, aku dapat emel untuk hadir interview bagi sambung masters sambil jadi RA kat USM kampus kesihatan..ok, memang aku agak gembira sebenarnya sebab research yang aku apply ni berkait dengan bidang aku..tapi tu la, kena interview la pulak..maksudnya, belum tentu lagi aku akan dapat offer tu..huhuu~

     kalau la aku dapat peluang sambung masters nanti, aku rasa kali ni aku nak belajar betul-betul..dah taknak main-main macam zaman degree dulu..lagipun, yuran masters ni bayar guna duit gaji sendiri as RA..so, mungkin aku akan lebih menghargai...kalau degree dulu, takpe la encik JPA sudi taja..sekarang, kena la rajin sikit usaha, takleh bazir duit sangat..kena pandai berdikari.. :)


   harap sangat supaya dapat masters ni..dah la dekat dengan rumah..semoga dipermudahkan segala urusan..amin~ korang-korang pun sama la..tolong doakan untuk aku sekali ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...