assalammualaikum..
weekend yang betul-betul menguji kesabaran aku..semalam akibat sakit yang teramat sangat, aku hanya mampu tidur 2-3 jam..yang selebihnya, duk menangis tahan sakit..pukul 6 pagi dah bangun, call mak..siyess weh, memang aku menangis je tadi..mak dan ayah dah mula membebel sebab aku degil takmau pergi klinik awal-awal..sakit ni dah serang seminggu yang lepas, baru sekarang terhegeh-hegeh nak cari klinik..
aku ingat penyakit ni akan hilang..mana la nak tau makin teruk jadinya..sakit ni makin teruk bila ruam mula memenuhi belakang aku..sakit weh sampai aku takleh tidur baring, kena tidur mengiring je..ni kes, memang aku kena pantang makan kaw-kaw kot..aiyoo~
so, pagi tadi aku terpaksa jugak pergi ke unit kecemasan hospital..taktahan punya pasal..itu pun air mata dah duk menitik tahan sakit..pedih tu takyah cakap la..bila doc tengok keadaan kulit aku ni, dia pun start membebel...dia marah kat aku sebab lambat sangat datang hospital..dah takleh ambil ubat antibiotik lagi..so, sekarang ni, doc hanya mampu bagi ubat tahan sakit dan krim untuk sapu kat bahagian ruam tu je..dia pun pelik, camne aku boleh tahan sakit dalam tempoh seminggu ni..yang lagi pelik, aku takde la demam ke apa..just pening-pening kepala dan gatal-gatal kulit je la..yang lain, semua ok kot dan dia suruh aku datang lagi jumpa dia minggu depan..kalau still ada ruam-ruam lagi, maybe tindakan selanjutnya akan diambil...naaa~ cuak je ni..so, wahai encik kulit, sila jangan buat hal sangat, ok!
bagi aku, susah weh bila ada kulit yang super duper sensitif ni..semua benda kena jaga..itu takboleh, ini takboleh..doc cakap aku dapat ruam ni maybe sebab aku terdedah dengan pesakit 'chicken pox..so, kulit yang jenis taktahan camni, memang mudah dapat sakit ruam tu dan aku bernasib baik sebab ruam tu just serang saraf bahagian badan je..kalau virus tu serang bahagian mata, itu dikira kes berat..syukur :)
Sunday, June 19, 2011
bila doc dah mula membebel kat pesakit yang degil sorang ni..
dikarut oleh : ms hanashi at 11:10 AM 0 comments
Saturday, June 18, 2011
bila tiba saat itu..
assalammualaikum..
kalau satu hari nanti, blog ni senyap tanpa sebarang update....tolong sedekahkan al-fatihah untuk aku ye?
perkara yang paling aku benci ialah buat benda yang leceh macam kena pergi klinik semata-mata untuk mintak ubat..benci ok? harap-harap penyakit ni tak merebak dan tak berbahaya..itu je harapan sekarang..wahai encik virus, tolong jangan serang saraf aku, please!!
tolong doakan supaya semuanya selamat.. :)
dikarut oleh : ms hanashi at 11:50 PM 0 comments
bila saya menjadi sasaran mereka..
assalammualaikum..
alhamdulillah, workshop proteomik dah setel. overall, aku rasa macam semua berjalan lancar..tapi, sepanjang workshop tu, mostly peserta yang join kenal nama aku..mula-mula tu pelik jugak,.ye la, aku ni bukannya artis ke apa, tapi camne orang boleh kenal aku? rupa-rupa, dorang ada jugak time aku present kat national proteomic conference kat monash tempoh hari..tak sangka, aku boleh jadi tumpuan dorang..maybe, aku satu-satunya speaker yang paling muda..mesti la, speaker yang lain adalah prof dan saintis kot..
first day workshop, aku dah kena interview bagai..banyak yang ucap congratez sebab berjaya present projek tu dan malam tadi, time borak-borak dengan encik penyelia, dia tanya aku pasal presentation kat monash..aku rasa time aku present tu macam sangat teruk..suara pun bergetar tapi encik penyelia cakap, ramai tetamu yang puji cakap presentation tu BEST..siyes, aku diam je tadi..yang penting, aku dah jalankan tanggungjawab aku...
tapi, apa yang takberapa bestnya ialah sekarang ni, ada dua orang peserta yang nak mintak tolong aku jalankan exp. proteomik untuk projek dorang..satu dari UIA dan satu lagi IMR..betul la cakap penyelia, IMR patut menyesal sebab tak ambil student praktikal dan encik penyelia suruh aku buktikan yang IMR dah rugi sebab tolak aku macam tu je..malam tadi dah bincang dengan penyelia dan penyelia suruh aku mintak bayaran sebab itu adalah polisi institusi ni..lagipun, aku dah sain kontrak selama 10 tahun dengan institusi ni..maksudnya, dalam tempoh 10 tahun ni, aku takboleh bocorkan sebarang maklumat experiment kepada orang luar...so, maksudnya, aku boleh bantu mereka tapi kepakaran aku ni dikenakan bayaran..hehehe~
part yang paling best ialah kemungkinan besar aku akan dapat bayaran sebab tolong handle workshop ni..encik penyelia akan try claimed dengan pihak penganjur..ye la, kitorang kena stayback dari minggu lepas lagi demi workshop ni..so, maybe, aku akan dapat gaji..aku mintak rm100 = sehari..workshop = 3 hari = rm300..ok la tu, berbaloi kot..lagipun, aku dapat sijil jugak..level national kot..makan minum semua ditanggung oleh penganjur..pastu, aku banyak dapat card business dari prof-prof dan pengarah-pengarah company..leo cakap sebenarnya semua ni bagus untuk masa depan..card yang paling berharga ialah dari seorang saintis proteomik yang datang dari AUS..best bila aku dapat bergambar dengan dia..jumpa pulak dengan saintis proteomik dari Thailand..sebenarnya, pengalaman macam ni yang best..
| saintis proteomik : Dr banana (Thailand) dan Dr Vera (AUS) |
walaupun, aku bukan yang betul-betul minat dengan bidang proteomik ni, tapi bila jumpa dengan pakar-pakar proteomik ni, buat aku bersemangat pulak untuk mempelajari bidang ni.. :)
dikarut oleh : ms hanashi at 1:52 AM 0 comments
bila saya kena jumpa BIG BOSS!
assalammualaikum...
hari ini balik kerja lambat lagi..ingatkan lepas habis workshop tu, boleh la balik awal ke apa..rupa-rupanya, TAK..tetiba je encik penyelia suruh datang ke ibupejabat..dia takbagi aku stayback kat lab..so, aku pergi je la ibupejabat tu..nasib baik ibupejabat dekat je dengan kolej aku..act, sebelah kolej aku je pun..HAHAHA :)
cuak ok bila aku kena masuk meeting room dan jumpa BIG BOSS tempat aku praktikal tu..siyes, tetiba plak encik penyelia mintak aku tolong dia dan join sekali meeting dengan ketua pengarah..rasa macam mau sawan je time dapat arahan tu..aku ingat selama ni encik penyelia bergurau je bila dia cakap yang ketua pengarah nak jumpa aku..naa, sekali ambik kau..ketua pengarah betul-betul nak jumpa personally..
dalam meeting room tu, aku memang jadi pendiam habis..orang tanya sepatah, aku jawab sepatah..mula-mula keadaan camtu, tapi bila ketua pengarah dah mula bergurau dengan aku, tetiba aku jadi macam taktahu malu plak..mulut ni tak habis-habis duk tahan gelak bila dia duk mengusik encik penyelia..entah la, aku pun taktau kenapa aku kena panggil untuk meeting sekali dengan ketua pengarah..maybe dia perasan muka aku BLUR, then, dia suruh aku belajar..dia cakap, apa yang dibincangkan hari ni, adalah salah satu proses belajar..which is, belajar bagaimana mahu tulis proposal untuk projek kerajaan..aku rasa ketua pengarah baik..boleh la dibawa bergurau..siap ada sesi untuk bergosip plak tadi..
tapi, sekarang aku jadi sangat TAKUT..sebab encik penyelia cakap, aku dah tau banyak benda pasal institusi ni dan sekarang, aku perasan yang ada dua tiga orang staff yang try nak korek rahsia dari aku..sebab tu, tadi encik penyelia pesan, jangan MUDAH percaya dengan cakap orang lain..naaa, aku rasa macam aku pernah TERlepas cakap lol..naa~ matilah aku :(
aku rasa macam aku dah takboleh lari dari institusi ni..sebab aku dah tau banyak benda pasal tempat praktikal ni..camne ni? kalau encik penyelia offer kerja kat sini, camne ye? aku dah pernah cakap kat dia yang aku nak rest untuk sebulan dua after praktikal ni..maybe, lepas grad baru aku serius dengan kerja..muahaha~
overall, aku rasa hari ni sangat best sebab akhirnya, aku dapat jumpa ketua pengarah tu..walaupun penat tapi berbaloi..alhamdulillah :)
dikarut oleh : ms hanashi at 1:07 AM 0 comments